Saturday, October 17, 2009

- Walking above the clouds... my kinabalu journal -

Assalamualaikum w.b.k

Note: This is my travel journal dated from 12 October till 15 October 2009 located at Kinabalu Mountain, Sabah, Malaysia.

Well, everything started almost a year ago, when i just finished my International Expedition to Syria with Malays Cultural and Language Society. At that time i already step down from my position of Clubs President and decided to slow down on my curricular, but the feeling to get something new still eager and it have always been my dream to step my foot on Kinabalu since i enter my university life. So, after talk with several friends, few agree to join me and make this thing happen. And the rest is history... heeehe Before it, maybe its better i put down a few information about Mount Kinabalu. Mount Kinabalu is a prominent mountain in Southeast Asia. It is located in Kinabalu National Park (a World Heritage Site) in the east Malaysian state of Sabah, which is on the island of Borneo in the tropics. It is the tallest mountain in the Malay Archipelago. In 1997, a re-survey using satellite technology established its summit (known as Low’s Peak) height at 4,095 metres (13,435 ft) above sea level, which is some 6 metres (20 ft) less than the previously thought and hitherto published figure of 4,101 metres (13,455 ft).

The mountain and its surroundings are among the most important biological sites in the world, with over 600 species of ferns, 326 species of birds, and 100 mammalian species identified. Among them are the gigantic Rafflesia plants and the orangutan. Mount Kinabalu has been accorded UNESCO World Heritage status. The main peak of the mountain (Low's Peak) can be climbed easily by a person with a good physical condition, and requires no mountaineering equipment. Other peaks along the massif, however, require rock climbing skills.

Back to the story, my travel was accompany with two of my friends, Zakwan called zack, and khairul anwar called K A (spell it with two letter different). Well, zack was the ex-president of Rovers, and K A was ex-President of Silat Club. So these 3 ex-presidents start our journey. Me myself depart from kuala kangsar by bus on sunday 11 october at 4.30pm, decided to meet them at Low Cost Currier Terminal (LCCT) KL around 11pm. But i meet zack at KL Sentral on 9.30pm and had dinner there. After that we take the AeroBus that depart straight to LCCT from KL Sentral. So we spend all the night at LCCT because our flight are schedule tomorrow at 6.50am. Lucikly there no trouble and we take off to Kinabalu International Airport on time. On flight all of us were exhausted and straving because we forget to take our breakfast before check in. heehe, even though we sleep at MacD that night. Upon arrival At Kinabalu International Airport, our local contack Mr. Steven was already wait. We take the ride and go to One Borneo Shopping Compleks. Steven said it was the biggest shopping compleks in Borneo island in this time. So, we take our Brunch (Breakfast and Lunch) there, and meet with our driver that will take us to Kinabalu Park at 11pm. Well the journey is quite interesting because we pass sevaral villages and the road are jumping-jumping with going up and down from one hill to other hills. We stop by at one rest place, im not remember the name, but we stop there there because from there, we can see one waterfall at the back. Here the picture.

Me, Zack, and K A, before arrive at the Kinabalu Park.

I not remember what time when we arrive at the Kinabalu Park, but i guess it still afternoon. Just some cloudy day and make the wheather feel really different to me. I snap a few pic in front of the receptionist office with the big sign of the travel route up to the mountain. We talk about the route later. After check in, we straight to our accomodation, which is only a dormitory with 6 bed inside. We were greet by the dorm keeper which is a girl wearing a nice scout uniform with and FBI vest. Its really funny when we just keep calling the girl with FBI girls. We dont know what the real meening of FBI, so we keep guessing till day. After have a bit rest, we met one american gut named Mike, he greet us and have a little chat. He look strange and the way he talk also strange. He was alone and planning to climb the moutain by his own. Yet until he meet the Park Authorities about the rules and then he decide to follow our trip tomorrow.
Afterthat 3 of us, take a little hiking around the park before we have our dinner at 6pm. Well, in Sabah, all the time, it was one hour earlier then the peninsula time.


me with the wooden map

me and zack in front of our dormitory

All the hiking time..


At Balsom Cafe, waiting for our dinner..

