Friday, November 21, 2008

My Syrian Journal


Travel Journal saya akan di upload secepat mungkin..
Didalam proses penyuntingan.

Harap Maaf..

Thursday, June 5, 2008

Islam Itu Matlamat, Bukan Alat

Posted on May 25, 2008 under Akidah |


Diambil dari web Mufti Besar Perlis : http://drmaza.com/?p=298

Berpegang kepada Islam bermaksud beriman atau yakin sepenuhnya dengan segala inti kandungan ajaran agama yang agung tersebut. Pegangan terhadap ajaran Islam ini hendaklah berteraskan keimanan kepada Allah S.W.T bahawa Dia telah memerintahkan kita untuk tunduk kepadaNya menerusi kepatuhan kepada titah perintahNya dalam al-Quran dan al-Sunnah.


Kita tidak menonjolkan pegangan kita kepada Islam ini kerana hendak menjaga hati rakyat, atau keyakinan pengundi atau ‘apa orang kata’ atau untuk meraih dan mengaut untung sesuatu habuan atau perniagaan. Kita tidak boleh berkempen kepada Islam supaya dapat mengukuhkan politik kita, atau melariskan jualan kita, atau meng’halal’kan kesalahan kita.


Berpegang dengan Islam sebagai agama yang diimani amatlah berbeza dengan berpegang dengan Islam sebagai alat mengauh atau meraih keuntungan tertentu. Pegangan Islam sebagai al-Din adalah jalan hidup para rasul dan pengikut mereka.


Firman Allah: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang tulus, dan dia bukanlah daripada orang-orang yang musyrik. Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah orang yang awal bersegera menyerah diri kepada Allah..


Katakanlah: Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh seseorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain; kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.(Surah al-Am’am: 161-164).


Jelas dari ayat ini, Islam adalah matlamat, bukannya alat. Islam itu dipegang atas kesedaran dan keyakinan bahawa itulah tuntutan dan itulah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada hari akhirat kelak.


Demikian sepatutnya kita dalam berpegang dengan ajaran Islam ini. Walaupun setiap kita ada kelemahan dan kesilapan dalam hidup ini. Kita mungkin gagal untuk mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh, tetapi kita tidak boleh jadikannya alat meraih keuntungan. Kita mungkin ada dosa, tetapi kita tidak boleh menghalalkan dosa kerana kita telah melakukannya.


Maka, ketika kita berpegang atau beramal dengan mana-mana perkara dalam ajaran Islam hendak pegangan dan amalan itu dibina di atas keimanan yang membawa keikhlasan hanya kerana Allah. Di situlah datangnya rahmat dan keberkatan. Bukan kerana sebarang kepentingan yang mengatasi asas tersebut. Jika tidak agama ini menjadi mainan kelompok yang sentiasa mencari untung dan kesempatan.


Jika agama hanya alat, maka kita lihat bagaimana berbagai ubatan yang dijual pada hari ini yang menggunakan nama agama. Sehingga kononnya ada air ajaib yang dihasil dari tulisan al-Quran atas piring atau pinggan yang jika diminum memperolehi berbagai keajaiban yang jika para sahabah Nabi s.a.w masih hidup pun akan terkejut mendengarnya. Mereka pun tidak pernah mendapat jampi daripada Nabi s.a.w yang seistimewa itu.


Begitulah juga apabila al-Quran dijadikan alat bukan matlamat, maka kita dapati seseorang yang sepanjang hidupnya tidak pernah memperdulikan ajaran kitab agung itu, tiba-tiba apabila meninggal diupah orang untuk dibaca al-Quran di tepi mayatnya. Adakah al-Quran memberikan manfaatkan kepadanya, padahal selama ini dia langsung tidak pernah menghiraukan ajaran dan titah Allah dalamnya? Apakah jika mayatnya mendengar alunan al-Quran yang menyuruh dia bersolat, berpuasa, berzakat, menunaikan haji, amanah, adil, juga larangan berjudi, riba, arak, rasuah, khianat dan sebagainya, dia dapat bangun dari kematian yang telah datang kepadanya untuk melaksanakan semua arahan dan titah perintah itu?


Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w menyebut: “Al-Quran itu boleh menjadi hujah untuk membela kamu, atau untuk menentang kamu” (Riwayat Muslim). Namun, oleh kerana ada pihak yang membuat bisnes dengan ‘melelong pahala’, maka al-Quran menjadi alat untuk mengaut keuntungan, bukan pegangan kehidupan. Maka muncullah dalam masyarakat kita pembekal pahala yang boleh diupah dengan beberapa ribu ringgit yang menggunakan bacaan al-Quran untuk pembikinan pahala. Lalu pahala pun boleh diniaga dan akhirat pun boleh dibeli. Justeru itu Nabi s.a.w. pernah memberi ingatan: “Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).


Begitulah juga dalam pungutan zakat. Kempen ke arah zakat begitu hebat lebih daripada kempen kepada solat. Padahal solat adalah rukun kedua Islam selepas syahadah. Namun zakat adalah fulus, maka berbagai ayat al-Quran tentang dosa tidak membayar zakat pun dikeluarkan. Baguslah. Memang pun kewajipan zakat amat besar.


Namun tujuan zakat bukanlah untuk mengutip harta orang berada, tetapi untuk memastikan tiada jurang kekayaan yang menakutkan dalam masyarakat, untuk membersihkan jiwa, menghapuskan permusuhan antara yang miskin dan yang kaya, untuk memastikan prinsip bantu membantu dalam kebaikan dan taqwa ditunaikan dalam masyarakat.


Maka sepatutnya, bukan dosa tidak membayar zakat sahaja yang patut dikhutbahkan kepada masyarakat, tetapi dosa tidak mengagihkan zakat dengan cara yang betul juga patut diingatkan kepada pihak yang menguruskan. Jangan sampai zakat puluhan atau ratusan juta terkumpul, tiba-tiba cerita si miskin yang menderita masih banyak dan yang menguruskan zakat tidak pula sampai-sampai ke rumah mereka.


Bayangkanlah jika ratusan juta itu diagih secara tepat, apakah masih patut ada muslim yang merempat, tidak bersekolah dan bertukar pakaian? Patutkah ada muallaf yang masih hidup dalam kehinaan? Patutkah badan-badan dakwah masih meminta sedekah? Padahal, yang menguruskan nampaknya sudah ada yang bertukar dan bertambah kereta.


Apakah patut hanya dosa tidak bayar zakat sahaja yang ditonjolkan, sedangkan kita melupakan, atau kurang mengingatkan tentang dosa salah guna kuasa, rasuah, kronisme yang membelasah harta negara untuk kaum keluarga? Padahal kesemuanya dosa dan kesemuanya mengundang ketidakadilan kitaran ekonomi dalam negara. Namun, jika agama hanyalah alat, maka kita hanya ingatkan rakyat apa yang boleh untuk dikaut untung lalu kita tinggalkan apa yang kita rasa tidak untung.


Dalam politik, agama selalu menjadi mangsa. Berbagai nas dibaca menjelang pilihanraya. Ada yang ikhlas, ada yang salah guna. Dahulu ada sahabat saya yang sering membaca firman Allah: (maksudnya) “Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka merekalah orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44) dan firman Allah: (maksudnya) “Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman, dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun” (Surah Ali ‘Imran ayat 28).


Lalu berbagai orang yang dilebel kafirkan olehnya. Saya pernah meminta agar dia meluaskan pengetahuannya mengenai ayat-ayat tersebut supaya dia tidak terlalu jumud dan sempit dalam tafsirannya. Tujuannya agar tidak dikafirkan orang lain dengan begitu mudah. Dia bantah saya, hampir saya pun dikafirkannya.


Namun hari ini, apabila apabila partinya berkongsi kuasa dengan bukan Islam, nadanya sudah berbeza. Saya berkata kepadanya: “apa jadi dengan nas-nas yang dulu?”. Katanya: “syeikh, kita jangan sempit sangat, mesti tengok berbagai perkara, bukan semua kita boleh buat”. Saya dengan sinis bertanya: “Tak jadi kafir ke kalau macam tu?”. Jawab dia: “Kena tengok keadaan la”. Saya diam. Ya, mungkin kafir dulu itu, kafir politik. Namun, begitulah nasib nas-nas al-Quran apabila ia dibaca untuk sesuatu kepentingan.


Agama dalam negara ini pun dalam banyak keadaan menghadapi nasib yang sama. Kadang-kala sebutan agama itu hanya sekadar penghias majlis, bukan prinsip yang dipegang. Macamlah mereka yang memulakan majlis dengan bacaan doa rasmi itu dan ini, namun perjalanan majlis tidak pula berteraskan prinsip agama.


Islam tidak menyuruh majlis mesti dimulakan dengan ‘doa rasmi’, tetapi menyuruh agar perjalanan sesuatu program berteraskan ajarannya. Berteraskan ajaran Islam bukanlah bererti kena ada ceramah agama, atau penonjolan kempen agama. Cukuplah sekurang-kurangnya tidak melakukan apa yang menyanggahi agama ini.


Maka pendirian pemimpin-pemimpin dalam negara ini pun ada yang bagaikan ‘sumpah-sumpah’ yang boleh merubah warna kulit berdasarkan keperluan majlis. Ada yang bercakap tentang rakyat jangan membazir, tetapi jika dilihat dalam majlis yang lain dia mengepalai pembaziran. Ada yang bercakap jangan rasuah dan amanah terhadap harta negara, tetapi dalam majlis yang lain merekalah juga yang menganugerahkan projek-projek kepada ‘anak-pinak’ dan ‘rakan-taulan’ dengan cara yang dipertikaikan.


Ada yang merasmikan musabaqah bacaan al-Quran dan orang yang sama juga akan menolak prinsip-prinsip al-Quran di majlis yang lain. Maka tidak hairanlah jika kita melihat wajah yang amat-amat berbeza antara bidang pendidikan, industri hiburan, perindustrian dan berbagai lagi. Sekejap macam nak ikut Islam, sekejap macam tidak mahu ikut langsung dan berbagai lagi.


Hari ini beras dan barangan mula naik. Nanti akan kedengaranlah forum-forum perdana, atau ustaz-ustaz tv berceramah; ‘jangan membazir’, jimat cermat, belanja berhemat dan berbagai lagi. Seakan agama ini hanya diperlukan ketika susah semata, tetapi ditinggalkan ketika senang. Atau seakan agama ini untuk mak cik-makcik di kampung sedangkan yang di atas tiada kena mengena.


Negara ini cukup kaya, jika diuruskan dengan penuh amanah sejak dulu, semua rakyat akan menikmati kekayaannya. Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul Aziz memerintah hanya tiga puluh bulan, tetapi kesemua rakyat merasa tidak layak menerima zakat di bawah pemerintahannya. Kewajipan adil dalam pengagihan kekayaan itu yang wajib diforumkan di tv dan radio dahulu, kemudian barulah disuruh rakyat berjimat cermat. Memang selama ini pun, mereka yang kekurangan itu telah pun berjimat cermat. Janganlah agama hanya alat untuk kepentingan tertentu, bukan dijadikan prinsip yang memandu perjalanan negara.


Allah menyebut tentang sikap manusia dalam al-Quran, firmanNya: (maksudnya) Dia lah Yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadanya semata-mata (sambil merayu dengan berkata):

“Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, Kami menjadi orang-orang yang bersyukur. Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan derhaka kamu itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia ; kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa Yang kamu telah lakukan. (Surah Yunus ayat 22-23)


Bertindak untuk kepentingan tanpa prinsip itu macamlah cerita Panglima Muda di Negera Entah Berentah yang menghunuskan keris menunjukkan keperwiraan. Namun, apabila dia merasakan pengundi negaranya ada yang tidak bersetuju, maka dia memohon ampunan maaf hanya kerana keris yang dihunuskan ke langit, belum pun ditikam ke perut. Maka dia yang ingin mendapat sanjungan Hang Berani telah bertukar menjadi Hang Takut. Namun, saya rasa kesalahan panglima Negara Entah Berentah memperalatkan keris itu tidaklah seburuk tindakan memperalatkan nas-nas agama.

Tuesday, May 20, 2008

Melayu berpecah lagi..

Tun Mahathir keluar UMNO.. berita terbaru dan paling sensasi minggu ini. Takkala pemilihan parti yang semakin hampir tekanan kepada kepimpinan tertinggi UMN semakin keras. Reaksi berbeza yang dikeluarkan oleh segenap lapisan rakyat. Ada yang bersorak gembira, ada yang bermuram durja, ada yang bermasam mencuka, malah ada yang terpingga-pingga tidak tahu apa yang hendak dikata.

akan bersambung.. (perlu study dulu, ada paper final esok). :D

Sunday, May 18, 2008

kalaulah boleh buat sawah di bukit beruang...

Assalamulaikum w.b.t

"Kalau ada tanah kosong di belakang bukit beruang ni, aku nak buat sawah.." sinis katanya, tetapi kalau difikirkan maksud tersirat agaknya memang terseksa hidup. Ayat ini penulis dapat ketika sedang berjalan di pasar malam taman kerjasama minggu lepas. Dialog antara "kakak" ini dengan seorang penjual apam balik, walaupun bunyi kelakar kerana memang takkan laa tanah di bukit beruang ini boleh dibuat sawah, tetapi cukup menggambarkan betapa sulitnya untuk keluarga-keluarga ini merancang hidup. Walaupun telah diumumkan subsidi beras negara telah ditambah namun kesan jangka panjang tetap terasa.

Rakyat Malaysia dengan keperluan berunsur beras memang umpama darah daging. Tidak kira apa jua keturunan kita, semuanya menbasar dengan nikmat Tuhan ini. Teringat pula kisah hampir 6 tahun lepas ketika Tsunami melanda Acheh. Walaupun beratus ribu yang terkorban, tetapi kisah-kisah keajaiban daripada mereka yang terselamat cukup menginsafkan. Antaranya seorang pemuda Acheh yang berpaut kepada sebatang pokok kelapa dan timbunan sampah untuk terapung dan terus hidup walaupun hampir 2 minggu hanyut di lautan sebelum diselamatkan. Amalannya mudah, "saya amalkan membaca doa Nabi Yunus yang ditelan ikan paus untuk terus hidup walaupun tanpa makanan." Di Malaysia sekiranya ditanya doa makan rasanya dari pelajar tadika pun telah diasuh, Alhamdullillah. Tetapi berapa ramai pula yang menghafal doa untuk tahan lapar ketika tiada makanan..

Sebagai umat Islam, Al-Quran telah memberi peringatan dan pengajaran kepada umat manusia supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala kesulitan kehidupan. Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

Berbalik kepada keadaan kita di Malaysia ini. Walaupun kita masih belum mecapai tahap kebuluran, tetapi sikap dan perancangan kita perlu dinilai semula. Penulis merasakan bahawa tabiat pemakanan masyarakat di negara ini amat teruk. Semua perkara yang nampak menyedapkan boleh masuk. Tidak kisah walaupun memudaratkan, ataupun ada halangan dari nasihat doktor. Peluang berkunjung ke negara China pada awal November tahun lepas banyak mengajar penulis tentang kepentingan menjaga dan mengawal pemakanan. Umat Islam disana cukup berhemah didalam menjaga makanan mereka.

Wallahualam bi shawab...

Monday, May 5, 2008

Melayu perlu bangkit

Hari ini berakhirlah Kongres Permuafakatan Melayu yang diadakan sejak Jumaat lalu. Kongres hasil inisiatif Gabungan Penulis-Penulis Nasional (Gapena) dan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) ini disertai oleh 180 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu diharapkan mampu mencetuskan kesedaran kepada orang Melayu mengenai hak-hak mereka dan kedudukan bangsa itu selepas pilihan raya umum lalu.


Apa pun dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan ZULKIFLEE BAKAR, Penyandang Kursi Tun Ghafar Baba di Universiti Perguruan Sultan Idris, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling menjelaskan mengenai bahaya yang sedang menanti orang Melayu jika mereka menganggap perkembangan politik terkini tidak ada apa-apa kesan kepada mereka. Dengan berlatarbelakangkan lukisan suasana Langkasuka, Kedah pada abad pertama tahun masihi, Dr. Zainal melontar satu demi satu pandangan mengenai kesan politik kepada orang Melayu dan berkali-kali menegaskan bahawa orang Melayu tidak harus mengamalkan politik ‘dikir barat’ dan ‘boria.’


Sementara itu Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar pula mengakui banyak resolusi yang dicapai dalam perhimpunan menggerakkan agenda Melayu sebelum ini tidak ke mana sehingga menimbulkan rasa tidak percaya orang Melayu terhadap usaha mengangkat agenda bangsa dan ia diluahkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini.


Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK di Johor Bahru semalam beliau tidak menafikan kegagalan parti-parti politik Melayu memperjuangkan agenda Melayu. Kerana itu beliau menegaskan bahawa setiap resolusi bukan sahaja akan diserahkan kepada pihak-pihak yang terlibat malah pemantauan akan dilakukan supaya jika ada pengabaian maka akan ada teguran.


Mingguan: Apa matlamat sebenar Kongres Permuafakatan Melayu ini diadakan?

DR. ZAINAL: Ia sebagai reaksi kita kepada perkembangan politik negara yang memunculkan satu suasana yang mencabar kedudukan bangsa Melayu dalam negara sendiri. Selain itu kita melihat kongres tersebut perlu diadakan bagi melibatkan secara langsung bangsa Melayu melalui badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dalam penentuan keputusan-keputusan oleh kerajaan.


Kita selama ini bergantung kepada kerajaan untuk memenuhi keperluan dan hasrat kita, jadi kita tidak menyuarakan secara langsung melalui NGO. Bagaimanapun ternyata akhir-akhir ini parti-parti politik Melayu tidak begitu memperjuangkan hak orang Melayu, misalnya hak bahasa, kebudayaan dan ekonomi.


Oleh itu masanya sudah sampai kita melibatkan semua bangsa Melayu termasuk NGO Melayu untuk memahami persoalan-persoalan ini dan sekali gus terlibat sebagai pendesak.


Ini bagi membolehkan mereka melindungi hak Melayu yang sahih dalam undang-undang, orang bercakap mengenai hak yang sah bagi bukan Melayu. Barangkali kita sebagai NGO harus memahami bahawa kita bukan sahaja mempunyai hak yang sah tetapi juga hak asasi Melayu yang dilindungi oleh undang-undang. Semua ini kita pandang dengan cara yang amat kritis supaya bangsa Melayu itu bangkit mempertahankannya melalui NGO. Ini kita namakan kuasa yang ketiga. Ia gerakan masyarakat bertujuan bukan sahaja untuk memastikan hak dia terlindung tetapi juga keinginannya tercapai. Walaupun parti politik mengatakan mereka mempunyai mandat melalui pilihan raya, tetapi tidak semua tafsiran mereka betul.


Bagaimana NGO Melayu hendak melakukannya, kerana orang berpendapat tanpa sokongan politik, usaha untuk memperjuangkan hak Melayu tidak akan ke mana?

DR. ZAINAL: Inilah sebabnya NGO itu mesti berpolitik. Kita mesti menggunakan permainan kuasa sebagai pelobi atau pendesak, walaupun ia bukan kuasa eksekutif. Contohnya seperti orang Cina mereka tidak menjadi kuasa eksekutif tetapi mereka menjadi pendesak.

Justeru kita harus memainkan kuasa itu bagi memastikan hak Melayu terlindung. Sudah sampai masanya orang Melayu sendiri secara bermasyarakat bermain dan terlibat dalam kuasa itu.


Apakah orang Melayu ini sudah terlalu teruk sehingga terpaksa mengadakan kongres bagi mempertahankan hak mereka?

DR. ZAINAL: Tidak begitu, tetapi ada potensi keadaan Melayu akan tergugat oleh kerana desakan yang amat kuat oleh orang-orang yang ingin persamaan hak atau lebih daripada itu.

Misalnya, bagaimanakah orang Melayu mengendalikan masalah orang membina ladang babi seluas 400 ekar di tengah kampung Melayu, bagaimana kita hendak buat jika kerajaan tidak peduli? Jadi terpaksa bermain kuasa pendesak itu untuk membangkitkannya supaya ia tidak berlaku di kampung kita. Selain itu kita harus menggabungkan seluruh tenaga dan kuasa kita bagi menghalangnya. Jadi kalau kerajaan membenarkannya kita terpaksa mengancam kerajaan.

Kita tidak kata Melayu berada dalam keadaan yang terlalu buruk tetapi ada potensi kerana keadaan politik sudah terbalik. Ini jelas apabila di sesetengah negeri dahulu orang Melayu yang berkuasa seluruhnya manakala komuniti Cina dan India sebagai pelengkap dalam perkongsian kuasa. Tetapi sekarang orang Cina yang lebih berkuasa manakala orang Melayu hanya menjadi pelengkap. Walaupun mereka menjadi Menteri Besar (MB), mereka tidak mempunyai suara eksekutif yang kuat dalam barisan exco.

Jika ini dibiarkan, ia boleh berlaku di seluruh negara dan lebih buruk lagi bila ada pemimpin-pemimpin Melayu yang melayari gelombang ini demi kepentingan diri.


Bagaimana dengan kesedaran orang Melayu mengenai hak-hak mereka yang perlu dipertahankan?

DR. ZAINAL: Kesedaran itu ada tetapi kebanyakan mereka tidak pasti apa bendanya. Di mana terletaknya dalam perundangan dan mengenai perkara apa. Orang tidak faham sebab kita tidak membaca peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan. Justeru, kalau boleh dengan kehadiran 180 NGO Melayu dalam kongres ini, mereka akan memahami satu persatu peruntukan tersebut.


Ada sesetengah pemimpin politik beranggapan peduli apa dengan ketuanan Melayu kerana sekarang ini Perdana Menteri adalah Melayu begitu juga Menteri Besar majoritinya adalah Melayu?

DR. ZAINAL: Inilah masalahnya, kita bertindak dalam budaya politik yang kita anggap sebagai dikir barat dan boria. Budaya kita ialah menyerahkan kepada satu manusia untuk memimpin, kalau dia lemah maka seluruhnya runtuh. Sebab itulah orang Melayu sebut “Si luncai terjun dengan labu-labunya, biar pi.”

Kita tidak boleh membiarkan seorang pemimpin tertinggi Melayu itu seorang diri membuat keputusan. Dia seharusnya hanya menjadi pemimpin hadapan sedangkan di belakangnya mempunyai pelbagai idea dan sokongan yang kuat dan dia mesti memahami sepenuhnya apa yang hendak dicapai. Kalau kita membenarkan dan terlalu yakin dengannya kita akan hanyut. Ini sudah banyak kali berlaku.


Adakah Datuk yakin orang Melayu mempunyai potensi untuk bersatu, biarpun dipisahkan oleh perbezaan politik?

DR. ZAINAL: Potensi itu tetap ada selagi orang Melayu itu Islam dan memahami kedudukan Melayu dan Islamnya serta memahami bagaimana perpecahan itu boleh menjatuhkan mereka. Kita boleh bergabung dan membangun semula.


Betulkah ini akan menjadi sandaran sedangkan dalam pilihan raya umum lalu menunjukkan ada parti politik Melayu yang bersedia bekerjasama dengan parti yang dilihat tidak gemar dengan perjuangan hak Melayu ini?

DR. ZAINAL: Inilah masalah terbesar orang Melayu, kita selalu melihat apabila ada sahaja orang Melayu kita akan merasa terselamat.

Oleh kerana itu, orang boleh bercakap masih ada Melayu apa peduli dan sebagainya tetapi kita terpaksa peduli kerana pengalaman-pengalaman di tempat lain yang asalnya negeri Melayu akhirnya Melayu diketepikan, contohnya Pulau Pinang.

Jadi anak-anak muda kita yang ghairah untuk mengubah keadaan mesti faham apa yang mereka hendak ubah.

Kita harus faham orang memang hendak mengubah keadaan selama-lamanya, DAP contohnya selama-lamanya ingin mewujudkan Malaysian Malaysia menurut tarif dia bukan ikut tarif perlembagaan. Mereka mencari kesaksamaan. Tetapi perlembagaan memberi hak keistimewaan kepada bumiputera dan Melayu sambil mengimbangi hak itu dengan orang lain.

Islam agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni serta damai.

Kenapa mesti sebut aman dan damai? Ini kerana orang dahulu yang menggubal perlembagaan melihat ada potensi untuk pergolakan agama.


Bagaimana dengan pandangan bahawa perpaduan Melayu bergantung kepada penyatuan antara UMNO dan Pas? Adakah potensi kedua-dua parti Melayu ini bersatu?

DR. ZAINAL: Itu ada kemungkinan. Itu harus berlaku sebab ideologinya sama. Tetapi kerana permainan politik individu dan pemimpin maka orang Melayu dalam kedua-dua parti ini seolah-olah berkerat rotan dan berpatah arang. Kalau parti Islam itu sendiri hendak mengamalkan prinsip Islam sebenar-benarnya, bukan sekadar bermain politik semata-mata, mereka harus bekerja ke arah penyatuan itu.


Sekarang ini kaum lain selalu menggunakan istilah perkauman apabila kita bercakap tentang Melayu. Bagaimana kita hendak mengatasi masalah ini?

DR. ZAINAL: Apabila kita bercakap tentang Melayu, kita dituduh perkauman. Tetapi itulah hak kita, hak asasi Melayu di negeri Melayu mesti mempertahankan Melayu.

Negara ini terbentuk di atas landasan kebumiputeraan dan kedaulatan kerajaan Melayu sebagai kerangka hidup. Jadi kalau kita mempertahankannya, itu adalah hak nasional Melayu dan seluruh rakyat Malaysia. Kalau itu runtuh maka segalanya runtuh. Tetapi apabila kita tidak menjawab segala tuduhan-tuduhan itu seolah-olah memang benar kita yang menindas orang.

Orang lain yang menjadi warga kelas pertama di Malaysia tetapi Melayu yang jadi warga kelas tiga. Walaupun ada kuasa politik kononnya dalam perlembagaan, tetapi orang Melayu tidak pernah menjawab tuduhan perkauman itu. Orang Melayu tidak berani hendak menuduh balik. Jadi orang Melayu dituduh sebagai perkauman. Tetapi sebenarnya yang paling perkauman adalah orang luar yang hendak mempertahankan kedudukan mereka.


Tetapi Prof. orang Melayu banyak sangat bertolak ansur?

DR. ZAINAL: Orang Melayu paling bertamadun di dunia, paling berbudi bahasa. Kita menerima orang dan kita bagi betis kita tetapi dia hendak paha, itulah masalahnya. Orang tidak menghargai kebaikan budi bahasa orang Melayu. Sebabnya mereka adalah orang luar yang terpaksa mendesak hendak hak yang sama, maka mereka lupa tentang baik budi orang Melayu. Mereka tidak merasa kebudian orang Melayu. Kerana itu apabila orang tidak menghargai budi orang Melayu, maka orang Melayu kena bertindak balik.

Dalam pilihan raya baru-baru ini, jelas isu perkauman dimainkan oleh sesetengah pihak apabila menyatakan undi MCA atau MIC itu bermakna mengundi UMNO.

Kenyataan ini jelas menunjukkan, kelompok berkenaan anti-Melayu. Tetapi malangnya kita tidak pernah menyanggah atau membalasnya. Seharusnya kempen seperti itu kita kenakan Akta Hasutan sebab menghasut membenci kaum.


Satu masalah dalam pilihan raya baru-baru ini ialah generasi muda Melayu tidak peduli tentang ketuanan Melayu. Bagaimana NGO Melayu boleh bertindak?

DR. ZAINAL: Anak-anak muda Melayu ini digembleng oleh kepentingan parti-parti politik terhadap ketidakpuasan hati anak-anak Melayu dan juga orang lain. Orang Cina tidak berpuas hati walaupun paling kaya di Malaysia, orang India juga tidak berpuas hati. Ada tuduhan negara ini banyak rasuah, orang Melayu yang mengada-ada, di tengah-tengah kawasan orang miskin bina istana.

Memanglah perkara ini betul dan reaksi anak-anak Melayu juga betul. Sebab mereka telah dididik dalam keadaan dan suasana yang demokratik, boleh bersuara dan mencari persamaan setiap individu. Kita hendak mengingatkan pemimpin-pemimpin Melayu bahawa mereka tidak boleh menganggap perjuangan mereka selama ini dalam politik mesti dibalas seperti mendapat tanah dan sebagainya.

Sebenarnya keadaan sudah berubah apabila saban tahun 50,000 siswazah dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi. Mereka sudah faham segala proses ini.

Maka apabila kita masih lagi memikirkan orang terhutang budi kepada kita padahal itu adalah tugas kita, orang akan membalas balik dalam pilihan raya kerana anak-anak muda sudah terdidik. Bagaimanapun menjadi tugas kita untuk mengingatkan bahawa dalam keadaan tertentu kita tidak boleh terlampau untuk memutar balik keadaan politik hari ini.

Tujuan kita ialah untuk mengingatkan bahawa dasar yang dilakukan oleh pemerintah Melayu demi keuntungan kita.


Adakah pilihan raya yang lalu menjadi satu momentum untuk membangkitkan kesedaran kalangan orang Melayu?

DR. ZAINAL: Iktibar yang paling besar ialah Melayu boleh dipecahkan dan boleh menjadi pembangkang, bukan kerajaan. Kerajaan Melayu boleh diruntuhkan. Orang Melayu boleh dipecahkan dalam beberapa kelompok dan ini yang sedang berlaku walaupun kita mendapat majoriti. Walaupun UMNO masih menang tetapi sokongan kepada kerajaan yang berlandaskan UMNO berkurangan. Apabila dipecah-pecah, Melayu tidak memerintah dan hilang kuasa. Kita mesti menghindarkan keadaan ini.


Apa bahaya yang sedang menanti orang Melayu kalau beginilah sikap orang Melayu?

DR.ZAINAL: Bahayanya ialah kita akan kehilangan perlindungan yang terdapat dalam perundangan. Apabila Melayu boleh dipecahkan, tidak lagi memerintah dan perpecahan Melayu itu digunakan oleh parti lain untuk mendapat majoriti dua pertiga, itu membolehkan orang meminda dan merubah perlembagaan dan undang-undang. Orang akan menggunakan perundangan-perundangan itu untuk memerintah dengan cara atau dasar apa sahaja. Yang membangunkan kita selama ini ialah dasar negara dan dasar awam. Dasar ekonomi dengan DEB, dasar pendidikan dan dasar kebudayaan. Semua ini sempat membangunkan bahasa Melayu dan kebudayaan Melayu menjadi kebudayaan nasional.

Sunday, May 4, 2008

Menanti janji-janji parti politik

Oleh: Mazlan Nordin

KADANGkala disebut ialah pertembungan di antara pihak yang dianggap tidak berkemungkinan dan yang disebut sudah pun pasti. Sebagaimana dicatat dalam media Barat mengenai pilihan raya dipelbagai negara “the improbable” lawan “the inevitable.”


Namun seperti juga termaklum, dalam dunia politik tidak ada yang kekal abadi. Dalam ingatan, antara lainnya ialah pesanan Allahyarham Tun Dr. Ismail dalam sidang Parlimen mengenai kancah politik dengan pelbagai kemungkinannya.


Pilihan Raya Umum Ke-12 setelah 50 tahun merdeka membawa perubahan serba-serbi. Bahawa ia berlaku tanpa mencetuskan demonstrasi atau huru-hara seperti di beberapa negara lain menjadi ukuran kebebasan dan kemantapan sistem demokrasi di Malaysia.


Sikap sesetengah para pengundi masa kini jelas berbeza daripada sikap pengundi yang dulu mengalami sendiri pelbagai peristiwa sejarah. Bagi mereka nilai-nilai dewasa ini menjadi perhitungan.


Namun, dalam barisan pihak oposisi yang menguasai lima buah negeri ternyata sokongan dari sebilangan orang Melayu, Cina dan India. Sebagaimana yang dialami Barisan Nasional (BN) selama ini sejak merdeka.


Bagi kesemua parti ini ialah cabaran-cabaran baru yang perlu diatasi untuk menjamin masa depan masing-masing.


Setiap pengundi dengan catatan mereka pada hari mengundi. Bagi tukang catat ini ialah reaksi berikut, antara lainnya: Siapa menduga bahawa Datuk Mukhriz Mahathir (Kedah), Datuk Tajol Rosli Ghazali (Perak) dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (Selangor) akan menjadi ketua pembangkang di negeri masing-masing?


Siapa menduga bahawa Dr. Lo’ Lo’ Ghazali (Pas) menang di kawasan Parlimen Titiwangsa yang termasuk di dalamnya kawasan Kampung Baru.


Siapa menduga Datuk Shahrizat Abdul Jalil tewas kepada Nurul Izzah Anwar (PKR) yang kali pertama mencebur diri dalam politik?


Perhatian

Menarik perhatian ialah tidak timbul sama sekali isu agama sebagaimana berlaku dalam kempen politik di Amerika. Suatu contoh ialah kenyataan Ann Coulter dari golongan konservatif supaya Amerika menyerang negara-negara Islam untuk memaksa warga mereka memeluk agama Kristian. Ini dikecam oleh pihak media Amerika yang menyifatkannya sebagai perbuatan menggunakan penyembur api (flamethrower) seperti di medan perang.


Dilaporkan secara besar-besaran di Amerika ialah pertemuan John McCain, calon presiden Parti Republikan dengan Presiden Bush di Rumah Putih. Pertemuan itu dianggap sebagai sesuatu yang janggal kerana pada tahun 2000 cubaan McCain untuk menjadi calon digagalkan oleh penyokong-penyokong Bush. Lalu McCain kemudian berkata, penyokong-penyokong presiden kelak akan menjadi “tempat istimewa dalam neraka.” Lain hal berlaku pada 2008.


Peranan para wartawan juga menjadi bahan polemik semasa dan selepas kempen pilihan raya di mana juga. Akhbar New York Times, umpamanya memihak kepada Hillary Clinton untuk pilihan raya presiden di Amerika pada 4 November nanti. Walhal hingga ketika ini Barack Obama mendapat sokongan lebih di kalangan penyokong Parti Demokrat. Tidak ada pula media Amerika sama ada akhbar atau televisyen menyiarkan gambar ayahnya yang berasal dari Kenya di Afrika dan gambar ibunya yang kulit putih serta gambar bapa tirinya, warga Indonesia. Demikianlah juga peranan media.


Lain pula hal yang berlaku di Malaysia. Turut berperanan selain dari akhbar, televisyen dan radio ialah laman web, termasuk Malaysia Today dengan penulis blognya, Raja Petra Kamarudin. Dalam isu Isnin 10 Mac disebut betapa selama ini pihaknya mengawasi perjalanan BN. Dan mulai kini pihaknya akan mengawasi lima negeri yang dikuasai oleh pihak pembangkang.


