Tuesday, February 24, 2009

- I got cactus -



" I Got Cactus.. rozie give this to me, aha, love this."



Originally from Cameron Highland..

Friday, February 20, 2009

- Kes gantung-gantung.. siapa lebih berkuasa? Sultan, Speaker Dewan, atau Menteri Besar..


Walaupun krisis kerajaan di Perak seperti telah mula beralih arah kepada kes gambar Elizebeth Wong yang tetibe je muncul. Tapi tindakan speaker dewan negeri Perak yang menggantung MB baru Dr. Zambry dan exco-exco yang baru di lantik adalah sangat pelik mengarut. Saya cuba kupas berdasarkan kenyataan-kenyataan akhbar yang keluar beberapa hari lepas.

1- "Speaker ialah ketua Dewan...pada asasnya," katanya dan menyatakan terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat sebelum

"Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel," - Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, Harakah Daily. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19467&Itemid=50

Kenyataan ini hanya mengiyakan tindakan speaker dari sudut PR yang masih menganggap perlantikan MB baru Perak tidak sah. Namun umum masih mengetahui proses pendakwaan masih didalam mahkamah dan keputusan Mahkamah mengenai saman yang dikemukakan oleh bekas MB Nizar masih berjalan. Jadi saya merumuska tindakan speaker V. Sivakumar hanyalah bermotifkan politikPR di dalam Dewan Undangan Negeri untuk melemahkan pentadbiran kerajaan BN.

Pada masa yang sama, website harakah daily juga mengemukakan kenyataan yang Karpal Sign juga bersetuju dengan pendapat Dr Aziz ini."Sementara itu peguam Karpal Singh juga turut bersetuju dengan tindakan Sivakumar dan menyatakan bahawa ianya di bawah bidang kuasa beliau selaku Speaker. -azm/mks. _"

2- Tetapi didalam kenyataan terbaru Utusan, berikut adalah kenyataan dari Karpal semasa sidang akhbar di Parlimen 19/feb - "Saya terkejut apabila mendengar keputusan Sivakumar. Kami ada berbincang berhubung penggantungan (Zambry dan enam Exco) tetapi menasihatkan supaya keputusan itu tidak dibuat.

"Dengan membuat keputusan itu, kami terperangkap dengan jerat kami sendiri, sama seperti memijak kulit pisang yang diletakkan kami sendiri. Saya secara jujur tidak mengetahui siapa yang menasihati beliau (Sivakumar) mengambil keputusan itu,"

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20090219234511/Article/index_html

Hmm. yang mana satu ni.

3- http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Rencana/20090217225813/Article/

Persoalannya apakah Zambry boleh dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan dan inilah yang dipertikaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bertanggungjawab ke atas Parlimen dan hal ehwal undang-undang.

Menurut Nazri, Zambry tidak boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN kerana semua perkara yang berlaku, terutama membabitkan peralihan kuasa daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional (BN) berlaku di luar kuasa DUN Perak.

"Dia nak rujuk Zambry atas kelakuan apa kerana semua kejadian di Perak sepanjang minggu lalu berlaku di luar DUN. Lebih serius kerana pelantikan sebagai Menteri Besar memang dalam bidang kuasa Sultan Perak. Bagaimana sesuatu yang berlaku di luar DUN boleh dirujuk kepada jawatankuasa DUN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan Speaker DUN Perak, V Sivakumar, yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan, bahawa jawatankuasa sudah mengeluarkan notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin.

Jawatankuasa terbabit membuat keputusan itu selepas menerima surat aduan Adun Canning, Wong Kah Woh, Khamis lalu, yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun BN yang juga anggota Exco kerajaan negeri baru Perak itu, dirujuk kepada mereka kerana didakwa menghina dewan.

"Selepas bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat ada asas atau prima facie terhadap aduan yang dibuat YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk semua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," kata Sivakumar.

Sivakumar enggan memperincikan aduan yang dikemukakan Wong, tetapi difahamkan Adun Canning daripada DAP itu dalam surat aduannya mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dan barisan Exconya sudah mencabuli Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata, Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap Menteri Besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu hari ini.

Menjawab soalan, Nazri berkata, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak seperti juga Parlimen hanya boleh merujuk kelakuan atau perkataan seseorang Adun sekiranya ia dilakukan di dalam Dewan.

"Tidak ada bezanya antara DUN Perak dan Parlimen. Oleh itu, Zambry tidak perlu menghadap jawatankuasa berkenaan kerana apa yang berlaku minggu lalu, terjadi di luar DUN Perak. Speaker kena ingat, sebarang tindakan atau kelakuan yang dilakukan ahli Dewan di luar (Dewan) ia terletak di bawah bidang kuasa undang-undang negara," tegas Nazri.

Mengulas lanjut mengenai krisis politik di Perak yang masih panas, Ahli Parlimen Padang Rengas ini juga menasihatkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin, ahli politik dan rakyat Perak supaya jangan membuat tuduhan melulu, terutama membabitkan keputusan yang dibuat dan direstui Sultan Perak.

"Siapa Nizar untuk mohon menderhaka dan mempertikai keputusan Sultan Azlan Shah yang merestui kerajaan negeri baru Perak? Saya harap dia berhati-hati dalam membuat kenyataan selepas ini.

"Dia memang dipilih rakyat untuk menjadi wakil rakyat, tetapi dia bukan dipilih rakyat untuk menjadi Menteri Besar kerana tidak ada sebarang pertandingan untuk jawatan Menteri Besar. Sultan Perak yang memilih siapa dikehendaki menjadi Menteri Besar Perak.

"Lebih serius, Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara selama 25 tahun lalu dan baginda amat teliti dalam membuat sebarang keputusan. Siapa Nizar atau Karpal (Singh) atau mana-mana ustaz untuk mempertikai keputusan seorang Sultan yang juga bekas Ketua Hakim Negara," kata Nazri.

Krisis politik di Perak melalui kemelut amat serius apabila keputusan Sultan Azlan Shah yang memberi kebenaran pada BN membentuk kerajaan negeri baru selepas parti ini mengambil alih kuasa majoriti selepas mendapat sokongan tiga Adun pembangkang, bukan saja dipertikai, malah ada usaha untuk menyaman baginda.

Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh, untuk menyaman Sultan Perak mencetus kemarahan rakyat dan dianggap penderhaka kerana Sultan adalah lambang ketuanan Melayu yang memang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

"Siapa Karpal untuk mempertikai keputusan Sultan Perak. Jika Sultan Azlan Shah sebagai Ketua Hakim Negara 25 tahun lalu, Karpal hanya sebagai seorang peguam yang terpaksa menerima sebarang keputusan hakim, apa lagi dengan kedudukan baginda sebagai Sultan Perak hari ini," katanya sinis terhadap tindakan Karpal yang menderhaka.

Kembali kepada soalan, Nazri menjelaskan ramai orang lupa bahawa pelantikan Menteri Besar sebenarnya adalah hak Sultan. Selepas pilihan raya, parti yang mencatat majoriti dan boleh membentuk kerajaan akan menyerahkan senarai nama calon daripada kalangan Adun yang menang kepada Sultan untuk dilantik menjadi Menteri Besar.

Dalam kes kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang mencatat majoriti tipis di Perak selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu, tiga nama diserahkan kepada Sultan Perak iaitu Nizar daripada Pas, Datuk Ngeh Koo Ham (DAP) dan Jamaluddin Mohd Radzi daripada Pakatan Keadilan Rakyat (PKR).

"Daripada senarai itu Nizar yang dipilih Sultan Perak, bagaimana dia boleh mendabik dada dia dipilih rakyat Perak untuk menjadi Menteri Besar? Kerana itu saya berharap mana-mana Menteri Besar jangan terlalu bangga berkata, rakyat memilih 'aku' sebagai Menteri Besar, kerana yang memilih mereka ialah Sultan," jelasnya.

Nazri berkata, ketika krisis peralihan kuasa tempoh hari, Sultan Azlan Shah amat berhati-hati ketika membuat keputusan dan hanya berpuas hati selepas baginda bertemu semua Adun BN serta menghabiskan masa lebih setengah jam dengan tiga Adun pembangkang yang menyokong BN.

"Perlembagaan yang kita miliki hari ini amat adil. Inilah yang dinamakan 'ketuanan Melayu' sebenarnya. Ramai tersalah anggap dengan perkataan ketuanan Melayu ini. Ketuanan Melayu adalah raja-raja kerana mereka adalah 'tuanku'.

"Ketuanan Melayu bukan bermakna 'malay supremacy' (keagungan Melayu) atau bangsa Melayu lebih agung daripada bangsa lain, tetapi adalah 'malay lordship' � kedudukan raja-raja yang menjadi 'tuan' kepada rakyat Malaysia," kata Nazri.

4- Sementara itu, reaksi daripada Dr. Zambry pula, "Kita akan mengikut saluran undang-undang yang ada. Kita tidak mahu bertindak (melulu) seperti mereka, jadi kita akan serahkan kepada undang-undang,".

5- Pak lah pula mengatakan ianya hanyalah muslihat dari PR. "Abdullah berkata, tindakan Speaker DUN dari Pakatan Rakyat itu bukan saja menyalahi undang-undang, malah tidak menghormati keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memperkenankan pelantikan Zambry dan Exco dari BN itu.

"Saya anggap apa yang telah dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu sebagai suatu yang menyalahi, satu tindakan membantah, menentang (dan) menolak apa yang telah dilaksanakan oleh Sultan Perak mengikut Perlembagaan Negeri Perak (dan) mengikut apa undang-undang yang terpakai mengenai perkara ini. "

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20090219232743/Article/

6- Walau apapun, krisis ini akan di bawa kepada Majlis Raja-Raja untuk di bincangkan. Semoga ada hasil yang lebih baik dan membawa kesejahteraan kepada rakyat negeri Perak khususnya.

Thursday, February 19, 2009

- Yellow -

Yellow - Coldplay



Look at the stars,
Look how they shine for you,
And everything you do,
Yeah they were all yellow,

I came along
I wrote a song for you
And all the things you do
And it was called yellow

So then I took my turn
Oh all the things I've done
And it was all yellow

Your skin
Oh yeah your skin and bones
Turn into something beautiful
D'you know you know I love you so
You know I love you so

I swam across
I jumped across for you
Oh all the things you do
Cause you were all yellow

I drew a line
I drew a line for you
Oh what a thing to do
And it was all yellow

Your skin
Oh yeah your skin and bones
Turn into something beautiful
D'you know for you i bleed myself dry
For you i bleed myself dry

Its true look how they shine for you
look how they shine for you
look how they shine for you
look how they shine for you
look how they shine for you
look how they shine
look at the stars look how they shine for you


p/s - i love this song, its have been my all time favourite since i know it. don't know why, but last night i listen to it so many time..

Monday, February 16, 2009

- Attack Of The Brain -



Aku Migrain.. yes, aku telah mengalami saket kepala selama hampir 1 bulan sejak balik dari rumah semasa cuti term break bulan lepas.

First-first aku ingat ianya di sebabkan oleh saket gigi yang telah manggangu saraf2 di kepala aku ini. tetapi setelah di check tiada palk gigi yang berlubang. Hmm, ianya menjadi misteri sehinggalah perbualan ini..

shinWau ^Syue^: pjg rambut
mfsariz: hah.?
mfsariz: sape.
shinWau ^Syue^: ko ler
mfsariz: aha. ye ke. bile ko nampak aku..
mfsariz: blum panjang lg kot. sket lg la.
shinWau ^Syue^: kat ps
shinWau ^Syue^: hehe
mfsariz: owh.bukan nak panggil.
shinWau ^Syue^: takkan aku nak menjerit....masa tu ko jalan pun lurus jer
mfsariz: hehe.. aku br habes kelas.. cadang nak makan. tapi, tetibe je rase saket pale lak. tgk lauk pn cam nak habes je. trus ablek. smpi hostel je. mmg aku migrain. siot gile.
mfsariz: tak tau apsal. skrang aku saket pale ar. ni baru ok sket.
shinWau ^Syue^: ko dah makan ubat tak
shinWau ^Syue^: kena byk minum air masak la
mfsariz: makan panadol je.. oo yeke. minum air masak ek.
mfsariz: hmm. ok arr. aku ikut nasihat ko. try dulu.
mfsariz: dah dkt sebulan dah.
shinWau ^Syue^: ko penah tak cek darah sblum ni
mfsariz: tetibe je.
mfsariz: tak..
shinWau ^Syue^: ermmm
shinWau ^Syue^: ko dalam sehari byk makan tak?
mfsariz: tak gak..
shinWau ^Syue^: terutama benda2 manis
mfsariz: ni pn tak makan ape2 lg. dr pagi. panadol je.
mfsariz: lapar..
shinWau ^Syue^: mana boleh makan panadol kalo perut lapar
shinWau ^Syue^: at least maka roti ker....baru telan
shinWau ^Syue^: ni aku rasa la kan...
shinWau ^Syue^: * ko mungkin kurang gula dalam darah...so..disebbkan ko kurg amik gula...ko akan rasa migrain
mfsariz: oo ye ke..
shinWau ^Syue^: * dan berkemungkinan jugak.....sebb faktor cuaca yg panas
shinWau ^Syue^: * atau....kurg minum air.....
mfsariz: so kene minum byk air. dan makan bende2 manis sket.
shinWau ^Syue^: jgn makan byk sgt manis...
shinWau ^Syue^: seelok nyer...cek darah....sebb nak tgk tahap gula dalam darah ko
shinWau ^Syue^: sbb aku mengalami bnda ni
shinWau ^Syue^: aku slalu pning...
shinWau ^Syue^: tp bila cek darah....rupanyer tahap glukosa darah aku rendah.....so kena la makan manis2
mfsariz: ye arr. kdg2 aku duduk2. pastu bangun dh cam tumbang je.
shinWau ^Syue^: skrg dah jarang la migrain cam dulu
mfsariz: hmm.
shinWau ^Syue^: itu jer yg aku tahu penyebab migrain
shinWau ^Syue^: kan otak kita perlu oksigen gak kan
shinWau ^Syue^: glukosa ni kira bekalan gak tuk otak kita
shinWau ^Syue^: heheh
mfsariz: hmm. ok thanks.
mfsariz: aku nk gi kluar makan jap.. lapar/ hehe.
shinWau ^Syue^: seelok2nyer

Yer, shue telah manasihati aku untuk lebih minun air dan makan bende2 manis. okeh. syarahan mu akan aku try.

Ya aku admit aku jarang makan, dan kurang minum air. tapi takde problem pn sebelum ni.. adeh,, skrang pn masih pening lg.

- seronoknye masuk U -

Haizum - Abang fairuz jum jadi fasi ahad ni.
Fairuz - Fasi per ?
Haizum - Peuehaba Aceh nyer event. setiap kelab hantar 2 wakil. program anak2 yatim.
Fairuz - Okeh..

tu sms mase mggu lepas. Cik haizum dah ajak jadi fasi utk program aceh kt kampus weekend ni. memandangkan best fren aku si raksasa asyik balik markas je. so why not kan. dah lame pn join event. so adrenelin aku pn naik balik, serentak dgn darah tinggi tak berape manis aku nih. (skrang ni slalu lak migrain, saket btul kepale).

So malam sabtu lepas 14 feb dekat src room, ade la briefing utk program ni. Director Aceh , si aizam explain psl program ni. ok gak. Anak2 yatim dr murad foundation, seremban akan datang. ade la dalam 35 orang kut, arange dlm 7 smpi 15 tahun. Mase nak habes briefing tetibe je lampu padam, ingtkn blackout ke. owh rerupenye ade birthday. ape name die. hmm. Nawwar wafaa. aku tak berape kenal pun. tapi celebrate je la.. ahaha, birthday mase malam valentine. gile best. same ngan birtday adek aku. Si WA. (aku, die mesti bace yg ni nyer. haha.) HAppy Birthday Wa, sorry takde hadiah sbb aku tak kerje lg. ^_^, mintak ngan long la, die nak kawen dah.

So esoknye, pukul 9 pagi dah siap kumpul dalam dewan. cik haizum yg tak datang briefing malam smlm dah msg2 aku tanye kat mane. dah bgtau die pki baju merah tapi lupe pesan jgn pki baju kurung. haha. sian haizum, terpakse balik sbb die dh pki baju kurung. sorry haizum.

so, dalam mase sejam lebeh gak tunggu budak2 ni nak sampai. perut dah buat orchestra, lapar la plak. tepat pkl 10.20am, dieorg sampai. first impression, aiseh kecik giler. ni cam budak2 tadika je. lepas tanye rupe2 nyer mmg dah sekolah. mak aihh. agaknye bdk2 skrang dh semakin mengecil kot. Program ni namyenye "Seronoknye Masuk U", objektif nyer nak bg impression kat budak2 ni supaye nnt blaja masuk U gak. so kenela buat happy. Mase Anis (tukang mc) tgh buat intro tetibe je main hall black out. aiseh tak penah jadi nih. So plan terpakse ditukar dari main hall, kiteorg pindah ke fosee lobby. di sebabkan mase dah drag. so first game budak2 ni buat cepat sket. suruh dieorg buat kumpulan. memang susah nak control dieorg nie.. and after that kiteorg main lak several game lg. like main bom kump. ,mummy race, curi botol.
"jadi zombie aku dikerjekan budak2 ni, yes its me yg berbungkus kat belakang tu."

Pas zohor, balik ke main hall utk tgk citer Muhammad, Utusan Terakhir. Kartun ni aku dah tengok dah dulu, so aku lepak la kat belakang sambil buat bunyi latar, kroh kroh kruih... ZzzZzz kjp.

pas habes muvies, bawak dieorg tour campus, pusing library, fist, fet, clc n then cits. after Asar, ade treasure hunt. adeh yg ni plg susah nak kontrol. orang suruh jgn lari, dieorg lari gak. mmg tak terkejor. nasib baek takde yg accident. after tu, ade majlis penutup then finished. nway, event ni telah membuatkan aku terase makin cepat lak nak kawen. haha, aku tak tau apasal. ehehehe.

p/s: 2 week lg ade kursus kawen. yes aku dh register. tak sabau nk amek lesen nih. huuhu.

(gambar akan di upload kemudian, tgh tggu pic dr Ubi ngan alia)

Wednesday, February 11, 2009

Sempena Sambutan Hari Valentine..



MELAYUKAH ITU

Melayukah itu
kaki rayap kaki rambu
cakapnya meraban merapu
matanya merah kayu
jalannya longlai layu
makan tidur tak menentu
lepak sini lepak situ
balik rumah jam satu
berlumba haram di malam minggu
orang berlumba siapa maju
ia berlumba siapa laju
Melayukah itu?

Melayukah itu
ke sekolah tak peduli buku
kononya semua sudah tahu
orang ke sekolah mencari ilmu
ia ke sekolah menjadi hantu
pukul murid kacau cikgu
bila ditegur diajak bertinju
tunjuk handal tunjuk kungfu
budi bahasanya kasar menggerutu
diajar mengaji tidak mahu
akhirnya buta kayu jadi kutu
Melayukah itu?

Melayukah itu
berbedak tebal bergincu
mekap sini mekap situ
tindik ini tindik itu
berbaju nampak lengan nampak bahu
tak tahu sopan segan silu
berkain singkat ketat terlalu
nampak pusat nampak selalu
kononya biar seksi youuu...
Melayukah itu?

Dan setelah 50 tahun merdeka dan maju
apakah Melayu begini yang kita mahu?

Ehsan Jamily
Taman Desa Baru, Melaka
29.08.06

p/s - Sajak ini diambil dari Antologi Sajak Melayu Mudah Lupa

Tuesday, February 10, 2009

Lagu Kebesaran Negeri Perak dan kisah di sekolah rendah




LAGU KEBESARAN NEGERI PERAK

Diambil dari: http://sultan.perak.gov.my/bahasa/lagu.htm


Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang saleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Darul Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan




Lagu Kebesaran Negeri Perak diwujudkan dalam pemerintahan Sultan Idris Murshidul'adzam Shah (Marhum Rahmatullah - 1887-1916), semasa Baginda berangkat ke London untuk menghadiri kemahkotaan Permaisuri Victoria pada tahun 1888.

Setibanya rombongan di Raja di London, sebagai persediaan, wakil Permaisuri Victoria telah meminta dari Almarhum Raja Mansor, Juruiring Baginda, nota Lagu Kebesaran Negeri Perak untuk dimainkan semasa Baginda berangkat masuk ke dalam Majlis-majlis Rasmi yang diadakan di Istana Permaisuri kelak.

Pada masa itu Negeri Perak tiada mempunyai Lagu Kebesaran. Mengikut cerita untuk mengelak kesipuan, di atas kebijaksanaan dan dayausaha Almarhum Raja Mansor, telah menyatakan bahawa beliau terlupa membawanya dan sekiranya wakil Permaisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat nota lagu, Almarhum boleh membunyikannya secara bersiul. Lagu yang disiulkan oleh Almarhum ialah sebuah lagu yang sangat-sangat digemari oleh penduduk-penduduk Negeri Perak pada waktu itu dan semenjak itulah juga lagu yang menjadi kegemaran ramai itu menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak, yang dimainkan secara rasmi buat pertama kalinya di kemahkotaan Permaisuri Victoria di London. Lagu yang dimainkan sebagai Kebesaran Negeri Perak itu ialah lagu Terang Bulan.

"
Saya mula belajar menyanyikan lagu ini semasa mula masuk ke darjah satu pada tahun 1991 di Sekolah Rendah Kebangsaan Tanah Merah, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Sekolah ini terletak kira-kira 3 kilometer dari rumah. ahaha, macam karangan autobiografi lak. Anyway, sebab saya bersekolah di sini kerana, abah mengajar di sekolah yang sama. Jadi saya dan Abang akan mengikut abah setiap pagi ke sekolah samada menaiki kereta datsun putih lampu bulat (dah takde dah), ataupun dgn motor yamaha c100 pun lampu bulat gak. Kalau kereta abah rosak (tak boleh start engine) waktu pagi, ade 2 choice, samada try tolak kater tu dan start enjin die. Klu tak jalan gak, maka naik motolah jawabnye. menggigil gigil lah kami di waktu pagi untuk ke sekolah. Bersekolah dari darjah 1 sampai darjah 6 di sana. Oh ye. tadika saya juga di kampung yang sama, tadika kecil di atas bukit dengan kengkawan sebaya yang berbagai-bagai ragam.

Mase sekolah rendah, perkara yang paling popular adalah basikal dan juga hero-hero tv macam Flashman, Marksman, Gaban, dan juga Ultraman. Kalau pegi sekolah tak mengaku salah seorang watak hero kene buli lah jawabnye. hahaha. Dalam kelas pun tak ramai, satu kelas purata cuma ade 15 - 20 orang sahaja. Kelas saya klu tak salah cuma 18 orang. Selama 6 tahun sekolah rendah, mamang ramai itu sahajalah rakan sekelas. Best kan.. kalau ada latihan sukan waktu petang, boleh lari pegi beli ais kepal 10sen, atau makan tebu dkt rumah orang kampung. time tu mintak je, orang bagi.
Rasenye sekarang, pengalaman budak budak sekolah sekarang dah tak sama.. time change, environment did change..

p/s: penah jadi pengawas, pakai tie biru. hahaha.. "

Monday, February 9, 2009

Dah Lah BEKAS MB PAS Ingkar, Penyokong Pakatan MENGHINA SULTAN Pula!

Di ambil dari blog : http://thoughtsintangents.blogspot.com/


Dah Lah BEKAS MB PAS Ingkar, Penyokong Pakatan MENGHINA SULTAN Pula!
Apabila mendengar protes pembangkang baru Perak di Kuala Kangsar kini diberi liputan hangat oleh blog-blog dan mengesyaki pemblog pro-Pakatan Rakyat pasti tak mampu berkecuali, saya terus berhubung dengan teman-teman di sana untuk menerima maklum-balas. Berita mereka begini:

"Deme orang Pakatan datang, tak ramai, ada dalam 100 orang. Mulanya protes gitu-gitu aje, lepas tu deme mula buat hal pula, siap baling-baling batu lagi pada kereta kome! Apa lagi, FRU masuk, orang PAS dan PKR atas jalan pancut diayor, cabut lari! Gitu le perjuangan deme orang Pakatan ni..."

Ini menggambarkan percubaan awal penyokong Pakatan Rakyat yang berniat mengganggu ketenteraman hasil kecewa kehilangan kuasa. Yang dibilang 'buat hal baling batu' kelihatan menunjukkan hilangnya kesabaran kerana perkumpulan mereka yang agak kecil tidak menarik banyak perhatian. Kemudian, ada member yang memberi lagi khabar:

"Pembangkang masih nak berdemonstrasi, tapi dah takde apa, dah selamat. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya!"

Mendengar ini, saya terus menghubungi member tersebut. Beliau khabarkan, ramai juga orang luar, bukan sahaja orang luar dari Kuala Kangsar, tetapi orang luar dari negeri Perak, yang datang berdemo. Mungkin kerana tak puas berdemo dengan tidak berkesan, atau kerana ada yang lambat, keinginan meneruskan aktiviti kesukaan mereka terus membara. Member saya mengakhiri perbualan dengan mengatakan beliau akan memantau lagi. Tak lama, saya ditalipon beliau:

"Akhram. Deme orang Pakatan tu tunggu Sultan dan Raja Nazrin! Rame sikit sebab ada yang baru datang, ada yang saja nengok, dalam 400-500 orang. Tapi saya tak suka, sebab deme orang PAS dan PKR tu hina Sultan dan Raja Nazrin! DEME SEMUA TUNJUK 'FINGER' KAT SULTAN MIKE!"

