Memilih Pasangan
Islam melarang seseorang lelaki itu berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap wanita hendaklah ia masuk meminang dan berkahwin. Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi s.a.w. tetapi juga mengelakkan dirinya daripada melakukan maksiat.
Hentikanlah amalan membawa wanita bukan muhrim kesana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan saja berdosa tetapi ia juga menjatuhkan kemuliaan diri sendiri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi hubungan itu sekadar bersuka-suka yang tidak membawa kepada kebaikan. Pengharaman ini wajar kerana kesan dari larangan tersebut akan membawa ke zuriat.
Namum demikian untuk mendirikan rumah tangga berbagai persediaan perlu disipkan. Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sendiri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan bahawa pilihan hendaklah berdasarkan dan berasaskan kepada yang kuat berpegang agama dan berakhlak mulia. Selepas itu, hendaklah memastikan sama ada sudah dipinang atau belum dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Janganlah kamu kahwini seseorang perempuan itu kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan janganlah kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka menderhakai, tetapi kahwinilah perempuan itu kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perampuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik.”
Baginda bersabda lagi :
“ Barangsiapa berkahwin akan perampuan kerana harta dan elok rupanya nescaya diharamkan hartanya dan elok rupanya, yakni ditegahkan (ditahan) Allah akan (memperoleh) hartanya (kekayaannya) dan eloknya (kebaikannya), dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah akan dia dan hartanya dan eloknya.”
Dari hadis di atas, dapatlah difahami bahawa Nabi s.a.w menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calon isteri seseorang yang beragama serta berakhlak mulia. Ini kerana apabila seorang isteri itu mempunyai imam yang teguh pastinya akan terzahir melalui kuatnya beribadah dan akhirnya akan membuahkan akhlak yang mulia, lantas rezeki dan hartanya akan dimurahkan juga oleh Allah s.w.t.
Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis. Walaubagaimanapun, terdapat keadaan tertentu apabila janda pula menjadi keutamaan. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak. Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang. Sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah mengambil kira keadaan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“ Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan wanita yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki muysrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman.” (Surah An-Nur : 3)
No comments:
Post a Comment