Thursday, March 26, 2009

MAGIK nya Khairy..



Pemilihan Jawatan Kuasa Tertinggi UMNO masih berjalan, namun semalam tiga keputusan sayap perwakilan telah diumumkan. Wanita UMNO, Pemuda UMNO, dan Puteri UMNO. Yang paling menarik bagi saya pastilah bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Legasi yang akan ditnggalkan oleh Y.B D.S Hishammuddin ini adalah pewaris kepada kepminan UMNO akan datang.

Tiga Calon bertanding, Y.B Dato' Mukhriz Tun Mahathir, Y.B Khairy Kamaluddin, dan D.S Khir Toyo. Sejak dari awal penamaan calon di peringkat bahagian, nama Dato' Mukhriz jauh mennggalkan nama-nama calon yang lain.

Dato' Mukhriz Tun Mahathir --- 75 Penamaan
Datuk Seri Khir Toyo -------- 63 Penamaan
Khairy Jamaluddin -------- 53 Penamaan

Tetapi keputusan semalam mengejutkan saya. Khairy Jamaluddin Menang pertandingan dengan keputusan:

Dato' Mukhriz Tun Mahathir --- 232 undi
Datuk Seri Khir Toyo -------- 254 undi
Khairy Jamaluddin -------- 304 undi

sukar dipercayai. namum didalam politik KJ semuanya JADI..

PENAMAAN CALON ???

Walaupun setelah hampir 6 tahun Tun Mahathir meletakkan jawatan dari Presiden Parti, namun secara majoriti masih ramai ahli UMNO yang sayangkan Tu Mahathir, dan rakyat Malaysia yang menyokong beliau tidak kira samada dari parti pembangkang atau BN. Dato' Mukhriz yang manjadi ahli perlimen Jerlun dari awal permulaan mesyuarat bahagian telah mendapat byk pencalonan awal dari pemuda bahagian. Dari satu bahagian, 4 orang perwakilan akan mengundi. jika dikira dari logik, sekiranya perwakilan yang mewakili bahagian yang mencalonkan Mukhriz (75 x 4 = 300). Jelas perwakilan yang mencalonkan Dato' Mukhriz sendiri tidak mengundi beliau.

Mngkin inilah yang dikatakan perwakilan tidak membawa suara akar umbi. Sebaliknya calon favourite atau calon yang "poket penuh" lebih diberi undi.

"Poket Penuh ???"

Khairy terlebih dahulu didapati bersalah oleh Majlis Disiplin UMNO kerana mengamalkan Politik Wang semasa peilihan calon. Khairy didapati bersalah kerana menyalahi Artikel 10.1 Etika Parti kerana membabitkan politik wang. Sebelum itu, D.S Ali Rustam didapati bersalah dan hilang kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

"Layak ke Khairy bertanding ???"

Tetapi khairy dilepaskan oleh jawatankuasa Disiplin dengan alasan kesalahan yang dibuat tidak serius dan tidak seteruk D.S Ali Rustam. MACAM MANA NIH..!!! boleh ada Dosa kecik, dosa besar lak.. mencuri 10sen dosa nya tak sama dengan curi 10juta ke.??? Perkara ini menimbulkan tdak puas hati dari ramai pihak, perwakilan dari Melaka sudah tentu, dan penyokong-penyokong Mukhriz tentu terkilan dengan perkara ini.

Walaubagaimana pun keputusan telah dibuat. Dato' Mukhriz setelah keputusan diumumkan juga menerimanya. Beliau meminta Pemuda UMNO perlu jujur untuk melakukan perubahan.
Ditanya adakah beliau akan bersuara dan menegur jika kepimpinan baru parti melakukan kesilapan, sepertimana dilakukannya sebelum ini, pemimpin muda itu berkata: “sudah tentu”.

“Jangan kerana ada peralihan kuasa maka saya akan berdiam diri. Datuk Seri Najib Tun Razak (Presiden Umno) tahu, itu sifat saya.

“Saya akan tegur bukan kerana tidak suka tapi untuk kebaikan parti dan rakyat,”


No comments:

Post a Comment