Astaghfirullah! Saya terkejut mendengar betapa biadabnya para penyokong pembangkang tersebut! Bukan sekadar taksub pemimpin mereka dan membenci UMNO sahaja orang PAS dan PKR ni, tetapi diasuh yang muda dan didakyah si tua sampai boleh menghina Sultan sebegitu rupa!

Semasa Sultan memberi perkenan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan dan menolak permohonan UMNO untuk berbuat demikian pada Mac 2008 tak pula sampai begitu hodoh sekali kelaku penyokong UMNO dan BN!

Nampaknya bertambah-tambah lagi hikmah peralihan kuasa dari PR ke BN di Perak ni. Setidak-tidaknya ia merobek topeng orang PAS dan PKR di Perak, mahupun yang suka berdemo dari negeri ke negeri, kononnya berjuang untuk rakyat. Pejuang jenis apa tak beradab dan hilang pegangan nilai rakyat yang kononnya diperjuangkannya? Semata-mata kerana merebut kuasa! Dan kuasa, ketuanan untuk siapa?

BUKAN Ketuanan Rakyat, tetapi KETUANAN ANWAR... atau tak kurang busuknya KETUANAN NGEH-NGA BERBONEKA NIZAR ...

P/S: Terima kasih atas sumbangan maklumat dari teman-teman di Kuala, terutama sekali Megat G2 KK ...

Siri Lompat Melompat - Karpal Sigh vs Anwar Ibrahim

"Anwar Ibrahim Perlu Bertaubat" - Pengerusi DAP, Karpal Sigh

Serentak dengan itu, saya dengan beberapa rakan yang sedang menonton berita di sebuah restoren ketawa menggelikan hati. waa, tok karpal dah nak jadi tok sheikh pulak. Apa punyar tur la ahli parlimen bukit gantang ni. Kenyataan Karpal ini di keluarkan oleh beliau semasa mengulas apa yang telah terjadi kepada pakaran rakyat. Nampak benor yang diorang ni tengah tenggelam timbul dek tekong pak nuar yang dah mengemudi sampan bocor. Bocor sebab idea sendiri yang suruh YB YB melompat.

Kenapa sekarang idea lompat melompat ni jadi trend pulak. sebelum ni, sejarah 50 tahun, tak penah dengar pulak ade yb yb yang melompat parti. Klu ade, tolonglah bagitau. Masa PRU 11 2004 pun, di Kelantan, PAS cuma ada majoriti satu je kerusi untuk buat kerajaan negeri. tak timbul pun isu-isu BN nak tarik adun-adun pas untuk lompat BN supaya kerajaan PAS ni karam. tak ada langsung. Tapi lepas je PRU 12, pak nuar serta merta mencanangkan 16 sept. akan berlaku lompatan katak terbesar dalam sejarah negara. Kerajaan baru akan dibentuk. Alhamdulillah ianya tak terjadi.

Berbalik kepada isu yang berlaku di Perak. Lidah rasmi PAS penuh lantang mengutuk dan mencerca dan memfitnah, yang idea dan adegan lompat-melompat ini adalah sendiwara dan perancangnya adalah BN dan pengarahnya adalah UMNO. Bagi saya beberapa perkara perlu di ambil kira:

1 - Kenapa seminggu sebelum lompatan 3 org adun PR, YB NASA (BN-Bota) yang terlebih dahulu melompat ke PR kerana di pancing oleh Anwar Ibrahim. pada waktu itu, UMNO negeri pun mengelabah sampai DS Najib terpaksa lari dari tugasan TPM untuk ke perak dan mempengerusikan mensyuarat perhubungan UMNO negeri. Hasilnya, DS Tajol Rosli sanggup menyerahkan jawatan dan di sandang oleh DS Najib.

2 - 3 orang adun PR itu tak melompat pun masuk ke BN, dieorg nak jadi adun bebas. 2 PKR tu tak masuk UMNO pun, 1 DAP tu tak masuk MCA. Maka dieorg ni takkan dapat apa-apa pun jawatan dalam kerajaan negeri yang baru nanti.

3 - Surat perletakan jawatan sebagai Adun yang diterima oleh speaker dewan negeri perak, yang di keluarkan oleh PKR sendiri, sebelum 2 orang adun tu buat kenyataan ingin kluar dari parti menunjukkan yang memang berlaku krisis di dalam kepimpinan PKR sendiri. PKR berharap bhw, dengan surat tersebut 2 adun tersebut di pecat dan pilihan raya kecil di 2 dun akan berlaku. so at least boleh lah bertanding semula daripada biar 2 orang adun ni quit parti dan jadi bebas. Tapi surat tanpa tarikh itu di tolak oleh SPR dan tidak diterima, so 2 org adun tu masih sah sbg adun.

4 - Beberapa keputusan kerajaan negeri PR yang tidak diterima oleh rakyat dan. ramai rakyat negeri perak terutamanya melayu yang terkejut dgn keputusan YB Nizar untuk memberi pajakan tanah selama 999 tahun kepada kuartes kampung baru di perak. tragedi ini juga tidak di sukai oleh pihak istana sehingga di tegur oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin yang melihat ianya adalah satu rampasan tanah yang sememangnya adalah terbukti milik-milik orang melayu.

Semasa sidang media karpal juga mengatakan bahawa anwar sudah tidak layak manjadi ketua umum PR. jadi orang baru perlu dipilih. ini kerana berdasarka kenyataan karpal, anwar adalah punca berlakunya krisis lompatan ini, serta punca berlakunya keretakan di dalam pakatan pembangkang. Karpal juga merayu kepada kepimpinan DAP supaya menyokong kenyataan dia berdasarkan kapasiti dia adalah pengerusi DAP. Sebaliknya berlaku apabila hari ini, setiausaha agung dap, Lim guan eng menyatakan sokongan kepada Anwar. apa reaksi tindakan karpal selepas ini, kita tunggu dan lihat.

Sunday, February 8, 2009

Kisah PR Perak yang mabuk kuasa dan Karpal yang cuba jadi hang jebat



6 Februari 2009 pastinya tak akan dilupakan oleh sebahagian besar rakyat negeri Perak, kerana pada tarikh tersebut ada 2 kerajaan negeri yang memerintah. Satu di fatwakan sendiri oleh MB Nizar sebagai masih halal, manakala yang baru di bentuk di fatwakan "haram" oleh nizar mengikut hadis-hadis palsu karpal sigh yang disahkan oleh Tok Sheikh Anwar Al Karut.

Kisah bermula apabila seorang adun BN yang melompat ke dalam perikatan rapuh (PR) kerana di pancing oleh tok sheikh anwar al karut. tak dipastikan apa yang telah dijanjikan sehingga seorang adun umno yang sebelum ini bagitu setia dgn perjuangan parti telah sanggup mengikut bekas ketuanya ini dahulu (ada la tu agaknye, sape tak kenal anwar yang banyak berjanji dan banyak juga berbohong nya ini). tapi mase tu lompatan YB nasa ini di sahkan Halal oleh pak nuar, tindakan yang tepat dan bijak kate pak nuar. selang 2,3 hari kemudian kerajaan PR di Perak bergolak lagi, konon-kononya 2 orang adun PKR yang dalam siasatan rasuah sex di sembunyi oleh BN. tah mane nyer perisik yang dapat maklumat tah. maybe team Mossad dari Israel kot yang bagi maklumat, al maklumlah ketua umum PKR ni, Sheikh Anwar Al karut ni best friend dgn tokeh-tokeh zionis kat sane, tah tah best couple kot. asyik nak main belakang je.

tup tup kluar sidang akhbar dari 2 adun ni yang dieorg dah serik kene tipu dgn kepimpinan tertinggi parti. so dieorg decide nak blah dan jadi adun bebas, dan menyatakan sokongan kepada BN untuk membentuk kerajaan dan melantik MB baru. maka kelam kabut lah pak nuar ni dgn di bantu oleh MB 3 suku Nizar ni, sebab dieorg dah tau yang kerajaan PR kat perak ni akan jatuh sebab tak cukup majoriti dalam dewan. dan jugak sebab takut sekiranya di buat sidang tergempat dun negeri akan ada undi tidak percaya kepada MB dan seterusnya membolehkan si MB itu terpaksa letak jawatan bersam-sama barisan exconya. maka dengan akal 3 suku nizar cuba untuk membubarkan dun negeri tanpa di maklumkan kepada Baginda Sultan Azlan. Konon-konon kalau pilihan raye semula dun negeri konfident boleh menang la lagi. maka berhambatlah nizar ni ke istana kinta untuk mengahadap Sultan Perak untuk di maklumkan krisis kerajaan negeri yg nak jatuh ni.

Tetibe ditambah pulak seorang lagi adun DAP yang jugak tak puas hati dgn PR dan DAP negeri. pun nak quit jadi adun bebas gak. amik pendirian same dgn 2 org adun PKR yang dah nak blah ni tadi. maka melompatlah pulak badut ketiga si karpal sign. Sebab pada kedudukan terkini, bilangan kerusi di dalam dewan dah hampir sama, BN 28, PR 28, dan bebas 3. tapi yang 3 org bebas ni nak buat kerajaan dgn BN. so dah jadi 31 - 28. Maka segala hulubalang, perwira-perwira, jaguh-jaguh dan juga gundik-gundik dari PR ni yang datang berduyun-duyun ke negeri perak ini untuk menyelamatkan kerajaan dieorg yang dah nak lingkup ni.

berhimpunlah mereka di kediaman MB untuk berbincang tentang strategi-strategi yang boleh di buat untuk menyelamatkan keadaan. Pada masa yang sama, pengerusi badan perhubungan UMNO perak yang baru, DS Najib dah buat press conf. di putrajaya dgn dihadiri oleh 3 org adun bebas ni tadi untuk buat pengumuman yang BN dah sedia untuk amek balik kerajaan negeri perak. Maka melompat-lompatlah sidang PR di kediaman menteri besar perak. berbagai-bagai hujah dan fatwa di keluarkan berkenaan lompat-melompat yang dah jadi tak sah ni pulak. Kalau dulu, 16 sept nyer hal, semua halal. eh silap, 24 sept plak. eh silap lagi, lepas hari raye haji pulak, eh tak jadi jugak. eh, satu negeri plak dah hilang. bodoh bergema-gema mereka ni.

pilihan pertama skrang adalah untuk membubarkan dun dan pilihan raye semue. so, di utuskan lah nizar untuk menghadap balik Sultan untuk memohon pembubaran dun, keluar je dari Istana maka dengan nada meraih simpatinya, beliau berucap akan menerima apa sahaja keputusan Sultan sebagai pemerintah yang adil. bagus-bagus tahniah !!. Sebelum tu jugak Najib dah meminta perkenan Tuanku untuk membentuk kerajaan Baru dan menamakan Adun Pangkor sbg MB yang baru. Tuanku menitahkan, bahawa kerajaan Baru akan di bentuk dan MB dan exco-exco dr PR perlu letak jawatan, klu tak kerusi MB dan exco negeri dikira talah kosong di atas perintah Sultan yang memerintah.

maka melompat-lompatlah lagi beruk-beruk di kediaman MB yang tak boleh menerima keputusan Tuanku, walhal sebemlum ni cakap akan terima apa sahaja. memang kalau dah dasar penipu dan berbelit selagi tak dapat apa yang dia nak, semua tak sah. terus si nizar memohon derhaka (yang tak penah di buat di orang, tak siuman dah kot) kerana mengikut hadis-hadis dari karpal sign untuk memecat MB bukan di bawah bidang kuasa sultan. MB hanya boleh meletakkan jawatan sekiranya ada undi tidak percaya dalam sidang dewan negeri. yang bangangnye, sape yang nak bubarkan dun awal-awal sbb tak nk ada undi tak percaya kepada MB. Di pendekkan cerita, keluarlah fatwa yang kerajaan baru BN di perak tak sah dan haram. kerajaan PR yang lama (10 bulan je kot) masih sah sbg kerajaan negeri dan nizar masih sah MB dan exco-exconya.

pada masa yang sama, si karpal sigh pun mula cari perhatian dgn buat press conf. mengatakan akan SAMAN Sultan Azlan sbb bertindak di luar kuasa. Peristiwa ini tidak akan dilupkan sampai bila-bila oleh rakyat negeri Perak. Maka tok sheikh anwar al karut ni pun dgn serta merta mempertahankan best frinds/couple die ni dgn mengatakan takde saman, cuma nak minta Tuanku tgk balik perlembagaan undang-undang tubuh kerajaan negeri. Si nizar lak, tercengang-cengang sbb tak tau apa dah jadi. inilah yang terjadi apabila suka sgt berkawan dgn beruk, maka jadilah seperti Anwar Ibrahim, dan jika berkawan dgn babi maka jadilah seperti karpal sigh.

