Banyak respond yg saya terima dari rakan-rakan dan juga ahli delegasi yang bersama saya ke pulau tinggi menggambarkan keseronokan dan kegembiraan kami semasa berada di sana. Sememangnya program ini memberikan keseronokan kepada semua ahli, namun saya merasakan lebih baik sekiranya saya dapat berkongsi sedikit pemahaman dan pengertian yang lebih positif kesan semasa dan selepas program ini.
Sepanjang berada disana, tiada kekurangan yang saya rase samada dari segi infrastruktur, kemudahan asas, informasi, dan juga konseptual pemikiran masyarakat di sana. Perkara ini sememangnya menjadi perhatian saya sebelum pergi kesana, walaupun telah dibekalkan dengan beberapa keping gambar hasil dari tinjauan ahli deligasi yang melawat pulau ini sebelum itu, namun saya tetap merasakan kemungkinan kami akan menghadapi masalah dari segi logistik atau keselesaan.
Namun sangkaan saya nyata melesat dan gambaran awal yang saya dapati apabila pertama kali menjejakkan kaki ke pulau ini sangat berbeza. Walaupun tiada jalan raya atau kemudahan awam yang biasa kita lihat di tanah besar, namun pemandangan indah serta landskap semula jadi yang terbentang cukup mengasyikkan.
Dari segi populasi penduduk serta polarasi usia mereka cukup menggarbarkan akan berlakunya tirisan kepada keseimbangan penduduk di situ. Ini kerana ramai anak muda pulau yang telah berhijrah ke tanah besar atau ada yang masih menyambung pelajaran di sekolah menengah di bandar mersing. Walaupun begitu semangat dahagakan ilmu yang ditunjukkan oleh kanak-kanak yang bersekolah di pulau ini sememangnya hebat. Ini kerana sepanjang 3 hari kami disana, mereka sentiasa berada di kawasan chelet tempat kami menginap dan sentiasa bersemangat untuk melakukan apa jua aktiviti yang kami pelawa. Ganerasi ini jauh dari anasir-anasir serta pengaruh dunia luar yang melalaikan, aktiviti yang seharian yang biasa dilakukan hanyalah, bermain bersama kawan-kawan di pulau atau bermain air di pantai.
Penghargaan juga patut diberikan kepada guru-guru yang mengajar di sekolah ini. Saya kurang ingat berapa jumlah guru disini namun dari perbualan rinskas bersama meraka nyata mereka tegar dalam usaha mendidik anak bangsa. Walaupun tiada harapan tinggi yang diletakkan kepada mereka untuk mencapai kecemerlangan tinggi namun usaha mereka untuk memastikan anak-anak pulau ini tidak ketinggalan dalam mendapatkan ilmu pengetahuan yang beharga demi masa depan.
To Mok juga adalah watak yang patut diberi penghargaan. Menjadi ketua kampung di pulau ini, nyata tok mok memainkan peranan yang cukup penting didalam memastikan survival penduduknya. Dengan dibantu oleh beberapa orang anak muda pulau, beliau menguruskan kapal nelayan, chelet, dan beberapa perniagaan lain.
Mungkin banyak lagi coretan yang boleh saya nukilkan di sini, namun disebabkan kekurangan saya semasa disana, saya kurang peka dengan maklumat-maklumat ini. Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur dengan rahmat dan pemberian yang tak terhingga seperti yang dapat saya siratkan semasa berada di sana. Wallahuallam bsw.
Sunday, April 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment