Tuesday, April 28, 2009
- Tulisan Bangsa Yang Hilang.. -
Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu adalah Bahasa Malaysia. Untuk lulus SPM kenalah lulus Bahasa Melayu, kalau tidak lulus maka gagalah ujian paling penting didalam sistem persekolahan Malaysia. Saya tidak mahu mengulas isu bahasa kerana beberapa ketika sebelum ini semasa isu PPSMI hangat di debatkan sehingga menjadi modal politik sesetengah pihak. Tetapi apa yang saya ingin utarakan adalah tulisan asal bahasa melayu iaitu tulisan Jawi.
Di Universiti, majoriti di semua universiti, subjek tambahan seperti Bahasa adalah wajib untuk di ambil. Ramai rakan-rakan yang mengambil subjek bahasa sebagai subjek tambahan seperti Arabic, Mandarin, Japanese, dan France. Sememangnya ini adalah satu nilai tambah (added value) yang baik kepada pelajar. Saya tidak mengatakan ianya salah cuma terdetik di fikiran saya ada sesuatu yang hilang di antara semua bahasa yang di ajar, iaitu Bahasa Melayu didalam tulisan Jawi.
Sejujurnya saya sendiri merasakan kekurangan didalam memahami tulisan jawi. Bukan kerana tidak pernah belajar tetapi mungkin kerana kurang asas belajar. Seingat saya, tahun terakhir saya belajar tulisan Jawi adalah semasa di sekolah agama di waktu petang selepas sesi persekolahan sekolah rendah. Itupun hanya sehingga darjah enam sahaja. Tolak tambah, 2009 - 1996 sudah hampir 13 tahun saya tidak belajar menggunakan tulisan jawi.
Tulisan Jawi berkait rapat dengan penyebaran agama Islam semasa zaman kesultanan Melayu 500 tahun dahulu. Sewaktu agama Islam tersebar dengan luas di kepulauan Melayu, tulisan Jawi menjadi perantara untuk terjemahan kitab-kitab agama dan ilmu untuk menjadi rujukan. Tulisan Jawi juga menjadi asas untuk belajar membaca Al-Quran. Persamaan huruf dan sebutan menjadikan penguasaan orang melayu untuk mebaca Al-Quran menjadi lebih baik.
Namun pada masa sekarang ianya tidak lagi. Banyak faktor yang mempengaruhi, tulisan rumi lebih difahami diperingkat antarabangsa, kesan penjajahan di negara kita, keperluan untuk menterjemah bahasa latin atau mungkin juga kerana kita sendiri merasakan tulisan jawi sudah ketinggalan. Saya bukan pengkaji bahasa, jadi saya tidak pandai menghuraikannya dengan fakta dan ilmu. Hanya sekadar apa yang saya terfikirkan.
Satu kes yang terjadi tidak lama dahulu apabila seorang ahli parlimen DAP, Tarese Kok yang mempertikaikan penggunaan tulisn Jawi di papan tanda yang terdapat di Kuala Lumpur. Ini adalah sebab kejahilan beliau yang tidak tahu bahasa asal bahasa Melayu adalah Tulisan Jawi, atau mungkin itu hanya permainan politik beliau.
Mungkin saya boleh mencari lebih banyak malumat, artikel ini pun saya tulis di perpustakaan universiti selepas melihat seorang rakan yang sedang sibuk menulis tugasan tulisan mandarin sebagai subjek tambahan beliau. Artikel ini pun dalam tulisan rumi, tak pandai nak tulis dalam Jawi jugak.. hmmm.,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment