Monday, December 31, 2007

Dakwah


Dakwah selalu disimpulkan sbg usaha utk menyebarkan agama Islam semata2. Ada juga yang mentafsirnya sbg nasihat, atau kata2 yang lebih menumpukan kpd persoalan agama dan penyebarannya. Mungkin ada kebenaran drp definisi ini kerana ia adalah pandangan praktikal yg diterima oleh semua masyarakat di Malaysia khususnya. Namun skop dakwah sbnrnya lebih luas. Bahkan adakalanya, dakwah tidak memerlukan kata2, ttp cukup dengan tauladan, tindakan, dan pertimbangan yang baik, disertai dengan akhlak dan budi bahasa yang betul, seperti yang diajar didlm Islam. Contoh terbaik adalah spt yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda menjalankan dakwah baginda. Dakwah baginda bukan hanya menggunakan kata2 yang bernas, ttp juga disertai dgn perbuatan, akhlak, dan budi bahasa.


Bercakap mengenai syarahan dan ceramah, kita perlu membuka skop yang lebih luas drp dakwah terhadap umat Islam itu sendiri, ttp ia juga merangkumi kepada yang bukan Islam. Contoh awal dakwah Rasulullah s.a.w. ketika baginda melakukan dakwah peringkat awal di kota Mekah, baginda diperintahkan utk menyeru penyembah2 berhala Mekah untuk meninggalkan penyembahan tersebut. Walaubagaimanapun, di dalam dakwah yang dilakukan oleh baginda, tiada unsur paksaan yg dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran sendiri menyatakan prisip toleransi beragama dan tiada paksaan utk menganut agama Islam. Firman Allah didlm surah Al-Baqarah – 256 “ Tiada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”


taghut : syaitan, berhala, atau apa sahaja yg menyesatkan.


Kewajiban menyampaikan dakwah ini sepatutnya berterusan. Sama ada golongan non-Muslim hendak menerima atau tidak, itu bukanlah termasuk dlm tanggungjawab umat Nabi Muhammad s.a.w. Tugas kita hendaklah menyampaikannya shj.


Berbalik kepada persoalan awal kita dlm menyampaikan dakwah, kunci utama berdakwah adalah dgn berhikmah. Dalam sepanjang 23 tahun dakwah Rasulullah s.a.w. cara yg berhikmah dgn tauladan dan kebijaksanaanlah faktor kejayaan baginda dlm menyampaikan dakwah. Hasilnya, baginda berjaya mencipta satu tamadun manusia yg berjaya dan berakhlak.


Hari ini Islam sering dikaitkan dgn keganasan. Terrorist dan Islam telah disamatarafkan oleh golongan aktivis-aktivis barat. Propaganda yang ditunjukan benar-benar merosakkan imej dan memesongkan syariah sebenar umat Islam. Bagaimana kita hendak berdakwah melalui syarahan dan kata-kata sedangkan kita dilabel sebagai golongan yg sesat? Usaha utk membetulkan tanggapan ini terletak pada semua umat Nabi Muhammad s.a.w. dan cara yang terbaik adalah dgn mengembalikan imej, akhlak, ibadah, dan budi bahasa yang betul spt yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri. Secara tidak langsung ia akan membuka mata dan hati kpd yg non-muslim utk mengenal dan mendalami agama Islam yg sebenarnya itu sendiri.


Petikan daripada kata2 sorg saudara Islam dari Amerika,

“ Semakin saya mendalami Islam, saya semakin melihat imej Islam yang digambarkan: Satu Tuhan yang tidak mungkin dpt kita fahami, Pencipta alam yg rasional dan teratur, satu mesej Illahi yg diturunkan berkali-kali kpd kaum manusia, berkembang, kemudian hilang dari dunia ini; manusia merosakkan mesej ini kerana sifat tamak dan gilakan kuasa; seorang nabi terakhir, diturunkan di bumi Arab yg gersang, untuk memberi peringatan terakhir; Tuhan wujud dan kita wajib menyembah-Nya, bila anda berbuat demikian, anda akan bebas drpd ketakutan dan kesakitan, dan semua cubaan dan dugaan hidup ini akan mendatangkan makna; satu kitab terakhir; dilindungi sepanjang zaman utk ganerasi demi ganerasi mengkajinya dgn peredaran zaman. Inilah Tuhan yg saya cari dan percaya dari kanak-kanak, Tuhan dan mesej yang bersih drp korupsi keduniaan.” Jonathan Brown.

No comments:

Post a Comment