Our candle light dinner, ahhaa, not because we ask for it, but because we eat outside and all the flying little creatures make a camp above our head..

We Spend almost 3 hour at the cafe, eating and eating for tomorrow energy reserve. haaha, and then go straight to dorm and have a crystal dreams.

End of first day, tomorrow the journey to climb the mountain start..


Wake up earlier in morning to chase our breakfast. We have been told to wait our travel guide at 8am in front of the receptionist, breakfast have been serve at 6.30am and not to forget to pickup our lunched pack after breakfast. Picture above taken after breakfast while waiting for our guide, quite lucky that day there is no fog or clouds at the Kinabalu summit, so we have a clear picture from the view. At least tomorrow i know where we headed.












































still in progress..

Thursday, October 15, 2009

- resting in pain.. -

just back from kinabalu.. pergi tanpa buat preparation body, sampai2 sane trus daki gunung, mmg best dan padan muka. hahaa, kaki masih sakit, kejang smpi tak boleh berjalan laju2 lagi..

travel jornal will be uploded soon.. gamba2 pn tak transfer laptop lg..

Monday, September 21, 2009

- Orang Melayu Mudah 'Cair' Bila dipuji -

Orang Melayu mudah 'cair' bila dipuji

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(Mingguan Malaysia, 20 September 2009)

KADANGKALA saya musykil kenapa orang Melayu mudah menjadi ‘cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran. Misalnya, ucapan beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam yang memetik beberapa ayat suci al-Quran dan mahu mengambil pendekatan urus tadbir negeri mengikut cara pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Benar, dari satu segi nampak orang bukan Islam cenderung kepada Islam. Tetapi kita perlu ingat adakah mereka ini benar-benar mahu beriman atau percaya kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu Islam? Saya cukup yakin bahawa golongan ini sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu. Mungkin orang Melayu boleh memberikan jawapan apakah mereka sebenarnya sudah memahami psikologi mereka?

Orang Melayu mudah ‘cair’. Mereka biasanya mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama mereka. Justeru, mereka akan bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang. Mereka akan mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam’.

Lanjutan itu, mereka akan menjaja ke mana sahaja kata-kata ini, bahkan sanggup menolak rakan seagama yang sanggup menghulurkan tangan untuk berbaik-baik. Huluran tangan rakan seagama ini bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi dijawab dengan andaian-andaian negatif dan prejudis. Mereka rela bekerjasama dengan orang bukan Islam daripada orang Islam sendiri.

Kita tidak pernah belajar atau mahu belajar dari sejarah, bila berhadapan dengan golongan seperti musang berbulu ayam ini. Pengalaman telah banyak mengajar kita. Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas. Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.

Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya? Bagaimana suatu hari nanti, mereka berpakat-pakat untuk melemahkan kita?

Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada tindak-tanduk Singapura hari ini yang amat mencurigakan. Cukuplah dengan kita telah kehilangan Pulau Batu Putih dan ruang udara kita sentiasa dicerobohi. Itu belum termasuk kolam takungan air di Johor yang dikawal rapi oleh tentera Singapura sehingga kita sendiripun tidak boleh masuk. Tidak ketinggalan, tanah-tanah negara kita yang telah tergadai ke tangan mereka. Pendek kata, Singapura tidak mahu sama sekali berkongsi dengan kita. Mereka amat ultra kiasu. Sesuatu yang menggugat kepentingan mereka akan ditentang habis-habisan seperti isu perjanjian air, merobohkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan jambatan bengkok.

Berbalik kepada isu parti pecahan yang memerintah Singapura hari ini, apakah benar-benar mereka ingin atau akan melaksanakan pemerintahan Umar Abdul Aziz apabila mereka berkuasa nanti? Adakah pemerintahan Umar Abdul Aziz benar-benar akan dilaksanakan? Bagaimana dengan nilai-nilai kehidupan beragama yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz? Pernahkah golongan ini mempamerkan nilai-nilai agama tersebut?

Saya diserang dan dikecam habis-habisan oleh golongan ini, semata-mata kerana saya mempertahankan larangan berzina dan arak. Bagi mereka itu adalah hak asasi manusia. Bagi mereka hak asasi manusia mesti dipertahankan berbanding dengan hak Tuhan Yang Maha Esa. Adakah ini corak pemerintahan Umar Abdul Aziz?

Kita jangan tertipu dengan golongan ini. Jika mereka benar-benar mahu laksanakan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz, sudah lama parti ini akan melantik rakan sekutunya, yang dikatakan memperjuangkan Islam di salah sebuah negeri yang diperintahnya sebagai exco. Ini kerana, rakan sekutunya memang sudah terkenal dengan imej ‘bersihnya’ seperti kelihatan seolah-olah ‘Umar Abdul Aziz’! Tetapi di manakah kedudukan rakan sekutunya itu di negeri tersebut? Pada saya, mereka tidak pernah suka pada dasar Islam yang dibawa rakannya itu. Mereka amat prejudis sesama sendiri walaupun berada dalam satu pakatan. Bermakna, mereka juga prejudis terhadap Islam. Itu amat jelas sekali. Saya tidak perlu mengajar rakan sekutunya itu kerana sudah terang lagi bersuluh. Sikap biadab mereka berkaitan isu arak dan tuduhan mereka terhadap Jamaah Islah Malaysia sebagai pelampau agama sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar. Banyak lagi contoh lain tentang kebiadabannya terhadap Islam.

Terhakis

Umar Abdul Aziz sentiasa memperkasakan identiti Islam di dalam pemerintahannya. Apakah identiti Islam dipelihara di negeri yang diperintah oleh golongan kiasu ini? Apa yang saya tahu identiti Melayu dan Islam semakin terhakis di negeri yang diperintahnya. Contoh kecil, nama-nama papan tanda, medan selera atau nama bangunan sudah langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Saya tidak menyatakan kerajaan dahulu lebih baik? Tetapi jika kita benar-benar mahu mengikuti Umar Abdul Aziz, sudah tentu kita perlu tunjukkan yang kita lebih baik berbanding sebelumnya. Sebab Umar Abdul Aziz hebat integritinya, tetapi Umar tidak pernah mengenepikan identiti bangsa Arab Islam selaku penduduk asal. Bahasa al-Quran diperkasakan di mana-mana sahaja. Bagaimana pula dengan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara yang berasal daripada Tanah Melayu? Adakah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpelihara?.

Perlu dingatkan bahawa Umar Abdul Aziz tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan. Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Umar juga membahagikan tanah jajahan Umayah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.

Umar menolak sikap pemerintah yang selalu melantik pegawainya untuk mengawasi rakyat. Tetapi Umar melantik rakyat untuk mengawasi diri dan kelakuannya. Jika rakyat mendapati beliau melakukan kesalahan, Umar Abdul Aziz meminta dibimbing atau dihalang daripada melakukan kesalahan tersebut.

Saya harap umat Islam tidak merasa ditipu dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz oleh golongan kiasu ini. Apakah kita masih belum mengenali isi hati dan hati budi mereka setelah 52 tahun merdeka? Adakah kita boleh bekerjasama dengan orang sebegini, bila mana mereka digalakkan memakai songkok ketika pembukaan Parlimen di hadapan sultan, golongan ini menolak mentah-mentah? Apatah lagi untuk memakai baju Melayu?

Tidakkah kita sedar bahawa selama ini, golongan inilah yang paling kuat menentang Islam atau negara Islam. Lihatlah sejarah penentangan mereka terhadap hukum Islam dan perisytiharan negara Islam oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed suatu ketika dahulu. Perisytiharan negara Islam ketika itu hanya pada nama sahaja, bukan pelaksanaan hukum yang sebenar. Jika benar-benar hukum Islam dilaksanakan, bagaimanakah gelagat mereka agaknya? Persoalannya, adakah corak pemerintahan Umar Abdul Aziz tidak berasaskan Islam? Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh golongan kiasu ini?

Rakan sekutu mereka dalam pakatan selalu berhujah, itu pandangan generasi lama atau generasi tua. Generasi baru tidak sebegitu pemikirannya. Setelah mengkaji parti kiasu ini sekian lama, saya tidak nampak ada perbezaan antara generasi baru dan lama. Sama sahaja. Jika perjuangannya adalah Malaysian Malaysia seperti mana yang diperjuangkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), sampai bila-bila saya tidak akan percaya.