Pada hari jumaat itu juga selepas solat jumaat di masjid ubudiah di kuala kangsar (hometown teman), berkumpulah geng-geng nizar yang nak menghalang majlis lantikan MB Zambry yang baru. keadaan kecoh sbb kumpulan yang bergerak ke istana ni menghalang laluan sampai kereta raja muda juga di lempar batu dan ada yang berbaring di tgh2 jalan. itulah sebabnya klu dah hilang akal, mabuk kuasa dan berkawan dgn karpal sigh dan anwar. pasukan FRU dah bersedia dan di lepasan gas pemedih mata dan senapang air untuk meleraikan demo ini. bertempiaran larilah mereka balik ke masjid. mmg klu dah dasar baling batu sembunyi tangan, maka di gunakanlah masjid sbg bahan cerita dan provokasi untuk meraih simpati kononnya zalim sgt FRU ni smpi masjid pn kene serang. berbagai-bagai artikel lah yang kluar di dalam harakah daily yang memuja peserta-peserta demo ini dan memburuk-burukan keadaan yang berlaku.

Selesai majlis akad sumpah di Istana Chandan maka sahlah MB Zambry sbg MB perak yang baru. berlari-lari terguling-gulinglah konco-konco nizar kembali ke kediaman MB di ipoh untuk mempertahankan kawasan jajahan terakhir mereka untuk di jadikan harta rampasan terakhir selepas semua yang telah di gadaikan sebelum ini. takpe, biarlah dieorg duk dalam tu puas-puas. nanti2 dah boring kluarla tu.

kes tak tamat lagi. baru-baru ni si nizar dah buat projek haram kt kediaman MB perak. boleh siap buat mesyuarat khas exco lagi, psl petadbiran negeri. di ulaskan kemudian. si karpal plak di beritakan akan menyaman sultan pada hari selasa 10 feb ni di Mahkamah Tinggi Ipoh. kita tunggu..

Friday, February 6, 2009

My Syrian Journal - Hari Terakhir

Hari Kesepuluh : Lapangan Terbang Damascus-Kuwait-KLIA

2 November 2008 (Ahad)

Keletihan pada malam sebelumnya, membolehkan delegasi berehat secukupnya. Kami dikehendaki berkumpul di lobi bersama beg pakaian jam 12.00 tengahari. Setelah mengumpulkan semua beg, kami beredar ke kafe untuk menikmati makan tengahari yang disediakan oleh PPMS. Setengah jam kemudian, bas yang membawa kami ke lapangan terbang tiba di bawah hotel dan kami membantu memasukkan bagasi ke dalam bas. Bas bergerak dan menghantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Damascus. Kami tiba awal dan terpaksa menunggu di ruang legar sementara kaunter mendaftar masuk dibuka jam 3.00 petang. Kelihatan pelbagai ragam manusia semasa menghantar sahabat handai mereka untuk berhijrah ke luar negara. Sementara menunggu, ada delegasi berjalan-jalan melawati kawasan lapangan terbang ini untuk menghilangkan rasa bosan.

Jam 3.40petang, kami mendaftar masuk dan menyusun bagasi-bagasi. Sebelum memasuki ruang pemeriksaan, kami mengucapkan terima kasih kepada pemandu pelancong juga ahli PPMS, Ustaz Azrul, Ustaz Hakimi dan Ustaz Azmi kerana kesanggupan mereka membantu mengurus dan menyelesaikan pengembaraan kami di Bumi Anbiya, Syria. Akhirnya kami melalui pemeriksaan imigresen dan pasport untuk berlepas ke Kuwait dengan menaiki pesawat Kuwait Airways. Sementara menunggu untuk dipanggil masuk menaiki pesawat, kami sempat berjalan-jalan ke setiap kedai dan membeli sedikit manisan untuk dibawa ke Malaysia.

Pesawat yang membawa kami ke Kuwait bertolak jam 6.00 petang dan mengambil masa perjalanan selama 2 jam. Perjalanan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan tiba di Kuwait untuk transit jam 8.10malam. Kami hanya perlu menunggu semula di pintu 26. Sementara menunggu delegasi menunaikan solat jamak di Lapangan Terbang Kuwait. Kelihatan delegasi berbual-bual dan berjalan-jalan di sekitar lapangan terbang. Kami masuk ke balai berlepas jam 10.45malam dan menaiki pesawat 1 jam kemudian. Sepanjang perjalanan pulang, kami menghabiskan masa dengan menonton filem dan tidur. Perjalanan mengambil masa selama 7 jam 45 minit untuk tiba di KLIA, Malaysia.

Akhirnya pesawat yang kami naiki selamat mendarat di KLIA, jam 12.45 tengahari waktu tempatan. Kelihatan delegasi gembira dan bersyukur kerana selamat tiba di tanah air sendiri dan tidak sabar menemui keluarga tercinta. Selepas memungut bagasi, kami bersalam-salaman sesama ahli delegasi IntEx 2008 yang telah menjadi sebuah keluarga. Selepas itu, kami berpecah, setengah delegasi menaiki bas Universiti Multimedia pulang ke Melaka, terdapat keluarga menjemput di KLIA, serta ada yang menaiki pesawat pulang ke negeri sendiri. Pengembaraan selama 12 hari termasuk perjalanan pergi dan pulang tidak dapat diluputkan dari ingatan dan disimpan sebagai kenangan manis bersama ahli delegasi IntEx 2008.

Kredit di atas catitan ini kepada:

NOR HAIZUM SHAHRIL
Bachelor of Business Administration (Hons) Human Resource Management

NURULASLAH BINTI MOHAMED ANUAR
Bachelor of IT (Hons) Security Technology

My Syrian Journal - Hari Kesembilan

Hari Kesembilan: Damascus

1 November 2008 (Sabtu)

Malam yang panjang membuatkan kami semua tidur lena dan dibuai mimpi yang indah. Kami bersarapan pagi di kafe hotel jam 8.00 pagi dan kelihatan wakil tertinggi PPMS berkumpul di hotel penginapan untuk bertemu dan berbincang dengan pegawai delegasi di bilik bertunggu. Selesai bersarapan kami dipanggil untuk bermesyuarat tergempak untuk membincangkan isu kewangan. Dimaklumkan setiap delegasi dikehendaki membayar 35 USD atau 1500 SP untuk tax pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Damascus. Semua delegasi dinasihatkan supaya mengasingkan wang tersebut daripada diguna untuk membeli-belah. Isu pembayaran tax baru diketahui dan diberitahu oleh wakil PPMS.

Selesai perbincangan jam 11.00pagi, kami bertolak menuju ke perpustakaan negara untuk menambah maklumat kajian dengan menaiki van (service). Setiba disana waktu melawat hanya dibuka untuk pelajar sekolah yang mempunyai pas pelajar. Kami terpaksa menukar rancangan dan menuju ke kedai buku yang terletak berhampiran Souq Hamidi. Terdapat banyak kedai buku tetapi hanya beberapa kedai sahaja menjual buku dalam terjemahan Bahasa Inggeris. Hampir kesemua keadi buku kami kunjungi. Keadaan lalu lintas sesak dan ramai pengunjung melawati kawasan ini. Selepas menjumpai buku tokoh yang dicari dan juga disarankan oleh Ustaz Hakimi, akhirnya delegasi membeli buku tersebut selepas tawar-menawar dengan peniaga.

Tepat jam 3.00 petang kami pulang ke hotel penginapan dengan berjalan kaki kerana Souq Hamidi terletak berhampiran dengan hotel penginapan. Di hotel kami menikmati makan tengahari di kafe dan kemudian menunaikan solat. Kami berkumpul semula jam 4.15petang di bawah hotel dan menuju ke Makam Roqayah kemudiannya ke Souq Hamidi untuk membeli belah. Kami diberitahu masa di Syria lewat satu jam kerana perubahan musim. Kami hanya berjalan kaki sambil melihat gelagat masyarakat arab Syria di bandar Damascus. Cuaca yang terang dan berangin membolehkan penduduk setempat melakukan kegiatan aktiviti dengan mudah.

Kami menyelusuri setiap lorong pasar yang sibuk. Kelihatan pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan disini. Akhirnya kami tiba di Makam Roqayah. Kelihatan sebuah masjid yang besar dan luar serta kilauan kristal yang menghiasi permukaan siling dan dinding masjid. Ramai pengunjung menziarahi Makam Roqayah dan keadaan sesak ketika kami melalui pintu utama. Jam 4.20petang kami berkumpul di luar masjid dan berpecah kepada dua kumpulan untuk membeli-belah. Kami berjanji bertemu semula di hadapan Tugu Salahuddin jam 7.30petang.

Kawasan Souq Hamidi merupakan sebuah pasar besar tumpuan utama masyarakat tempatan dan pelancong berkunjung untuk mencari barangan keperluan harian. Selain itu, terdapat peniaga menjual barangan cenderahati. Suasana yang sesak menyukarkan kami untuk bergerak. Selesai mendapatkan barangan yang dicari, kami berkumpul di tempat yang dijanjikan. Semua pelajar berkumpul tepat pada waktunya tetapi hanya seorang delegasi tidak muncul. Kami mencari dan cuba menghubungi saudara Luqman tetapi gagal.

Keadaan panik dikhuatiri beliau hilang. Sedang kami mencari, bas telah tiba untuk membawa kami ke restoran terbesar di dunia, Damascus Gate Restaurant. Bas menuju ke hotel untuk mengambil pegawai-pegawai dan beberapa delegasi. setibanya di hotel seorang delegasi diarahkan mencari Luqman dibiliknya dan beliau berada disana. Kami diberitahu Luqman telah pulang awal ke hotel seorang diri. Semua delegasi menaiki bas, dan tepat jam 8.35 malam bas bergerak menuju ke restoran untuk makan malam.

Kami tiba di perkarangan Restoran Damascus Gate setengah jam kemudian. Restoran terkemuka ini tersenarai di dalam World’s of Record sebagai sebuah restoran yang terbesar di dunia serta mempunyai 30 dewan makan yang menyajikan pelbagai masakan dari seluruh dunia. Cuaca malam sejuk dan berangin. Kami menikmati hidangan makan malam sambil diperdengarkan alunan musik piano. Setiap delegasi dikehendaki membayar makanan mereka sendiri.

Selesai makan, tepat jam 11.20malam, kami berkumpul di hadapan bas dan bertolak pulang ke hotel. Kelihatan setiap delegasi keletihan dan mengantuk. Setibanya di hotel, kami menuju ke bilik sendiri dan mengemas barangan serta keperluan harian kerana keesokkan hari kami bertolak pulang ke Malaysia.

My Syrian Journal - Hari Kelapan

Hari kelapan : Lazakiah/ Damascus

31 Oktober 2008 (Jumaat)

Cuaca yang baik dan cerah, menceriakan lagi suasana pagi yang tenang. Sebelum memulakan perjalanan, kami bersarapan di kafe, di bawah hotel penginapan kami. Tepat jam 9.00 pagi, bas tiba dan biro teknikal memasukkan beg ke dalam bas. Kami bersiap sedia untuk bergerak menuju ke Qala’ah Salohuddin yang mengambil masa kira-kira 4 jam perjalanan. Sedang kami menyusur keluar dari bandar Lazakiah, terbentang luas Lautan Mediterranean yang indah lagi permai.

Dalam perjalanan ke Qala’ah Salohuddin, kami diberi penerangan serba sedikit mengenai tempat itu. Ia terletak di atas bukit sama seperti Genting Higland di Malaysia, jalan yang berliku dan sempit. Keadaan di luar sejuk dan berangin. Bas yang kami naiki berhenti dan kami menyangkakan sudah tiba di Qala’ah Salohuddin, malangnya pemandu bas telah membawa tempat yang salah dan menyambung semula perjalanan.

Jam menunjukkan 12.00 tengahari, kami sekali lagi tersesat, dan tempat yang kami singgah adalah Christian Krak Des. Kami turun dan meninjau keadaan sekitar, sambil menikmati pemandangan sekeliling. Tempat ini merupakan sebuah kubu pertahanan untuk penganut kristian. Mengikut jadual perjalanan, tempat ini turut kami lawati. Selesai mengambil maklumat dan keterangan dari penduduk setempat, kami meneruskan perjalanan ke Qala’ah Salohuddin jam 12.20 tengahari.

Semasa perjalanan, delegasi singgah menunaikan solat di Masjid Al-Huda dan menyambung kembali perjalanan. Akhirnya kami sampai juga di perhentian berhampiran Qala’ah Salohuddin dan terpaksa menukar kenderaan untuk naik ke qala’ah. Kami menyewa 2 buah van untuk membawa kami ke atas bukit. Kelihatan jalan yang berliku dan sempit. Qala’ah ini mempunyai keistimewaan dari segi senibina yang cantik, unik dan strategik. Di tengah-tengah laluan jalannya terdapat tiang batu yang sangat besar.

Selesai meninjau ke setiap ruangan kubu ini, kami sempat bergambar berlatar belakang pemandangan cantik sekita kubu ini sebagai kenangan. Kami menuruni cerun yang curam dan selamat tiba di tempat letak bas. AJK makanan menyediakan makan tengahari yang dibawa siap untuk delegasi mengisi perut yang kosong. Jam 5.25petang, kami bertolak pulang ke Damascus mengambil masa perjalanan 4 atau 6 jam.