Sebenarnya yang menjadi pengawas ialah rakyat seluruhnya sebagaimana disebut dalam forum khas anjuran ISIS dengan tiga pembicara ternama, Profesor Datuk Shamsul Amri Baharudin dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar, aktivis sosial dan akademik serta Rita Sim Sai Hoon dari Yayasan Akhbar Sin Chew.


Hadir dalam forum kedua selepas tengah hari hingga petang ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam bersama kira-kira 150 diplomat asing. Lalu beliau menyatakan beberapa faktor mengenai pilihan raya antaranya:


Pilihan raya 2008 salah satu yang paling bebas dan demokratik. Jelas sekali suara rakyat yang melintasi garisan perkauman. Isu utama bukan mengenai bangsa.


Internet memainkan peranan penting. Pihak oposisi menggunakannya sepenuhnya, tetapi diabaikan oleh Barisan Nasional (BN)


Di tiap negeri yang BN tewas, ia mesti menyusun diri semula seperti pihak oposisi dalam menangani keperluan dan aspirasi rakyat.


- Penulis ialah konsultan kanan ISIS Malaysia. Pandangan penulis adalah pendapat peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan ISIS.

Apa pendirian Pas?

Oleh: ZULKIFLEE BAKAR

PILIHAN Raya Umum Ke-12 yang berakhir Ahad lalu ternyata membolehkan Pas-parti Melayu kedua terbesar selepas UMNO menegakkan panji-panji di seluruh negara kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak.


Kejayaan paling cemerlang bagi Pas ialah di Kedah dan Kelantan. Di kedua-dua negeri itu, Pas menerajui kerajaan negeri.


Di Kelantan, Pas bukan sahaja mengekalkan pemerintahannya malah merampas 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini dipegang oleh Barisan Nasional (BN).


Di Kedah, perjuangan bertahun-tahun Pas untuk menduduki takhta pemerintahan menjadi kenyataan apabila melalui bantuan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka berjaya menguasai DUN. Pas memenangi 16 kerusi manakala PKR 4 kerusi.


Di Perak pula, Pas yang memenangi enam kerusi telah membantu pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan negeri pimpinan BN.


Namun persoalannya kini dengan DAP semakin berkuasa di beberapa negeri yang ditawan oleh pembangkang, apakah pendirian Pas dalam perjuangan Islamnya?


Sebelum ini, Pas secara tegas menyatakan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan DAP tetapi berdasarkan kepada keputusan pilihan raya, Pas tiada pilihan terutamanya di Perak dan Selangor.


Jika mereka ingin melihat BN tidak bangkit semula mereka perlu kekal dalam pakatan pembangkang. Tetapi persoalannya bagaimana?


Pas mungkin bertahan di Selangor kerana kerajaan negeri dikuasai oleh PKR yang mempunyai 15 kerusi tetapi di situ juga DAP turut berkuasa apabila memiliki 13 kerusi sedangkan Pas hanya ada 8 kerusi.


Oleh itu mahu tidak mahu, di Selangor dan Perak, Pas hakikatnya hanyalah pak turut kepada kedua-dua parti berkenaan.


Persoalan lebih besar, apakah pendirian Pas dalam melayani kerenah DAP yang hari demi hari semakin menunjukkan belangnya dalam usaha mengurangkan kekuatan orang Melayu.


DAP sudah melakukannya di Kedah dan di Perak pula, DAP pasti tidak akan membiarkan Pas berkuasa biarpun memegang jawatan Menteri Besar.


Sama ada mahu menerima atau tidak, selain daripada UMNO, orang Melayu tetap mengharapkan Pas akan memainkan peranan dalam menghalang kegelojohan DAP itu kerana mereka berada dalam pakatan pembangkang yang memerintah.


Selain itu, kedudukan Pas di negeri- negeri yang ditawan oleh pembangkang dianggap ujian terbesar kepada parti itu untuk membuktikan sejauh manakah benarnya mereka menolak kerjasama dengan DAP.


Ujian

‘‘Ini ujian untuk pemimpin Pas kerana kalau mereka biarkan DAP terus memperkotak-katikkan orang Melayu sudah pasti orang Melayu akan marah.


‘‘Kita berharap Pas mempunyai strategi dalam soal ini,’’ kata seorang pemimpin muda Pas Perak ketika dihubungi di Ipoh.


Malah salah seorang pemimpin Pas yang kini menjadi wakil rakyat mengakui di peringkat akar umbi sudah wujud kekeliruan mengenai apa yang sepatutnya parti tersebut lakukan.


‘‘Kalau ikutkan hati, mereka mahu Pas tidak terlibat langsung dengan DAP, biarpun mungkin pembangkang hilang kuasa di negeri-negeri tertentu.


‘‘Saya percaya pemimpin-pemimpin Pas akan memikirkan kaitan dengan DAP ini dengan semasak-masaknya, jika tidak muktamar parti kali ini pasti ‘panas’,’’ kata pemimpin tersebut.


Ahli-ahli Pas amat memahami bahawa antara parti itu dengan DAP ia ibarat minyak dan air yang sama sekali tidak boleh bercampur.


Apatah lagi sejak dulu lagi, pemimpin- pemimpin kanan Pas sentiasa menolak sebarang kerjasama dengan DAP.


Malahan pada sidang akhbar sebelum pilihan raya umum lalu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan tegas menyatakan ‘‘Pas dan DAP tidak akan mempunyai kerjasama sampai bila-bila.’’


Tetapi kini keputusan pilihan raya umum seolah-olah mengubah pendirian Pas, bagaimana mungkin Pas boleh duduk semeja di Perak dan Selangor semata-mata kerana sebuah kekuasaan?


‘‘Ini yang kami keliru, pemimpin Pas sepatutnya mengisytiharkan bahawa mereka menyokong pakatan pembangkang tetapi tidak akan bekerjasama dengan negeri yang diperintah oleh DAP,’’ kata seorang lagi pemimpin parti itu di sebuah negeri di utara.


Hakikatnya, DAP awal-awal lagi sudah menunjukkan tidak ikhlas mereka untuk berkawan dengan Pas apabila meminta wakil rakyatnya di Perak tidak menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar.


Walaupun arahan itu kemudiannya ditarik balik, tetapi isyarat yang diberikan oleh DAP adalah jelas bahawa mereka tidak ikhlas untuk terus bersama Pas dalam pakatan pembangkang.


Bagi DAP, dalam soal kerjasama dengan pembangkang, Pas hanya layak menjadi pak turut dan bukannya menerajui pakatan itu.


Oleh itu, mereka sudah tentulah tidak akan bersetuju kalau Pas memegang jawatan utama di negeri yang ditawan oleh pembangkang.


Di Perak contohnya, adalah jelas DAP memperalatkan Pas demi mempertahankan kemenangan pembangkang.


Walaupun hakikatnya tidak bersetuju dengan keputusan jawatan Menteri Besar disandang oleh Pas namun DAP tiada pilihan.


Terlepas

DAP memahami jika wakil rakyat Pas berpaling tadah sudah pasti kejayaan yang dicapai akan terlepas dari genggaman.


Justeru Pas harus berhati-hati dengan permainan politik licik oleh DAP. Pas harus meletakkan kepentingan orang Melayu dan Islam mengatasi segala-galanya.


Walaupun kita yakin UMNO mampu menahan kemaraan DAP tetapi peranan Pas juga penting.

Ini bukannya soal kuasa politik tetapi demi melihat hak Melayu tidak diperkotak-katikkan oleh DAP. Buat sementara ini kita bersyukur kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak akan dihapuskan sebaliknya diperbaiki.


Semoga pendirian seumpama itu berkekalan, Pas tidak harus sama-sama menjadi sesumpah kerana janji Pas adalah untuk menegakkan Islam dan memahami mereka juga parti yang dianggotai seratus peratus orang Melayu.


Justeru jangan kerana kuasa politik perjuangan tersebut dilupakan atas alasan ‘orang sudah memahaminya’ dan sedia menggadaikan nasib bangsa sendiri.


Pemimpin dan ahli Pas tidak harus lupa kenyataan Mursyidul Am mereka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 30 Jun 2001 iaitu, ‘‘DAP bukannya tidak mengetahui bahawa Pas sejak berpuluh- puluh tahun lagi kerja dia (Pas) ialah Islam.’’


Persoalannya dalam situasi sekarang, apakah warna sebenar politik Pas? Adakah pemimpin Pas akan membiarkan mereka dipermainkan oleh DAP? Atau mungkin kerana kuasa segala prinsip perjuangan dikorbankan? Hanya masa akan menentukan.

Mukhriz Letter Demanding Pak Lah Resignation

12th March 2008

Dato' Seri,


Let me take this opportunity to thank you and the party's leadership for the faith in me and the chance to contest in Jerlun as a Barisan Nasional candidate. With the blessing and hard work of the party's leadership and machinery as well as the people of Jerlun, I have won the elections and am now a new Member of Parliament.


However, sadly enough, my victory is rendered meaningless in view of the defeat that Umno and the Kedah BN suffered in the hands of the opposition. Apart form Kedah, four other states as well as the Federal Territories also received similar humiliation in defeat.


In fact your own state of Penang was wrested by the DAP from the BN. Kelantan is again under Pas rules. In other states, the BN also suffered a similar humiliation when the level of BN support by the people has tremendously reduced. This, Datuk Seri, has never happened in the history of BN rule.


The sole intention of my letter to you is meant to save Umno and BN from being rejected further by the people and from being no longer relevant to our religion, race and nation.


Dato' Seri, the people are unhappy and the message from them is very clear, and that is they have rejected you as the nation's chief executive.


Contrary to your claim that you still have the support of Umno and other component parties, the reality is that even our own party members had reneged in their voting pattern by supporting the Opposition and inflicting the BN its defeat.


Dato' Seri, when the people held street demonstrations you openly dared them to resort to the ballot boxes to demonstrate.


They took your challenge by coming out, especially tho people in the Peninsular, and they demonstrated their feelings by voting us out at the BN at State and Parliament levels.


It is therefore clear that your leadership and your handling of the issues faced by the people and the nation are no longer accepted. Let's not deny the truth just for the sake of keeping your seat as Prime Minister.


For the love of this country and the people, I beg that you take responsibility for the defeat. We can save Umno, the BN and the nation only if you relinquish your positions as Prime Minister and the President of Umno.


Dato' Seri, I hope you will understand that I make this plea with the intention of salvaging a very dire situation. A move has been made to woo the BN representatives to join the Opposition. The enemy needs just 35 seats more to topple the government of your leadership.


If you do not resign in the near future, I fear that the situation will become untenable and that the Malay support for Umno and BN will be a thing of the past.


This plea I make without malice, and I am aware that your reaction and that of other Umno members could very well be hostile.


But come what may, I am prepared, for the sake of the Malays and Umno, to face the consequences of my action. With all humility, I leave my fate to Allah SWT.


Dato' Seri, I am sure that you will do the right thing for the sake of the people and the nation. May Allah SWT bless you for the sacrifice you make by stepping down.


Wasallam

Yours Sincerely

Mukhriz Mahathir
Jerlun Member Parliament

Mahu Memperjudikan Masa Depan

Melihat gendang-gendang jalanan yang dipalu oleh beribu-ribu seniman yang lantang bersuara berarak ketika beberapa siri demonstarasi di ibu kota beberapa bulan kebelakangan ini mencuit hati penulis untuk sentisa berfikir, benarkah jalan yang dipilh itu. Mereka menggunakan jalan raya, halaman masjid, pakaian maskot yang seragam kuning, serta sepanduk-sepanduk yang menceritakan tuntutan dan tujuan lakonan mereka sebagai pentas untuk meraih berita dan simpati masyarakat. Disambung pula dengan siri yang berikutnya, kali ini menggunakan isu bangsa sebagai permainan dan rakyat-rakyat yang lapar menganga sebagai mangsa. Penulis tidak ingin menafikan tentang kewajiban kita untuk menuntut hak, serta menegakkan kebenaran walau dimana sekali pun, tetapi Islam tetap mengingatkan penganutnya dengan “Niat / Matlamat Tidak Menghalalkan Cara”.

Adakah mereka berfikir dengan mengadakan demonstratasi dan menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, akan menjayakan mereka didalam tuntutan mereka. Allah S.W.T berfirman “Serulah (manusia) kepada jalan tuhanu dengan hikmah dan Pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang kebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk” [Al-Nahl : 125]. Disini kita sebagai hamba-Nya diperintah untuk menjalankan sesuatu urusan itu dengan bijak, berilmu, dan dengan hikmah yang baik serta dengan penuh kesabaran didalam sesuatu tindakan.

Kenyataan balas daripada barisan kepimpinan negara pula tidak mudah melatah, Kerajaan tegas tidak tunduk dan membiarkan perkara ini berlanjutan. Walaupun penulis merasakan beberapa laporan media yang dilapor agak keterlaluan dan “tidak masuk akal” terutama bilangan mereka yang menyertai himpunan itu hanya seramai 4000 orang, serta kononya tiada berlaku kekacauan serius di pentas itu

Walaupun begitu ini tidak bermaksud apa yang berlaku itu betul, antara persoalan yang penulis rasakan wajar di nilai apabila ada para pelakon itu mengatakan pihak berkuasa bertindak zalim dengan menghuraikan meraka menggunakan gas pemedih mata serta pancuran air yang memedihkan. Perkara ini juga disertai dengan mereka yang membawa anak-anak, isteri, orang-orang tua sebagai pelakon tambahan. Zalim, sesuatu yang cukup dasyat sekiranya diperkatakan di zaman moden ini. Namun, adakah tindakan mereka yang membawa pelokan tambahan ini tidak di anggap zalim? Kanak-kanak kecil yang tidak tahu menahu tujuan demonstatrasi itu, wanita-wanita dan orang-orang tua yang lemah itu tidak ubah hanya seperti benteng, dan tembok rapuh semata-mata untuk meraih simpati dan mencari isu.

Di antara Dua Jalan Yang Sama

“Demi sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasullullah itu contoh ikutan kamu yang baik, iaitu bagi mereka yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) di alam akhirat serta mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya.” [Surah Al-Ahzab, 21].

Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf sekiranya penulisan ini lebih bersifat siasah berbanding sebelum ini. Niat bermula untuk berdakwah, akan tetapi melihat senario semasa Negara, tak mungkin penulis terlepas dari isu-isu ini. Akan tetapi penulis merasakan lebih baik dibincangkan isu yang lebih dekat di hati dan kerisauan yang terbuku.

Melihat kepada situasi perjalanan dunia sekrang yang terlalu dinamik atau “sengaja di dinamikkan”, segala-galanya boleh berubah sekalip mata. Sekiranya minggu lepas kita boleh menikmati sepinggan mee atau roti canai dengan harga RM1.50 dan 80sen di gerai mamak, tetapi hari ini mungkin tidak lagi. Mungkin juga semalam kita boleh merancang perjalanan hari ini, tetapi lain pula yang jadi. Qada dan Qadar tuhan tetap adil.


Ketika agama lain masih diubah-ubah oleh penganut mereka untuk “kesesuaian semasa”, Islam masih kekal seperti mana diwahyukan kepada junjungan kita,Nabi Muhammad S.A.W lebih 1340 tahun dahulu. Ajaran ini akan terjamin sehingga hari kiamat. Namun, kenapa banyak tafsiran dan ajaran yang disampaikan masih tidak mampu difahami keseluruhannya dan masih ada juga yang tidak mampu melaksanakan segala ajaran-Nya.


Didalam konteks ini, melihat kepada keadaan generasi pasca merdeka yang akan mewarisi Negara dan melaksanakan ajaran Agama Islam di Negara ini, penulis merasakan situasi yang berlaku sekarang amat membimbangkan. Samada dari mereka yang tidak sedar, atau ada yang sedar, atau dari mereka yang sengaja tidak mahu sedar, atau mungkin juga ada yang memang tak mahu sedar. Maksud penulis disini adalah kesedaran politik yang kadangkala menjadi topik hangat dan sensitif sebelum pilihan raya, semasa pilihan raya, dan penulis rasa selepas pilihan raya. Ada yang hilang kawan, sanak saudara, adik beradik, malah ada yang bercerai berai kerana perbezaan fahaman politik.


Sinis bagai dikata, tetapi hakikatnya di Negara kita sekarang ramai yang berperanan seperti tangan-tangan ghaib cuba menjadi hero dan membawa agenda-agenda tersendiri. Namun begitu, buat masa sekarang penulis ingin mengutarakan pandangan lebih kepada barisan seusia saya sendiri. Persoalan pertama: Apakah dasar perjuangan generasi muda pada masa ini.


Semasa kempen PRU yang lepas, walaupun rata-rata barisan seusia penulis masih “terikat” dengan AUKU atau Act 555, namun dengan perubahan media sekarang ia bukan halangan. Masing-masing ada kemahuan sendiri dan ada agenda-agenda sendiri. Akan tetapi sekiranya di teliti matlamat dan hasrat semua tetap sama. Kami inginkan sebuah Negara yang Hebat, Bersih, Sesuai untuk semua, dan Aman segalanya. Merujuk kepada pernyataan penulis di atas, walaupun Islam ini tidak akan berubah selamanya, tetapi pengikutnya sendiri kadangkala tidak sehaluan dan menunjukkan contoh yang tidak baik. Dakwaan yang kononnya hanya parti yang menggunakan nama Islam dan Adil bagi semua bagi penulis hanya retorik politik semata-mata. Hanya menggunakan nama, tatapi agenda persendirian dan tidak melakukan apa yang sepatutnya hanyalah satu sistem yang dusta. Ramai yang terpedaya dengan slogan-slogan dan ucapan-ucapan yang kadangkala dilihat sebagai hebat. Parti politik hanyalah gerakan ciptaan manusia dan bukanlah penentu atau simbol kepada Islam. Manusia mencipta parti-parti ini dan ianya tidak sama sekali bagi penulis boleh disamakan dengan Islam yang syumul.


Persoalan kedua penulis, kemanakah arah perjuangan selepas ini.? Rata-rata hampir segenap rakyat Malaysia yang di dalam kategori sedar dan separuh sedar terkejut dengan keputusan PRU yang lepas. Walaupun kemenangan mudah di hampir 4 negeri, tetapi mesej itu cukup jelas kepada BN. Alhamdullillah, penulis masih berasa bersyukur, Kelantan masih di naungan Pas, setidak-tidaknya order-order yang melintang masih perlu dan relevan. Pengundi-pengundi muda selepas PRU yang lepas rasa-rasanye mungkin akan banyak belajar selepas ini.


Persoalan ketiga, adakah telah selesai tugas kita selepas PRU ini. Islam mengajar umatnya untuk bertanggungjawab keatas setiap perbuatan yang dilakukan. Niat juga akan membezakan diantara ibadah dan perbuatan. Setiap perbuatan perlu disertakan dengan tanggungjawab. Kerana itu, kadangkala nilai kita tidak sama sekali sesuai dengan nilai-nilai luar yang mengagungkan kebebasan mutlak tanpa disertai dengan tanggungjawab dan implikasi keatas perbuatan kita.


Walaubagaimanapun, segala yang berlaku dengan Qada dan Qadar Tuhan ini perlu diambil dengan hikmah dan penuh kesan positif. Hanya mereka yang benar-benar berfikir dengan penuh rasa rendah diri dan mensyukuri nikmat tuhan-Nya diharap akan dapat memahami maksud tersirat ini. Semoga penulis diantara salah seorang. Apa yang penulis cuba sampaikan kepada semua barisan-barisan seusia ini, walau apapun perbezaan kefahaman kita, dan agenda kita, tetapi apa yang penulis harapkan adalah semoga kita sentiasa dilindungi sehingga tiba masa untuk kita pula mewarisi Negara bertuah ini. Penulis berharap agar kita boleh mewarisinya tanpa apa-apa pertumpahan darah, tanpa apa-apa yang boleh menjejaskan hasrat semua. Hanya jalan yang dipilih pada hari ini akan membawa kita kemana arah untuk hari esok.

Friday, March 14, 2008

Mengintai masa..

Assalamualaikum w.b.k..

Agak lama tidak menulis, disebabkan kesibukan mengejar duniawi dan tanggungjawab yang perlu disempurnakan. Habis sudah PRU 12, yang paling penting ramai 'melayu' yang sungguh berpuas hati dengan keputusan PRU kali ini. Samada 'melayu' yang benar2 berjuang atau 'melayu' yang saja-saja ingin 'ubah' ataupun' untuk 'melayu' yang memang sudah hilang darah melayunya.

Di pihak barisan rakyat, kemenangan di beberapa negeri belum membuktikan sepenuhnya mereka diterima, kerana majoriti yang diperolehi belum cukup 2/3 dan ianya hanya kemenangan mudah. Mudah kerana di pihak lawan yang terlalu yakin dan angkuh serta ramai yang sudah merasa selesa dan hanya duduk menunggu "bulan' untuk jatuh keriba lagi.

Namun apapun yang telah berlaku atau yang akan berlaku, semuanya ketentuan Ilahi, mesti ada hikmahnya. Terpulanglah kepada hamba-hambanya untuk mencari dimana ketentuan-Nya.

Akan bersambung.....