Justeru, jangan perjudikan masa depan negara demi mencapai kepentingan masa kini. Apa berlaku pertembungan antara kepentingan masa depan dengan masa kini, maka kepentingan masa depan mesti diutamakan. Begitu juga dengan kepentingan masa depan dan kepentingan parti atau etnik, maka masa depan negara mesti diutamakan. Sama juga halnya apabila kepentingan agama bertembung dengan kepentingan bangsa, maka agama perlu didahulukan.

Biarkan

Jangan biarkan diri kita dipermainkan atau diperkotak-katikkan. Jangan jadi hamba di bumi sendiri. Tetapi bangunlah, bangunlah mempertahankan yang hak tanpa menafikan hak orang lain. Jika tidak, satu hari nanti kita akan menyesal. Ketika itu saya bimbang sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam.

Janganlah gunakan nama Umar Abdul Aziz sekadar untuk memenangi hati orang Melayu yang mudah ‘cair’. Orang Melayu hari ini bukannya bodoh. Mereka sudah celik dengan taktik kotor ini. Kembalilah kepada fitrah. Sesungguhnya, hari kemenangan ini menjanjikan kepada kita, yang hak itu tetap hak dan batil itu tetap batil. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kembalilah kita menghayati manusia fitrah yang bersih dari dosa dan noda dengan mengkaji kesucian agama Islam sendiri, sebelum ‘terlebih’ mempercayai orang lain. Saya bimbang kita akan tertipu dengan permainan silap mata ini. Akhirnya kita sendiri yang rugi. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, sepanjang membaca tulisan saya di akhbar ini.

- Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa



Assalamualaikum w.b.k

Kepada semua rakan dan taulan saya igin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga segala usaha dan amalan kita pada bulan ini adalah untuk-Nya dan di berkati dunia dan akhirat kelak.

Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di Seluruh Dunia. Saya memohon seribu kemaafan sekira terdapat salah dan silap didalam apa juga bentuk samada secara langsung atau tidak langsung, juga sekiranya ada mane-mana pihak yang tersinggung di dalam penulisan saya di blog ini.

ws,salam..

Tuesday, August 11, 2009

- Convo.. convo.. convo.. Congrats kpd semua kawan2.. Clash of 2009 -

Alhamdulillah..

Akhirnya secara dapat jugak naik pentas grand hall dan amek scroll dr chanselor utk degree pertama aku. So secara rasmi aku dah ade 2 scrool.. Diploma in IT, dan Bac. of IT (Hons) Artificial Intelligence... yeeeaaah, lepas nih nak sambung master kah.. heeehee

Tahniah juga kepada kawan-kawan yang berkonvo sekali utk tahun nih. Rakan2 yang bersama-sama mengharungi liku-liku hidup di kampus MMU Melaka. Rakan2 yang bersama-sama bersusah payah, suka dan duka, ketawa dan menangis. Terutama rakan2 yang bersama-sama dari tahun beta, dan rakan-rakan didalam PBMKM.. So, here we are..

Class of 2009:

FIST
i - Mohd Fairuz Sariz B. Zainun - Bac. IT (H) Ai
ii - Wan Mohd Afham B. Wan Aziz - Bac. IT (H) Software Engineering
iii - Mohd Rizaidi B. Mohd Din - Bac. IT (H) Software Engineering
iv - Noor Fariha Bt. Mohd Marzuki - Bac. IT (H) Business Information System
v - Siti Nur Syuhadah Mustafa - Bac. IT (H) Business Information System
vi - Nurul Aslah Bt. Mohd Anuar - Bac. IT (H) Security Technology
vii - Mohammad Amir Azizi B. Mohd Naser - Bac. IT (H) Data Communication

FBL
i - Nor Hasmanto B. Abu Hassan - Bac. BA (H) Marketing Managemant
ii - Norhaizum Sahril - BAc. BA (H) Human Resource Management


Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat.. insya-Allah





Tuesday, August 4, 2009

Bila Kacang Lupakan Kulit

BILA KACANG LUPAKAN KULIT (Mingguan Malaysia 2 Ogos 2009)

