Wednesday, March 4, 2009

- kerajaan pasir 2 butir nizar -


Negeri pasir 2 butir dengan pasir berdengung adalah 2 kerajaan dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan P. Ramlee. Mungkin 30 tahun dahulu semasa P. Ramlee merakam filem ini, tidak terlintas di fikiran sesiapa kerajaan begini akan wujud pada masa depan. Namun, pada 3 March 2009 tercatat di negeri Perak di bawah pokok di hadapan Banggunan Perak Darul Ridzuan, 27 orang wakil dun PR telah mendirikan kerajaan 2 butir disebabkan tidak mendapat kebenaran untuk masuk kedalam dewan untuk bersidang walaupun tidak di perkenankan oleh Sultan.

Tak habes-habes nak buat kes haru-haru lagi, takde kerja lain asyik nk buat masalah semata-mata nak bubarkan dun nak buat pilihan raya balik. Dekat sini kita oleh tgk beberapa perkara:

1) PR Perak dah tau yg dieorag mmg tak penah betul dari mula, dulu cakap mahkamah je jalan penyelesaian, skrang tak habes2 nk buat pasal supaya Dun di bubarkan. Ini semua jalan keji, jalan belakang, jalan orang tak siuman semata-mata beraja di hati sampai pemerintah yang ada pun di langgar.

2) Sidang Dewan Dun Bawah pokok ini sememangnya sungguh menghinakan Sultan Perak. Setelah tidak diperkenankan oleh Baginda Sultan. Speaker Sivakumar tetap hendak menjalankan sidang dewan tanpa kebenaran. Tindak tanduk PR ni mmg spt Kaduk Naik Junjung yang suka melampau-lampau.

3) Dalam keadaan sekarang yang makin gawat dengan masalah ekonomi, kadar penganguran yang naik, kekurangan pelaburan yang masuk ke dalam negeri, sepatutnya so call "yang berhormat" ni bekerja untuk mentadbir negeri. Ni tak habes-habes nak berpolitik sampai bila. Jadi pembangkang pn boleh jugak beri sumbangan pada negeri. Lain la klu dari awal dh mmg niat nak kaut untung shj. Rakyat menderita takyah peduli.

4) Semoga krisis di Perak akan berakhir dengan cepat dan baik. Harap-harap golongan mabuk kepayang ni reti-reti la berundur dan buat kerja pembangkang. Kalau betul sanggup bekorban untuk rakyat, Orang-orang Perak bukan bute, walaupun ade yang tinggal di Suak Petai atau Labu Kubong. tp klu yang betul ttp betul.

Wallahualam b.s.w

2 comments:

  1. salam..

    1.Dun dibubar adalah langkah terbaik untuk memulangkan semula kuasa kepada rakyat untuk memilih.

    jalan keji?
    jalan belakang?
    jalan orang tak siuman?

    siapa sebenarnya yang menggunakan cara ini?
    MP diculik,dihubungi tidak dapat,keluarga sediri pun tidak tahu..tup,tup,.buat sidang media bersama TPM..

    suara dah amanah rakyat memilih dalam pilihanraya dipersetankan,kuasa kerajaan yang dipilih rakyat dirampok dengan cara yang cukup keji.

    kerja siapa semua ini?
    =bakal PM anda!

    ReplyDelete
  2. Ws,salam w.b.k

    Saya bersetuju Dun dibubarkan dan pilihan raya negeri adalah jalan terbaik untuk penyelesaian politik di Perak.

    Namun sebelum itu, sebelum perlakunya pralihan kuasa, sebelum berlakunya sidang akbar, dan sebelum exco-exco ini "diculik", kita lihat balik permulaan krisis ni.

    1- Nizar terlebih dahulu tahu akan kehilangan 2 orang exconya, dan beliau tahu masalah yang akan timbul, tetapi beliau tidak bertindak untuk membuat sidang dewan negeri kerana takut untuk usul undi tidak percaya. ( sebaliknya jika ada undi tidak percaya, sudah pasti dewan dun akan dibubarkan untuk pilihan raya yang baru). Bukan itukah yang anda mahu.??? Mungkin masa ini nizar percaya beliau lebih hebat dari Sultan kot, sbb selepas itu pengumuman sidang media beliau mengumumkan Dun Negeri Di bubarkan tanpa perkenan dan pengetahuan Sultan pn lagi.

    2- MP PKR diculik.?? betulkah diculik.. Macam mana orang yang di culik boleh duduk sebelah orang yang mnculik sambil buat sidang akhbar.?? atau mereka mmg sengaja disuruh diculik atau menyorok diri. Siapa yang kata mereka diculik. orang yang di culik pun tak kata mereka di culik. tapi yang kata kawan-kawan lama orang yg di culik.

    Tup tup keluar surat perletakan jawatan dari Anwar yang tak bertarikh.. kes ugut sebab takut MP sendiri melompat. Speaker pn terus nak bubar Dun jugak sbb bilangan ahli dalam dewan sama rata. Persoalan nya disini siapa yang culik siapa??. Siapa yang ugut siapa.??

    3- 3 adun PR yang melompat tu bukan jadi wakil kerajaan pun, dieorg tak masuk side BN pn dalam sidang dewan negeri. Dieorg jadi adn bebas shj. jadi di mana yang dikatakan BN membeli adun-adun ini. Kes Rasuah deorg ttp jalan jugak.

    4- Suara rakyat memilih PR untuk PRU12adalah betul. tetepi yang melarikan diri adalah dari PR sendiri jugak. Smggu sebelum itu seorg adun BN sendiri melompat ke PR, bertepuk tangan anwar ibrahim, nizar dan ngeh. Takde plak dikatakan amanah rakyat dicabul. HALAL semuanya..

    5- Apa bkti D.S Najib merancang semua ini. Spt yg sy tulis, smggu sebelum itu, Adun Bota yang melompat itu sendiri merisaukan Badan Perhubungan UMNO Negeri sehngga Najib sendiri terpasa memangku. Kalau ada bukti sila tunjukkan. Dimana fakta dan penjelasan..? SAYA CABAR...

    ReplyDelete