Kelihatan jalan raya lengang dan cuaca beransur gelap kerana sudah masuk waktu maghrib bagi kawasan disekitar. Tepat jam 8.00malam, kami berhenti menunaikan solat dan makan malam di Restoran Madinat Islam berhampiran bandar Hama. Keaadan di luar bas sejuk dan berangin. Delegasi menikmati hidangan yang panas dan menyelerakan. Selesai semua perkara, meneruskan kembali perjalanan ke Damascus dan tiba jam 10.30malam di Hotel Orient Gate. Biro logistic mengagihkan bilik kepada delegasi dan akan menginap selama 2 hari di hotel ini.

Setiap bilik dihuni 3 orang delegasi. Keadaan sekitar lengang, sunyi dan peniaga telah menutup premis perniagaan mereka. Delegasi beransur menuju ke bilik masing-masing dan kemudian dipanggil untuk sesi post-mortem yang diadakan di kafe hotel. Perbincangan ini dihadiri Encik Zamzuri dan Encik Abdullah. Pelbagai isu berkaitan difokuskan dan delegasi cuba mencari jalan penyelesaian. Keadan semakin tegang dan delegasi mengalami kesejukkan kerana kafe terletak di luar bangunan. Encik Zamzuri membantu menyelesaikan permasalahan yang berlaku dan kami bersurai selepas 2 jam berbincang. Delegasi pulang ke bilik dan merehatkan diri.

My Syrian Journal - Hari Ketujuh

Hari Ketujuh : Halab/Lazakiah

30 Oktober 2008 (Khamis)

Jam 7.30 pagi, AJK makanan menyediakan sarapan pagi, sandwich dan menghantarkan ia ke setiap bilik delegasi termasuk pegawai yang berada di hotel yang lain. Ini kerana, sarapan pagi pada hari ini tidak disediakan oleh pihak hotel. Selepas menikmati makan pagi, kami menanti bas di bawah hotel penginapan jam 9.00 pagi. Keaadan lalu lintas bergerak lancar dan cuaca sejuk. Selang beberapa minit bas tiba di hadapan hotel dan bergerak menuju ke Qala’ah Halab. Perjalanan ke Qala’ah mengambil masa setengah jam. Difahamkan qala’ah tersebut merupakan sebuah kubu yang terbesar di dunia dan menjadi tumpuan pelancong dunia.

Setiba di qala’ah, keadaan panas dan berangin. Kami memasuki kubu tersebut dan melewati setiap ruangan yang ada di sini. Kubu ini dibina secara berperingkat. Kami menikmati permandangan bandar Halab yang moden, teratur dan cantik. Tidak ketinggalan kami turut bergambar berlatar belakang seni bina bangunan bersejarah ini sebagai kenangan. Tepat jam 11.20 pagi, kami berkumpul di bas dan bergerak menuju ke Masjid Al-Karimiyah yang terdapat tapak kaki Nabi Muhammad s.a.w.

Perjalanan ke masjid mengambil masa selama setengah bas. Masjid berkenaan terletak di tengah-tengah pusat perniagaan. Keadaan sekeliling sesak dengan urusan niaga dan kenderaan yang melalui di kawasan ini. Setibanya disana terpaksa menunggu di luar kerana masjid tersebut masih kunci dan akhirnya dibuka oleh penjaga masjid. Kami diberi penerangan dan sejarah kewujudan tapak tersebut oleh penjaga masjid. Setelah mendapatkan maklumat kami beredar dan menyambung perjalanan menuju ke Muzium Halab.

Jam tangan menunjukkan tepat 1.10petang dan kami tiba dihadapan Muzium Arkeologi Negara, Halab. Pintu masuk muzium ini telah dihias dengan patung atau replika singa bermata besar yang diperbuat daripada jenis batuan hitam yang dijumpai di Kuil Aramean, Tell hallaf. Di dalam muzium telah menempatkan barangan artifak dan tradisional sejak dari zaman purba yang dijumpai di seluruh daerah Syria. Kelihatan pelajar-pelajar sekolah perempuan turut melawati muzium ini untuk dijadikan sebagai rujukan pembelajaran mereka di sekolah. Pengawai muzium menerangkan sejarah barangan artifak kepada delegasi.

Selesai taklimat kami berkumpul di bas jam 1.55petang dan meneruskan perjalanan ke Qala’ah Samaan. Sementara menunggu Ustaz Azrul, pemandu bas telah membawa delegasi mengelilingi bandar Halab. Keadaan lalu lintas sesak dan kami menyambung perjalanan yang mengambil masa selama 1 jam untuk sampai ke tempat tersebut.

Kami menikmati hidangan makan tengahari diluar Qala’ah Samaan. Suasana sekeliling mendamaikan dan berangin, membuatkan ada delegasi merasa ketenangan. Selesai makan, kami meninjau keadaan sekeliling dan kawasan ini telah dibina pada kurun ke-5, berusia hampir 1518 tahun. Qala’ah ini juga dibina pada tiga (3) zaman yang berbeza iaitu Romani, Bezanti dan Syriani. Kami tidak mengambil masa yang lama ketika berada di kawasan ini kerana terpaksa bergegas ke Lazakiah yang mengambil masa 4 jam dalam perjalanan dan ketika itu jam 3.10petang.

Kami turut singgah menunaikan solat di Masjid Abdullah bin Abbas. Bangunan masjid cantik, unik dan menenangkan membuatkan kami terasan nyaman dan khusyuk ketika mendirikan solat. Bas menyambung perjalanan, di dalam bas ada delegasi tidur, menonton drama seri Prison Break, dan berbual bersama teman disebelah. Keadaan jalan yang berliku dan sempit membuatkan delegasi yang tisur terjaga.

Akhirnya kami selamat tiba di Lazakiah jam 10.30malam dan terus menuju ke Restoran View untuk menikmati makan malam. Restoran ini terletak disisir pantai dan mengadap Laut Mediterranean serta mempunyai pemandangan yang cantik. Kelihatan ramai pengunjung di restoran tersebut dan difahamkan setiap khamis malam ada golongan atasan mengadakan jamuan di restoran itu. Sajian makan malam adalah menu ikan dan delegasi gembira kerana semenjak berada di Syria, kami hanya disajikan menu ayam dan daging sahaja. Kami menikmati hidangan sambil menahan sejuk kerana angin malam dan suhu yang rendah.

Selesai menikmati hidangan, kami berjalan-jalan di sekitar restoran untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Selepas sejam berada di restoran, kami menaiki bas dan menuju ke hotel penginapan. Sampai di bilik penginapan, kami merehatkan diri dan bersedia untuk mengambung perjalanan keesokkan hari.

My Syrian Journal - Hari Keenam

Hari keenam : Hama/Halab

29 Oktober 2008 (Rabu)

Hari yang cerah dan sejuk membuatkan semua delegasi kelihatan ceria dan riang untuk memulakan pengembaraan dalam mengkaji perjuangan dan cabaran tokoh-tokoh Islam yang disanjungi. Jam 8.45 pagi kami menaiki bas dan melawat kincir air yang terletak di tengah-tengah bandar Hama. Kincir air ini telah dibina untuk dibekalkan kepada penduduk diseluruh Bndar Hama. Walaubagaimana pun kincir air tersebut hanya digunakan untuk tanaman dan ternakan. Kawasan disana amat menyenangkan, tidak ramai orang kerana keadaan masih lagi pagi. selesai mengamati suasana disekeliling, kami meneruskan perjalanan ke Muzium Hama yang terletak berhampiran dengan kincir air.

Muzium Tradisional Hama telah dibina sejak zaman Raja Asad Basha, merupakan seorang bangsawan juga Perdana Menteri pada ketika itu. Muzium ini mempunyai seni ukiran yang halus dan cantik yang boleh dilihat pada permukaan pintu, siling dan dinding. Bangunan ini dibina dua tingkat dan mempunyai ruangan yang luas. Terdapat pakaian dan barangan harian yang dipamerkan di muzium ini. Sejurusnya kami beredar tepat 10.45pagi dan menuju ke bandar Halab atau Aleppo.

Sepanjang perjalanan dapat dilihat syarikat kereta nasional, Proton ada dibumi anbiya ini. Keadaan jalan raya yang tenang, melancarkan perjalanan kami ke Halab. Di dalam bas, kami menonton sambungan seri drama Prison Break. Setiba di bandar keadaan disini lebih moden dan teratur. Kami terus mendaftar masuk ke hotel tetapi mengalami masalah penginapan yang ditempah telah diberikan kepada orang lain oleh pihak hotel. Oleh itu, delegasi terpaksa berpecah kepada dua hotel. Keadaan ketika ini tegang dan kelam kabut. Selepas menguruskan diri dan menunaikan solat kami diminta berkumpul semula jam 4.15petang di bawah hotel.

Kami menuju ke Jamek Qabir dan Makam Nabi Zakaria yang terletak berhampiran dengan Souq Hamidi. Jamek tersebut mempunyai seni bina yang unik dan cantik selain mempunyai makam Nabi Zakaria di dalam perkarangan jamek tersebut. Nabi Zakaria seorang hamba Allah yang sabar juga mempunyai seorang anak bernama Yahya. Cabaran beliau adalah dihalau oleh pemerintah ketika itu kerana menyebarkan dakwah. Ramai pengunjung mengunjungi jamek ini serta ada menunaikan solat. Selepas mendapatkan maklumat daripada Ustaz Azrul dan Ustaz Hakimi, serta meninjau keadaan sekeliling, kami menuju ke Souq Hamidi yang berhampiran. Kelihatan pasar tersebut ramai orang dan meriah dengan diterangi cahya lampu yang berwarna-warni.

Selesai berjalan dan membeli belah di Souq Hamidi, kami berkumpul dan menaiki bas jam 8.00 malam menuju ke hotel penginapan. Kami menikmati makam malam di hotel. Aktiviti seterusnya disambung dengan post-mortem yang diadakan di lobi hotel turut dihadiri oleh Encik Abdullah. Mesyuarat membincangkan isu berkaitan perjalanan, maklumat kajian dan keadaan kewangan terkini. Selain itu, rombakkan kerja turut diadakan bagi memastikan semua kerja-kerja pengumpulan maklumat lengkap dan tepat. Di akhir perbincangan, kami disajikan hidangan ringan teh panas oleh pihak hotel. Seterusnya delegasi beredar ke bilik masing-masing dan merehatkan diri.

My Syrian Journal - Hari Kelima

Hari kelima : Palmyra/Homs

28 Oktober 2008 (Selasa)

Malam yang panjang membuatkan tidur kami lena dan selesa. Kami membersihkan diri dan menunaikan solat subuh. Jam 6.30 pagi kami berkumpul di kafe untuk menikmati sarapan pagi. Suasana di kafe dihiasi dengan hamparan dan alas meja yang dianyam menggunakan tangan. Hasil kraftangan ini adalah buatan tempatan. Cuaca pada pagi itu sejuk dan berangin. Seterusnya kami bergerak menuju ke tapak kesan-kesan peninggalan istana yang berusia lebih kurang 10 000 tahun. Perjalanan dari hotel ke tapak tersebut mengambil masa 15 minit.

Kami meninjau keadaan sekeliling dan ada delegasi bergambar sambil menunggang unta. Kami mengumpulkan maklumat dan menemubual seorang rakyat tempatan iaitu Encik Firah’ Soleh. Destinasi seterusnya melawat muzium di Palmyra. Keadaan di muzium lengang kerana masih awal jam 9.45pagi. Kami mengelilingi dan meneliti setiap barangan artifak yang di pameran di ruang legar muzium. Muzium ini dibina dua tingkat, di bahagian bawah terdapat barangan seperti tembikar lama, duit syiling, batu permata dan sebagainya. Di aras atas muzium menempatkan 4 mumia yang telah diawet dan disimpan dalam bilik khas yang berkaca. Mumia-mumia tersebut terdiri daripada seorang lelaki tua, wanita, lelaki dewasa dan gadis. Selain itu di aras yang sama turut mempamerkan pakaian lama yang digunakan oleh raja-raja dan permaisuri.

Selepas meninjau, delegasi bergambar di hadapan muzium. Kemudian kami bergerak ke penjara yang turut dibina pada zaman Parsi dan masih digunakan hingga hari ini serta penjara yang terbesar di Syria. Walaubagaimanapun kami hanya melalui dihadapan pintu masuk penjara kerana sebab-sebab keselamatan. Perjalanan diteruskan menuju ke Qala’ah atau kubu pertahanan yang terletak di atas bukit dan dapat melihat pemandangan sekitar bandar Palmyra. Cuaca ketika itu panas dan berangin kuat. Selepas menikmati alam sekeliling bandar Palmyra, kami bergerak ke restoran berdekatan untuk makan tengahari dan masa menunjukkan tepat 12.30 petang.

Selesai menikmati makan tengahari, bas bergerak menuju ke bandar Homs hanya mengambil masa 2 jam perjalanan. Setibanya di sana, kami menunaikan solat dan melawat makam sahabat nabi, Khalid Al-Walid di masjid Khalid Al-Walid. Ketika ini, ada sebahagian ruang di masjid ini sedang dibaikpulih. Keseluruhanya masjid ini dijaga drngan sempurna. Penerangan sumbangan dan perjungan beliau disampaikan oleh ustaz Azrul dan Ustaz Hakimi.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Hama dan sampai di bandar Hama 2 jam kemudian. Kelihatan sebuah bandar yang tersusun dan berkembang maju. Dimaklumkan bahawa bandar ini merupakan sebuah bandar yang aman dan tenang. Setibanya di sana, kami menuju ke hotel penginapan untuk mempersiapkan diri dan berkumpul semula jam 7.30 malam di lobi untuk makan malam. Kami menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran mewah yang dihiasi reka bentuk unik dan moden. Selain menikmati makanan, kami diperdengarkan alunan muzik yang mengasyikkan dan menyenangkan.

Akhirnya kami pulang ke hotel penginapan jam 10.15 malam dan terus diadakan post mortem untuk mempastikan setiap degelesai mendapat maklumat yang secukupnya. Pengumuman perubahan jadual masa juga dimaklumkan. Bersurai majlis, delegasi pulang ke bilik masing-masing dan dapat merehatkan diri dengan nyenyak.

My Syrian Journal - Hari Keempat

Hari Keempat: Damascus/Busro/Palmyra

27 Oktober 2008 (Isnin)

Seperti hari-hari yang lepas, delegasi menyiapkan diri untuk memulakan perjalanan. Hari ini merupakan perjalanan yang pertama kami berhijrah dari satu bandar ke bandar yang lain. Kami mengemas semua barangan dan membawanya bersama sepanjang penghijrahan kembara ke seluruh bandar Syria. Destinasi pertama adalah Busro yang terkenal dengan kesan-kesan peninggalan pada zaman Romani. Kami berkumpul dan bertolak dengan menaiki bas ekspres jam 8.00pagi. Sementara menunggu bagasi-bagasi dimasukkan ke dalam bas, kelihatan lalu lintas yang sibuk dengan pelajar-pelajar sekolah bergegas melintas jalan raya. Suhu ketika ini adalah 18C.

Bas bergerak ke destinasi yang dijanjikan pada 8.15pagi. Busro adalah sebuah tempat peninggalan sejarah di zaman Romani. Antara tempat menarik adalah tugu zaman Romani, tapak bermula kerajaan Negara Syam dan Zaman Muawiyah. Kami tiba di kawasan sejarah Busra dua jam kemudian. Kami menikmati pemandangan disekiling dan terdapat pokok kurma menghiasi kawasan padang pasir. Kesan peninggalan bangunan di zaman Romani kelihatan cantik, unik dan berdiri teguh hingga ke abad ini.

Kami memasuki setiap lorong di setiap ruang di bangunan dan kawasan tersebut. Setelah melawat ke semua bahagian, jam 12.30tengahari kami menikmati makan tengahari di Restoran Caracalla berhadapan dengan bangunan bersejarah. Kemudian kami bergerak ke Makam Imam Nawawi yang mengambil masa dua jam perjalanan. Sepanjang perjalanan kelihatan khemah didiami penduduk di kawasan lapang dan kami difahamkan bahawa musim ini amat sesuai untuk bercucuk tanam untuk tanaman mereka.

Kami sampai di Makam Imam Nawawi jam 3.17petang dan didapati pintu masuk ke makam tersebut kunci. Kami terpaksa menunggu hingga penjaga makam tersebut membukakan pintu tersebut. Akhirnya pintu tersebut dibuka dan kami diberi penerangan mengenai maklumat peribadi serta perjuangan Imam Nawawi. Beliau seorang yang suka kepada ilmu dan pada usia 5 tahun beliau sudah menghafal ayat-ayat al-Quran. Maklumat diterjamah oleh Ustaz Hakimi.

Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diperoleh, kami menuju ke destinasi seterusnya adalah Makam Nabi Ayyub dan kolam Nabi Ayyub. Menurut sejarah nabi seorang yang penyabar dan menghadapi kusta selama 18 tahun. Beliau sabar, tabah, dan redha menghadapi rintangan seumpama itu. Selesai lawatan kami beransur ke kolam nabi Ayyub yang mengambil masa 5 minit dari makam beliau. Kolam tersebut mempunyai keistimewaan dapat menyembuh penyakit kusta nabi. Walaubagaimanapun kolam tersebut tidak dijaga dan tidak bersih. Laluan menuju ke sana turut tidak diturap dan dipenuhi dengan batu bata.

Tepat jam 5.25 petang, kami meneruskan perjalanan ke Palmyra yang memakan masa selama 4 jam perjalanan. Bas melewati rumah-rumah besar yang berada di sekitar jalan raya dan kami asyik menonton cerita Toms & Jerry di dalam bas sementara menunggu masa tiba di bandar Palmyra. Kelihatan hari semakin gelap memandangkan waktu maghrib masuk pada ketika itu. Bas berhenti di stesen minyak dan ada delegasi singgah ke bilik air.

Bas menyambung perjalanan tetapi terpaksa berpatah balik ke Damascus kerana jalan ke Palmyra tutup dan perjalanan mengambil masa 3 jam. Ketika itu jam menunjukkan 8.20malam dan kami singgah di masjid untuk menunaikan solat. Kami tiba di Palmyra jam 11.12 malam dan menikmati makan malam di restoran. Kami disajikan dengan hidangan nasi, ayam goreng, kuah tomato dan air teh. Kelihatan delegasi keletihan dan mengantuk kerana hari sudah lewat dan hanya menanti masa untuk mendaftar masuk ke hotel. Selesai makan, kami beredar ke hotel. Kami tiba di hadapan hotel jam 12.20pagi dan delegasi dibahagikan kepada 3 orang untuk 1 bilik.

My Syrian Journal - Hari Ketiga - Damascus

26 Oktober 2008 (Ahad)

Kesayupan azan berkumandang di masjid, membuatkan saya tersedar dari tidur dan jarum jam menunjukkan tepat 5.00 pagi, segera membersihkan diri dan mengerjakan solat subuh. Kami menikmakti hidangan makan dan minum pagi yang dihantar oleh ahli PPMS ke rumah kediaman lelaki dan perempuan. Kami bersiap-siap dengan berpakaian formal untuk menghadiri dua sesi dialog di Universiti Damascus dan Kedutaan Malaysia. Kami menaiki bas jam 8.30 pagi menuju ke Universiti Damascus, kelihatan lalu lintas begitu sesak tetapi lancar. Cuaca pada pagi ini cerah dan berangin.

Kami tiba di perkarangan Universiti Damascus jam 8.45pagi dan menghadapi masalah kerana tidak dibenarkan masuk. Kedatangan kami juga tidak disambut oleh wakil universiti atau pensyarah dari Faculti Sejarah & Arkeologi. Selepas menerangkan tujuan kedatangan kami dan menunjukkan surat pengesahan dari faculti akhirnya pengawal universiti membenarkan kami masuk tetapi malangnya faculti yang dicari terletak diluar kampus utama dan mengambil 15 minit untuk ke sana. Kelihatan ahli delegasi gusar mencari jalan penyelesaian.

Akhirnya mengambil keputusan membahagikan ahli delegasi kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan menuju ke Jabatan Pelajar yang terletak di kampus utama, manakala satu kumpulan lagi menuju ke Faculti Sejarah & Arkeologi. Kami berpecah mengikut kumpulan dan menaiki teksi ke faculty yang dijanjikan. Setibanya di sana jam 10.30pagi, kami terpaksa menunggu hampir satu jam kerana pensyarah yang akan ditemui sedang mesyuarat. Sementara menunggu, kami berbincang dan bersedia untuk menanyakan soalan yang berkaitan sejarah penglibatan sahabat-sahabat nabi dalam penyembaran dakwah Islamiah kepada masyarakat serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka.

Tepat jam 11.55 pagi, akhirnya dapat bertemu juga dekan Faculti Sejarah & Arkeologi. Kami dibawa ke pejabatnya dan beliau sangat bergembira dan menanti kedatangan delegasi ke universiti ini. Perbincangan disertai 6 orang pensyarah dari pelbagai skop minor dalam sejarah & arkeologi. Perbualan dalam Bahasa Arab dan terpaksa meminta Saudara Osama menterjemahkan semula kepada Bahasa Inggeris. Sesi temubual berakhir dengan sesi bergambar bersama Ketua Unit dan pensyarah-pensyarah faculti serta ucapan terima kasih.

Selesai perbincangan, segera bergegas menuju ke Kedutaan Malaysia kerana telah berjanji bertemu wakil disana jam 1.00 petang. Kami tiba awal, dan menanti delegasi yang lain dibilik menunggu. Kelihatan ada delegasi yang bergambar, membaca risalah dan menunaikan solat zuhur di banguanan kedutaan. Suasana di luar bangunan lengang kerana jalan masuk ke bangunan ini terletak jauh dari jalan besar. Bangunan kedutaan dari negara jiran juga terdapat di kawasan ini.

Sesi dialog bermula 1.35petang diadakan di bilik mesyuarat dan pembuka kata dari Duta Malaysia di Syria, TYT Ibrahim Abdullah telah menyemarakkan lagi suasana majlis pada ketika itu. Dalam ucapan beliau menerangkan serba sedikit sistem pentadbiran kerajaan Syria. Seterusnya Encik Zamzuri wakil pengawai pengiring dari Universiti Multimedia (MMU), memperkenalkan diri dan peranan beliau di MMU diikuti delegasi yang lain. Selain itu ketua delegasi juga menerangkan tujuan kedatangan delegasi ke Syria dan memilih negara ini sebagai tempat kajian untuk IntEx 2008. Majlis dilanjutkan dengan sesi soal jawab untuk ditanyakan kepada duta.

Jamuan ringan disediakan dan kami menikmatinya sambil berbual-bual serta bertukar pendapat bersama duta. Dihujung majlis, delegasi dengan penuh bersemangat menyanyikan lagu rasmi MMU, ‘Permata Dunia’ dan lagu kebangsaan, ‘Negaraku’. Tidak lengkap jika rombongan ke kedutaan tiada sesi bergambar. Disamping itu, kami juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama duta Malaysia di hadapan pejabat beliau.

Pada jam 3.45petang, kami berkumpul dan bergerak menuju ke Makam Sheikh Al-Mahyuddin. Kelihatan hujan renyai-renyai dan berangin. Kami tiba di perkarangan makam setengah kemudian. Struktur bangunan yang cantik dan halur ukiran yang halus membuatkan kami terpegun. Penerangan sejarah penglibatan Sheikh Al Mahyuddin disampaikan oleh Ustaz Hakimi. Selesai mengumpul maklumat di snini, kami beredar dan berkumpul semula di hadapan van.

Destinasi seterusnya adalah Jabal Qassiyum yang terletak di atas bukit juga mengadap bandar Damascus. Dari pemandangan atas kelihatan Damascus sebuah bandar yang sangat padat walaupun struktur bangunan tidak teratur. Terdapat juga rumah blok batu dan restoran dibina di atas bukit ini. Kami mengambil gambar sebagai kenangan dan kelihatan lampu berwarna-warni menghiasi bandar Damascus apabila menjelang waktu malam. Kedengaran azan maghrib berkumandang di seluruh bandar seperti bersahut-sahutan. Hujan tidak lagi turun tetapi cuaca semakin sejuk.

Kami beredar meninggalkan Jabal Qassiyum dan pulang ke rumah kediaman. Jam 7.30 malam kami tiba di rumah kediaman. Kami menikmati hidangan makan malam yang telah siap dihantar ke rumah kediaman. Kemudianya merehatkan diri selepas seharian bergerak dan mencari maklumat. Sesi post-mortem tetap diadakan jam 9.00malam di rumah PPMS. Semasa perbincangan, delegasi diingatkan semula laporan yang perlu disiapkan. Selain itu terdapat sedikit perubahan masa pada jadual perjalanan keesokkan hari. Perbincangan ditangguhkan dan delegasi pulang ke rumah kediaman.

My Syrian Journal - Hari Kedua













25 Oktober 1008 (Sabtu)

Perubahan masa dan tempat membuatkan senang terjaga dari tidur yang nyenyak, jarum jam berada didinding tepat 5.30pagi, segera bangun dan menunaikan solat subuh. Di penginapan perempuan, kami mempunyai masalah di mana terpaksa menunggu seorang demi seorang untuk mandi dan terpaksa berjimat cermat menggunakan air kerana kawasan kediaman kami mengalami catuan air.

Minum pagi disediakan oleh Datuk Rabiyah. Kami turut menyediakan minuman pagi untuk delegasi lelaki. Kami menikmati hidangan pagi sambil berbual-bual bersama delegasi yang lain sementara menunggu waktu berkumpul jam 7.30pagi di hadapan rumah PPMS. Suasana pagi yang tenang, cuaca yang sejuk dan lengan kerana hari cuti di hujung minggu.