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Saya dikecam hebat, apabila salah satu laman blog menyiarkan semula artikel saya minggu lalu dalam Mingguan Malaysia, bertajuk ‘Nasib Melayu di Bumi Melayu’. Saya dituduhkan sebagai penulis upahan UMNO, lupa asal usul diri, lebih Melayu daripada Melayu, Cina tidak sedar diri, rasis dan berbagai kecaman dilemparkan oleh golongan ultra kiasu ini. Saya mengucapkan terima kasih atas yang respon yang telah disampaikan. Saya tidak berhasrat untuk memberikan respon, kerana saya malas melayan idea-idea picisan yang menyerang peribadi dan tidak langsung menampakkan bahawa mereka ini seorang yang profesional. Orang sebegini tidak selayaknya untuk dilayan, biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. Lagipun saya tidak pasti sama ada mereka faham atau tidak, artikel yang saya tulis dalam bahasa Melayu, atau mungkin juga mereka lebih memahami bahasa Inggeris atau bahasa ibunda, daripada memahami bahasa kebangsaan itu sendiri sehingga mereka tidak faham apa yang saya maksudkan.

Begitu juga dengan akhbar Cina, China Press dan Nanyang Siang Pau berniat jahat dengan secara sengaja memaparkan sebahagian kecil artikel saya berkaitan Beng Hock, mengenai anak luar nikah yang dikandung oleh teman wanitanya. Sedangkan simpati dan pembelaan saya terhadap mendiang tidak disiarkan langsung. Ini menunjukkan betapa rasisnya akhbar Cina. Saya dituntut oleh keluarga mendiang untuk meminta maaf. Terus terang, saya tidak perlu meminta maaf kerana saya berkata yang benar. Bersekedudukan sebelum nikah adalah haram di sisi agama apa sekalipun. Kenapa agama Islam sahaja yang dipersoalkan, adakah agama lain menghalalkan perbuatan sedemikian. Sebelum memeluk Islam, saya dahulunya pernah menganut agama Buddha dan Kristian. Kedua-dua agama ini mengharamkan sama sekali bersekedudukan sebelum nikah. Persoalan sama ada mereka yang melakukan perbuatan sedemikian akan bertanggungjawab atau tidak, itu tidak berbangkit. Apakah kita mahu menghalalkan perkara ini sehingga menjadi budaya masyarakat kita? Apakah kita mahu ia turut berlaku kepada anak atau adik-beradik kita?

Justeru, bila saya menulis, saya selalu meletakkan diri saya sebagai rakyat Malaysia atau bangsa Malaysia, bukannya orang Cina. Ini bertujuan supaya pandangan saya tidak berat sebelah atau bias. Jika orang Islam melakukan kesalahan saya akan tegur, begitu juga yang lain. Adakah kerana hanya saya berbangsa Cina, maka saya patut selindungkan sesuatu keburukan yang berlaku pada bangsa saya? Sudah tentu tidak kerana saya perlu berkata benar. Jika orang Cina baik, saya akan puji sebab itu kenyataan. Begitulah sebaliknya, jika ada kelemahan, kita terpaksa terima walaupun pahit.

Pada saya, hujah yang dikemukakan mesti dibalas dengan hujah berasaskan fakta dan ilmu, bukan menyerangkan peribadi. Untuk makluman semua, saya mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang politik dan kerajaan. Tajuk tesis saya berkaitan dengan ‘persepsi orang Cina terhadap gerakan politik UMNO’. Hujah yang saya lontar itu adalah datang daripada dapatan sebahagian kecil kajian yang dibuat terhadap politik silang budaya kedua kaum ini secara kuantitatif dan kualitatif. Apakah saya tidak layak untuk memperjelaskan isu ini? Apakah yang berkokok itu pernah membuat kajian atau sekadar emosi yang menghantui diri sehingga tidak sedar diri?

Itupun nasib baik saya tidak rekod-rekod yang buruk sebelum ini seperti ahli politik dan penulis yang lain. Jika tidak, semua peribadi buruk akan diungkit dan digunakan sebagai senjata untuk mengecam saya. Inilah budaya perkauman dan budaya ‘pandir’ yang telah dicanangkan sejak sekian lama, terutama apabila kerajaan gagal mendidik mereka memahami sejarah sehingga menjadi manusia yang tidak mengenang budi ini. Malah mereka menjadi semakin ultra kiasu dan tidak mahu menerima hakikat yang sebenar.

Saya hanya cuba mengatakan yang benar. Saya tidak mendapat satu sen daripada UMNO apabila artikel tersebut disiarkan. Begitu jua saya tidak mendapat satu sen pun wang zakat setelah 24 tahun memeluk Islam. Saya tidak ada banglo mewah, kereta mewah dan lain-lain kemewahan. Saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang ada, hidup sebagai rakyat biasa. Malangnya, bila ada komen saya menyebelahi kerajaan/UMNO saya akan dituduh bermacam-macam. Bila idea saya menyebelahi pembangkang, saya akan dipuji melambung. Saya bukanlah dalam kategori yang mudah lupa diri bila dipuji. Saya sentiasa memuhasabah diri apabila dikeji. Sifat ini perlu ada pada semua manusia.

Saya menulis atas kebenaran. Saya adalah kalangan orang Cina yang celik sejarah dan celik perlembagaan. Saya tahu asal usul saya. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang saya tulis sama ada di dunia mahupun di akhirat. Saya tidak fikir tulisan sedemikian rupa akan menyebabkan Allah SWT mencampakkan saya ke dalam neraka, berbanding mereka yang selalu mengumpat dan menyerang peribadi orang tidak sudah-sudah.

Saya menulis apa yang benar, apa yang salah. Saya tidak menuding jari terhadap siapa yang benar atau siapa yang salah. Saya tidak ada masalah untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja untuk berhujah secara ilmiah dan akademik, bukan berasaskan sentimen, politik sempit dan jumud. Janganlah jadi pengecut, melepaskan geram yang menampakkan kebodohan diri sendiri. Janganlah terlampau ultra kiasu kepada kaum sendiri. Tindakan ekstrem tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Malah akan mengusutkan lagi sesuatu yang telah kusut.

Terus terang saya katakan, setelah membanding Malaysia dengan negara-negara lain di dunia, ternyata Malaysia adalah sebuah lain dari yang lain. Amat unik dan toleransinya amat tinggi, terutama kalangan orang Melayu. Selaku rakyat berbangsa Cina, saya amat berasa bertuah hidup di bumi bertuah ini. Orang Cina (juga India) bernasib baik kerana kerajaan Malaysia sejak sebelum dan selepas merdeka, tidak banyak berusaha sama sekali mengasimilasikan mereka walaupun kerajaan berhak melakukannya terhadap mereka yang berhijrah. Mereka adalah seperti orang Cina seadanya seperti mereka di negeri China. Bersekolah, berbudaya, bertutur dan semua cara hidup berasaskan keCinaan (atau keIndiaan). Mana ada negara di dunia seperti ini?

Berbanding dengan negara lain, seperti Thailand dan Indonesia serta lain-lain negara dunia, mereka yang berhijrah mesti diasimilasikan dahulu sebelum menjadi warga negara di sana. Kita lihat di Thailand, pada tahun 1930an semua identiti kaum Cina dihapuskan termasuk meroboh semua sekolah Cina. Hari ini, orang Cina di Thailand sudah tidak seperti orang Cina. Mereka telah diasimilasikan menjadi orang Thai (Siam). Tidak ada beza antara orang Thai dan orang Cina. Cina yang sudah tidak ada semangat Cina. Malah mereka tidak ada keinginan langsung untuk pergi ke negeri China. Begitu juga di Indonesia. Banyak lagi contoh lain yang boleh saya ketengahkan. Ini yang menjadikan saya sedar diri dan bersyukur.