Sampai waktu, kami bersiap-siap berjalan menuju ke bangunan PPMS dan kelihatan tiada delegasi lelaki di sini. Setelah menelefon, rupa-rupanya masa telah ditunda kepada jam 8.30pagi. Delegasi perempuan yang tertinggal telekung pulang semula ke tempat penginapan untuk mengambil telekung. Pada jam 8.20pagi baru kami masuk ke rumah PPMS.

Perbincangan antara delegasi dan pihak PPMS diadakan selepas menikmati sarapan pagi. Antara isu yang dibincangkan adalah penginapan, ketepatan masa dan air. En Zamzuri menenangkan hati semua orang dengan memberikan motivasi “Take a problem as a challenge”. Setelah selesai berbincang, jam menunjukkan 10.00pagi, kami menaiki van atau service (nama panggillan yang digunakan penduduk disini) untuk melawat makam-makam bersejarah, malangnya lima belas minit kemudian masih belum bertolak. Kami menanti dengan penuh kesabaran dan perasaan bosan meliputi hati masing-masing terhadap pengurusan logistic kami disini.

Tepat 10.33pagi, van yang membawa kami mula bergerak. Keadaan jalan raya yang sesak menyebabkan perjalanan kami perlahan dan lewat tiba di tempat tersebut. Kelewatan ini menyebabkan jadual perjalanan kami terpaksa diubah. Kami menyelusuri jalan raya dengan menyaksikan ragam dan lagat masyarakat Syria yang suka membunyikan hon kereta mereka ketika memandu, kelihatan wanita-wanita arab yang cantik, projek-projek pembaikpulih jalan giat dijalankan, dan jenama buatan kereta Malaysia juga digunakan oleh penduduk disini seperti Waja, Gen2 dan Kelisa.

20 minit kemudian, Kami sampai di makam pertama iaitu Dehya Al-Kalbi yang terletak di kawasan Perkuburan Mazid Kawasan tersebut dikelilingi oleh kubur-kubur penduduk tempatan. Beliau merupakan sahabat Rasulallah yang dikagumi, sangat tersohor, warak, kuat beribadat. Tarikh lahir dan tarikh meninggal beliau tidak diketahui dan jika ada yang menganggar tarikh tersebut akan menimbulkan keraguaan kepada semua orang. Perbezaan reka bentuk kuburnya berbeza kerana hanya mempunyai satu batu nisan sahaja. Seterusnya kami menaiki van semula dan bergerak menuju Kawasan Makam Bok Sorih di mana terletaknya makam Bilal bin Rabah. Di kawasan perkuburan telah juga terdapat makam Asma’, Fatimah az-Zuhra (cicit nabi), cucu nabi, sahabat-sahabat nabi, UMMU Salamah, UMMU Habibah dan Saidina Mawiyah bin Abu Suffian, seorang penulis wahyu. Penerangan di makam-makam ini disampaikan oleh Ustaz Muadz dan dibantu oleh Ustazah Mashitah dari PPMS.

Setelah menziarahi kesemua makam-makam tersebut, jam menunjukkan 1.30petang dan kami menunggu van untuk pulang semula ke PPMS. Kenderaan di jalanraya begitu sibuk, pemandu-pemandu membunyikan hon tanpa ada tujuan, mungkin itu cara pemanduaan mereka. Kelihatan aktiviti jual-menjual sedang berjalan. Cuaca ketika ini panas dan berangin. Sistem pengangkutan awam yang menjadi pilihan penduduk ialah teksi dan van (service).

Van sampai setengah jam kemudian dan bergerak menuju ke PPMS. Van yang membawa kami masuk di lorong belakang bangunan sehingga di tepi bangunan yang sempit untuk mencari jalan pintas. Hasilnya van kami terpaksa berpatah balik. Kami sampai di rumah PPMS jam 2.35petang untuk makan tengahari sebelum menyambung semula lawatan ke makam-makam yang seterusnya. Makan tengahari disediakan oleh ahli PPMS dan menu hari ini adalah nasi dan lauk ayam.

Selesai makan, jam 3.45 petang, kami menaiki semula van untuk melawat ke Makam Perkuburan Ummayat yang terletak berhampiran dengan Souq Hamidi. Antara makam-makam terdapat disini adalah makam Solahuddin, makam Abu Hurairah, makam Abu al-Darda. Kelihatan sesak dan ramai pelancong mengunjungi tempat-tempat tersebut.

Kemudiannya kami menuju ke Jami’ Umawi di mana terletaknya jam matahari pertama di dunia. Mengikut sejarah, tempat ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebelah kanan adalah masjid untuk penganut Islam dan disebelah kiri adalah gereja untuk penganut kristian. Disini juga tempat pendamaian di antara penganut Islam dan Kristian dari berlakunya peperangan senget. Akhirnya seluruh bangunan ini dijadikan masjid. Kami terpesona dan kagum dengan struktur bangunannya cantik dan ukiran halus yang dilukis menggunakan tangan. Dinding utama bangunan diperbuat daripada emas. Penerangan di makam-makam dan masjid bersejarah ini disampaikan oleh Ustaz Hakimi dan Ustaz Firdaus dari PPMS.

Selesai mengelilingi dan mendapatkan maklumat di kawasan Masjid Umawi, jam 6.30petang kami berkumpul di van untuk pulang ke rumah kediaman. Sementara menunggu van, kami sempat melihat gelagat pengunjung-pengunjung keluar dan masuk Souq Hamidi. Ini kerana kawasan Souq Hamidi adalah sebuah pasar besar yang menjual pelbagai barangan kegunaan harian termasuk barangan cenderahati boleh dibeli oleh pelancong untuk dibawa pulang ke tanah air. Kelihatan setiap delegasi keletihan dan kepenatan dengan perjalanan hari ini.

Setibanya di rumah kediaman, kami menguruskan diri dan berehat. Kami terpaksa berjimat cermat menggunakan air kerana catuan air. Seperti yang dijanjikan jam 8.45 malam kami berkumpul di rumah PPMS untuk menikmati hidangan makan malam yang disediakan oleh ahli PPMS. Delegasi perempuan tiba awal di rumah PPMS sambil membawa botol-botol kosong untuk diisi air dan digunakan keesokkan harinya. Sementara menunggu hidangan kami berbual-bual membincangkan perjalanan kembara kami. Makan malam ini turut disertai oleh pelajar-pelajar senior dari PPMS.

Selesai makan malam, kami membantu mengemas di ruang makan dan kemudiannya diadakan sesi dialog bersama wakil tertinggi PPMS. Majlis ini bermula jam 10.00 malam, hanya 12 orang ahli delegasi dan 15 orang ahli PPMS yang hadir. Kelihatan saudara Osama dan Najeeb tiada semasa majlis bermula. Sesi dialog ini diketuai oleh Saudara Hairul Faizal, Pemangku Presiden PPMS. Di dalam ucapan saudara Hairul, beliau mengucapkan selamat datang dan memohon maaf segala kesulitan yang berlaku sepanjang perjalanan ahli delegasi IntEx’08 di Syria.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Saudara Mohd Fairuz Sariz, Pengarah Program IntEx 2008. Beliau telah menerangkan sejarah Kembara Antarabangsa yang telah menjangkau usia ke-8 pada tahun 2008. Selain itu, beliau turut menerangkan tujuan utama pengembaraan IntEx’08 ke Bumi Anbiya, Syria sebagai destinasi kajian pada tahun ini.

Majlis diteruskan dengan ucapan Saudari Nor Haizum sebagai Presiden Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu (PBMKM). Antara pengisian ucapan beliau adalah visi dan objektif persatuan. Beliau juga mengharapkan jalinan ukhuwah dapat diteruskan di masa hadapan. Kemudian majlis beralih kepada sesi soal jawab yang dikemukakan oleh ahli delegasi. Montaj dan maklumat dari universiti disampaikan oleh Saudari Nur Hidayah, dan nyayian lagu “Permata Dunia” mengakhiri majlis ini.

Selesai majlis dialog, kami memohon kebenaran untuk menggunakan rumah pentadbiran PPMS untuk mengadakan perbincangan ‘post-mortem’ pertama delegasi IntEx’08. Di dalam perbincangan tersebut diketuai oleh Saudara Fairuz dan disambung oleh Saudara Hasmanto untuk menerangkan masa perjalanan pada keesokkan hari dan seterusnya. Terdapat beberapa slot masa perjalanan terpaksa diubah seperti melawat Universiti Damascus dan Kedutaan Malaysia. Pelbagai isu berbangkit diketengahkan dan kelihatan perbincangan sedikit tegang. Tepat jam 12.40 pagi majlis ditangguhkan dan beredar pulang ke rumah kediaman. Malam yang sunyi dan tenang membuatkan tidur kami lena dan nyenyak.

My Syrian Journal - Hari Pertama - Malaysia - Damascus

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu, (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
~ Surah Al-Hujuraat. Ayat 13.


note: catatan ini adalah tambahan kepada catatan perjalanan rasmi IntEx 08 yang boleh di layari di http://intex08.wordpress.com . Terima Kasih.

Mukhaddimah

Syria, tanah para Ambiya’, pusat permulaan tamadun dunia, dan bumi bersejarah, adalah antara gelaran-gelaran yang diberikan kepada negara ini. Sebetulnya, ia sememangnya tepat dan benar. Sebuah negara yang mempunyai hampir keseluruhan lanskap yang sangat berbeza di antara negara-negara lain di dalam dunia. Dari sebuah padang pasir sehingga ke persisiran laut Mediterranean yang indah, gunung berbatu sehingga ke kawasan perladangan yang subur menghijau, dan dari senibina kota-kota batu berusia ribuan tahun sehingga ke banggunan moden lengkap dengan parabola satelit, Syria sememangnya unik dan menarik. Sebelum saya menulis journal kembara ini, rasenya baik kiranya saya menulis profile negara syria secara ringkas dan komposisinya terlebih dahulu.

Syria adalah sebuah negara dikategorikan “Middle East” dan berada di pinggir timur persisiran Lautan Mediterranean. Ia mempunyai persisiran pantai sepanjang hampir 180km dan bersempadanan dengan negara Turki (utara), Iraq (Timur) Palestine dan Jordan (selatan), Labenon dan Lautan Maditerranean (barat). Keluasan negara ini menjangkau hampir 18500km2 dan mempunyai hampir kira-kira 19,405,000 penduduk (jangkaan rasmi pada 2007). Dari segi topologi geografinya pula, Syria dilutupi oleh tanah rata dan berbatu, gunung-gunung batu dan bukit-bukit padang pasir, jurang-jurang serta kawasan pergunungan yang cantik. Beriklimkan Mediterranean dengan 4 musim. Tanah pertanian yang subur untuk tanaman seperti anggur, delima, dan limau. Mempunyai oasis-oasis yang sesuai untuk penanaman buah zaitun. Purata suhu adalah 32 celcius pada musim panas, dan 10 celcius pada musim sejuk. Matawang yang digunakan adalah syrian pund (syp) ataupun dikenali sebagai Syrian Lira dan menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi negara.

Catatan kembara penulis bermula dari 23 oktober 2008 iaitu pada hari bertolak daripada MMU sendiri. Program International Expedition ataupun IntEx ini adalah program tahunan persatuan. Setahun sebelum ini, pada 1 November 2007, penulis pernah menjejakkan kaki di bumi Xi’an, wilayah Shangxi, China untuk menjalankan kajian budaya, ekonomi dan sosial masyarakat Islam disana. Namun pada tahun ini ahli delegasi lebih terarah untuk mengumpulkan maklumat berkenaan para ambiya’, sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w, ahli keluarga Rasullullah s.a.w, tokoh-tokoh perang, ilmuan-ilmuan Islam, dan Nabi-nabi Allah s.w.t yang terdapat di bumi Syam ini(nama lama bagi Syria). Setalah hampir 10 bulan bertungkus lumus mencari sumber-sumber kewangan akhirnya pada tarikh 23 oktober seramai 22 orang yang terdiri daripada 14 orang pelajar, 3 orang pegawai universiti, dan baki selebihnya adalah peserta tambahan.


23 Oktober 2008 (Khamis)

Tepat pada pukul 9.10pm, kami semua telah berkumpul di dalam bas MMU yang ditempah khas untuk membawa kami ke airport KLIA, walaupun mengikut jadual asal sepatutnya 8.30pm. Sebelum bertolak, Ustaz Azmi salah seorang peserta delegasi telah membacakan doa musafir dan bas mula meningglkan perkarangan MMU menuju ke KLIA. Pukul 1015pm, kami berhenti di hentian RNR Seremban untuk makan malam dan sebahagian peserta termasuk penulis menunaikan solat Isyak dahulu. Kemudian kami meneruskan perjalanan dan tiba di KLIA pada pukul 11.30pm. Agak leceh juga apabila mengikuti rombongan yang disertai oleh pegawai atasan universiti ini kerana semuanya perlu diuruskan dengan cepat, almaklumlah sebab konon-kononnya segala tindakan kami akan dipantau untuk dinilai. Ikut sahaja mengikut hemat pengalaman kami. Sampai sahaja di KLIA, troly beg terus diambil dan beg-beg peserta terus dipunggah dari dalam bas dan disusun di atas troly untuk di tolak ke “check in gate”. Haji Marwan iaitu travel agent yang menguruskan tiket penerbangan kami telah sedia menunggu di sana dan menyerahkan tiket bertolak kepada kami. Oleh kerana Flight kami dijadualkan berlepas pada pukul 3.30am, jadi check in gate hanya dibuka pada pukul 12.30am. Sementara menunggu check in gate di buka, segala tagging beg dan barang-barang logistik program di periksa terlebih dahulu.


24 Oktober 2008 (Jumaat)

Pukul 12.28am, gate K8 tempat kaunter Kuwait Airlines dibuka dan kami terus mendaftarkan “boarding pass” rombongan. Flight kami bernombor KU 0416 dan akan berlepas di Gate C22 di balai berlepas.


"Di KLIA untuk Check In Flight"

Pukul 1.30am, semua delegasi telah masuk pintu pemeriksaan kastam dan menuju ke “Air Train” untuk ke balai berlepas. Malang pertama menimpa apabila tiba-tiba kami mendapat panggilan daripada Hj. Marwan bahawa beliau terlupa untuk menyerahkan tiket balik kami. Saudara Hasmanto, yang bertanggungjawab untuk menguruskan tiket berlari ke pintu pemeriksaan kastam untuk mengambil tiket tersebut. Nasib baik dibenarkan oleh pegawai kastam yang bertugas. Kalau tidak, alamat tak balik sudah kami apabila tiba di Syria nanti kerana tiket pulang tidak diserahkan.

Di pusat bebas cukai KLIA sebelum masuk ke balai berlepas, kami berhenti untuk makan di Delifance sebentar. Mungkin kerana terpaksa berjaga malam, semua peserta telah merasa lapar. Pukul 2.15, gate C22 dibuka dan semua peserta masuk untuk Boarding dan melalui pemeriksaan keselamatan. Perkara menarik yang berlaku kerana, penulis yang telah dipaksa untuk membawa sebuah tin yang mengandungi biskut raya kepunyaan Dato’ Rabiyah, konon-kononnya untuk di makan di atas kapal terbang nanti. Pada awalnya, panulis merasakan tin ini tidak akan lepas pemeriksaan keselamatan, jadi bolehlah dijadikan alasan untuk ditinggalkan di gate sahaja nanti, tetapi rupanya dibenarkan. Alamak, terpaksa juga dibawa naik ke atas kapal terbang nanti. Adeh.


"Fajar Subuh"


"Diatas Laut"


"Sarapan.. "

Sementara menunggu krew penerbangan Kuwait Airlines memanggil kami masuk ke pesawat, Ustaz Azmi sempat menerangkan bagaimana untuk menunaikan Solat di atas kapal terbang nanti. Ini kerana, kami dijangka akan mendarat di Kuwait pada pukul 6am waktu kuwait. Tetapi subuh di kuwait telah masuk seawal pukul 4.15am, jadi solat subuh perlu di tunaikan di atas kapal terbang.

Info Ringkas – Solat Subuh Di Atas Kapal Terbang
Solat subuh ditentukan apabila terbitnya Fajar Sadiq, iaitu dari munculnya satu garisan cahaya putih yang merata di ufuk. Tetapi sebelum muculnya fajar sadiq, akan mucul Fajar Kazib dalam bentuk cahaya yang menegak. Fajar Kazib (fajar bohong) adalah penanda bahawa waktu subuh akan masuk. Tetapi waktu sebenar untuk menunaikan solat subuh adalah apbila terbitnya Fajar Sadiq kira-kira 5-10 minit selepas fajar kazib. Untuk mengambil wuduk di dalam kapal terbang, ruang di dalam tandas flight adalah terhad dan air juga adalah terhad. Jadi cara yang terbaik adalah dengan bertayamum ataupun cukup dengan membasahkan tapak tangan dan ratakan air di muka, tangan, ubun kepala sama seperti wuduq biasa, tetapi cukup dilakukan dengan hanya sekali sahaja.

Walaupun pada mulanya ia kelihatan sukar kerana penulis tidak pernah melakukannya, tetapi ia sebenarnya lebih mudah dari sangkaan. Untuk maklumat lanjut saya mencadangkan pembaca melihat laman web ini.
http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg21.htm

Tepat pukul 3am, krew penerbangan membenarkan kami masuk ke pesawat. Sejurus sebelum berlepas, captain penerbangan memperkenalkan diri, bernama, Captain Mishaal Al Atabi menerangkan pesawat akan terbang pada ketinggian 34 000 kaki, dan masa perjalanan adalah selama 7 jam 45 minit. Sangan menarik apabila tayangan video di skrin tempat duduk membacakan doa untuk musafir dan kapal terbang pn berlepas.

Nothing much happen di atas flight, sekejap sekejap tgk skrin di tempat duduk, movie yg ada pun tak menarik sangat. So, aktiviti yang paling best adalah “beradu”. Sedikit info ringkas semasa di atas flight:

Setelah hampir 6 jam di atas, waktu menunjukkan hampir pukul 4.45 waktu semasa, di luar sedikit cahaya mula kelihatan, jadi segeralah ke tandas untuk berwuduk. Selesai sahaja solat subuh, flight stewardess menyediakan sarapan. Kapten pesawat mengumumkan bahawa masih terdapat 1 jam 18 minit sebelum flight akan mendarat. Pada ketika ini cahaya matahari telah mula kelihatan, dan pemandangan di bawah masih belum kelihatan. Masih di atas laut mungkin.

Akhirnya, pesawat mendarat di Kuwait International Airport pada pukul 6 pagi waktu Kuwait. Namun persekitaran telah mula cerah tidak seperti pukul 6 pagi di Malaysia. Sementara menunggu transit, ahli delegasi berbincang berkenaan laporan aktiviti dan beberapa perkara lain di hadapan Gate 24, tempat pesawat akan berlepas sebentar lagi. Urusan di Kuwait airport ini tidaklah merumitkan seperti yang pernah di alami di Guangzhou Airport dulu. Di Kuwait ini, penumpang transit hanya perlu check in di kaunter airliness masing-masing dan terus menunggu di boarding gate. Tidak perlu untuk menukar boarding hall atau memunggah beg semula.

Tepat pukul 8.45am, pintu gate dibuka dan kami masuk untuk pemeriksaan kastam, pukul 9.15am pesawat Airbus A320 KU 0551 berlepas menuju ke Damascus. Pada waktu ini baru penulis tersedar bahawa kamera Sony PowerShot S3 IS penulis tertinggal di dalam beg yang diletakkan di atas kabin, jadi tiada sebarang gambar yang di rakam.

Setelah hampir 2 jam, flight akhirnya mendarat di Airport Damascus. Jam menunjukkan hampir pukul 5pm waktu Malaysia dan pukul 11am di Damascus. Dari pukul 3 pagi hingga pukul 5pm, hampir 14 jam perjalanan dari KLIA untuk tiba di Damascus ini. Huhuh, harap-harap semuanya berbaloi. Setelah masuk ke Arrival Hall, kami telah di sambut oleh pegawai kedutaan Malaysia yang telah sedia menunggu. Encik Samir, telah menguruskan segala urusan passport dan segala berjalan lancar. Alhamdulillah. Pada mulanya kami agak risau kerana melalui bacaan dan maklumat yang di terima, kadangkala urusan kemasukan di sini agak melecehkan dan merumitkan. Setelah selesai mengambil beg, wakil Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) telah sedia menunggu di luar airport. Walaupun semua kelihatan keletihan tetapi at least segalanya berjalan lancar tanpa banyak masalah lagi.



"Kuwait Airport"



Destinasi pertama kami di Damascus adalah untuk pergi ke rumah atau pejabat PPMS. Ini kerana rumah sewa yang akan kami tinggal adalah berdekatan dengan pejabat PPMS. Semua ahli delegasi kelihatan sangat teruja kerana pertama kali tiba di sini. Tanggapan pertama adalah, Syria bukanlah negara yang maju dari segi pembangunan dan sosial. Ada banyak sebab, nanti akan di bincangkan kemudian. Oh ya, semasa di dalam perjalanan dari Airport ke pejabat PPMS ini, satu insiden telah berlaku hanya kerana seorang delegasi tersilap menangkap gambar di hadapan sebuah banggunan kerajaan. Pegawai kerajaan, itu berlari mengejar bas yangmembawa kami nak menahannya dipersimpangan jalan. Beliau terus naik ke atas bas dan meminta kamera daripada Hidayah (bukan nama sebenar). Setelah itu, dayah telah dipaksa untuk mengikut mereka turun dan dibawa kehapadan banggunan tersebut. Keadaan menjadi agak kelam kabut kerana semua terpingga-pinga tidak memahami apa yang telah terjadi.

Maklumat daripada wakil PPMS, semua penduduk termasuk pelancong dilarang mengambil gambar dimana-mana bangunan kerajaan di seluruh Syria dikhuatiri salah sorang daripadanya adalah pengebom berani mati. Arahan ini adalah langkah keselamatan. Selain itu, pertengkaran mudah berlaku disini dan sikap tidak ramah yang dipamerkan oleh masyarkat sekeliling. Beberapa ahli delegasi berada diluar bas untuk memantau keadaan. Sementara menunggu keadaan pulih, kami berbual-bual di dalam bas dengan ahli PPMS.

Akhirnya, jam 2.00petang Hidayah dilepaskan dan pegawal tersebut memadamkan gambar-gambar didalam kamera Hidayah. Kejadian seumpama ini perlu dijadikan iktibar kerana ia boleh merumitkan keadaan. Suasana kembali tenang dan kami meneruskan semula perjalanan ke rumah kediaman.

Dalam perjalanan tersebut kelihatan peniaga-peniaga menjual sayur-sayuran dan buah-buahan di tepi jalan. Tidak lama kemudian kami turun dari bas dan mengambil semua bagasi-bagasi untuk menuju ke rumah kediaman. Untuk ke rumah kediaman kami perlu berjalan kerana bas tidak boleh memasuki jalan tersebut. Keadaan sekeliling agak sesak dengan kereta yang lalu lalang serta cara pemanduan yang merbahaya. Walau bagaimana pun keadaan terkawal dan kelihatan kanak-kanak sedang bermain di hadapan rumah pentadbiran PPMS, Mustaid. Kami singgah sebentar di sana. Rumah pentadbiran PPMS dan rumah kediaman kami sangat dekat. Suasana riuh, meriah dan cuaca sejuk sederhana. Di rumah PPMS, kami dijemput menjamu selera yang disediakan sendiri oleh ahli PPMS. Kedatangan kami disana disambut mesra oleh pelajar PPMS.

Selesai menjamu selera, kami duduk berbual-bual sambil bertukar-tukar soalan bersama ahli delegasi dengan ahli PPMS. Kami dinasihati supaya di musim sejuk ini mandi pada hari ke-4 kerana takut terkena penyakit sendi dan lenguh-lenguh badan. Jam di tangan menunjukan 3.20petang kami meneruskan sesi pengenalan sesame sendiri atau taakruf diketuai oleh Datuk Rabiyah. Dalam ucapan beliau menerangkan tujuan program pengembaraan, ucapan terima kasih, manfaat program, nasihat dan sebagainya. Sesi taaruf ditangguhkan sementara, kepada tukaran wang. Setiap delegasi menyerahkan wang Dolar Amerika kepada bendahari IntEx’08, Saudari Siti Hasnur untuk ditukarkan ke mata wang Syria. Difahamkan 100USD bersamaan 4700 SP dan 100SP bersamaan RM 8.

Kemudian kami bersiap sedia menuju ke rumah penginapan yang hanya terletak 2 blok dari rumah PPMS. Keadaan rumah tersebut sederhana dan sesak kerana di rumah wanita terdiri daripada 12 delegasi manakala di rumah lelaki terdiri 10 delegasi. Setiap rumah mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Kami terpaksa berkongsi dalam keadaan yang sesak dan timbul rasa kurang puas hati dikalangan delegasi. Rumah kediaman perempuan dilengkapi dengan dapur, tv dan katil.

Selepas menguruskan diri dan berehat, jam 8.45 malam kami keluar untuk makan malam di rumah pentadbiran PPMS. Suasana malam di Damascus tenang , sejuk dan penduduk lalu lalang di kawasan itu. Selain itu terdapat pengusaha kedai sibuk membersihkan kedai mereka sebelum tutup. Semasa menikmati hidangan makan malam, ahli logistik memberitahu kepada ahli PPMS keadaan yang dihadapi oleh delegasi IntEx’08 ketika berada di rumah penginapan.


"Terkejur Anggur"

Selesai makan malam dan berbincang kami pulang semula ke rumah kediaman. Dalam perjalanan pulang ada delegasi singgah membeli barang di kedai berhampiran. Kebanyakkan barangan di kedai tersebut murah dan pelbagai barangan boleh didapati. Urusetia logistik PPMS telah menghantar tilam, bantal dan air mineral di rumah kediaman perempuan. Perjalanan jauh sepanjang hari membuatkan kami letih dan tidur dengan nyenyak.