Berbeza dengan di Malaysia, sudahlah namanya bertukar daripada Tanah Melayu kepada Malaysia, keadaan masih tidak banyak berubah. Orang Cina tetap dengan kecinaannya. Lebih menyedihkan ada di kalangan mereka (ramai) tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Mereka langsung tidak mahu diasimilasikan. Mereka tidak mahu ambil tahu langsung tentang adat budaya Melayu. Malah, mereka malu berbahasa Melayu sebab mereka memandang rendah pada orang Melayu. Istilah-istilah yang digunakan terhadap orang Melayupun istilah-istilah menghina yang tidak perlu saya tulis di sini, kerana sebagai orang Cina saya tahu apa yang berlaku. Justeru, dapatan kajian saya tidak mengejut, orang Cina akan berjuang habis-habisan sebarang percubaan untuk mengasimilasikan mereka dan percubaan untuk menyeragamkan sistem pendidikan kepada satu sekolah. Pendek kata, hidup mati orang Cina adalah dengan sekolah Cina dan semangat keCinaan mereka.

Saya merasa bersyukur kerana dilahirkan di kampung Melayu, tetapi dibesarkan dalam keluarga yang begitu kuat berpegang kepada tradisi Cina. Alhamdulillah, saya dapat memahami orang Melayu dengan lebih mendalam melalui pergaulan. Begitu juga dengan sahabat-sahabat saya yang lain. Saya tahu sensitiviti orang Melayu dan cara hidup Melayu. Latar belakang sebegini, tidak semestinya menjadikan saya orang Melayu, kerana saya adalah orang Cina yang dijadikan Allah SWT, darahnya tetap darah Cina. Jika saya ditakdir lahir di kawasan orang Cina, saya fikir saya tidak banyak berubah, sebab saya celik sejarah, celik perlembagaan serta sedar diri. Pokoknya, kita mesti sedar diri dan memahami sejarah negara.

Sejarah Malaysia adalah berakarkan kepada sejarah Melayu. Malaysia tidak boleh dipisahkan dengan bangsa Melayu. Sejarah inilah yang tidak dapat dipisahkan juga dengan istilah ketuanan Islam dan ketuanan Melayu. Saya bukanlah menyokong ketuanan Melayu. Tetapi jika istilah ini digunakan untuk menunjukkan bahawa penduduk Melayu adalah pribumi asal, pada saya ia tidak salah sepertimana yang pernah ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ketuanan Melayu bukanlah merujuk kepada hubungan antara ‘tuan’ dan ‘hamba’. Saya tidak fikir istilah ketuanan Melayu akan digunakan jika sekiranya nama Malaysia kekal seperti nama asalnya dahulu iaitu Tanah Melayu. Nama Malaysia tidak menampakkan identiti Melayu. Dengan sebab itu, istilah ketuanan Melayu digunakan. Justeru, tidak salah penggunaan istilah ini jika dengan maksud dan tujuan yang baik dan bukan menghina bangsa lain.

Pada hemat saya, jika istilah ketuanan Melayu hanya digunakan untuk merujuk kepada sejarah Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa Melayu dan Islam yang termaktub dalam perlembagaan dan sebagainya berkaitan dengan Melayu, saya fikir itu tidak salah. Identiti ini sekadar hendak menunjukkan bahawa inilah keadaan Malaysia yang sebenar, sebelum dan selepas merdeka. Apa yang penting perlaksanaan dasar mesti tidak mendiskriminasikan semua kaum yang ada di negara ini. Jika ada pun diskriminasi atau ketidakadilan yang berlaku, yang patut dipersalahkan mereka yang melaksanakan dasar, bukannya menolak sesuatu dasar yang telah dipersetujui bersama. Adakah saya rasis apabila memperkatakan perkara ini?

Saya masih teringat apabila Teresa Kok dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor, perkara pertama yang beliau ucapkan adalah idea untuk mewujudkan sebuah bandar Cina di mana di situ ada kawasan perindustrian Cina dan institusi pengajian Cina untuk menarik pelabur-pelabur daripada negara China. Adakah idea ini tidak rasis? Adakah saya yang membangkitkan isu ini rasis? Bila saya membela Cina tidak rasis, bila mana saya membela Melayu dan Islam, saya dituduh rasis. Jangan jadi gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak begitu jelas. Bila isu menyebelahi Cina atau India, kita senyap. Bila isu menyebelahi Melayu, bagaikan nak runtuh satu Malaysia? Adakah politik sebegini tidak rasis? Saya harap kita jangan bertindak seperti kacang lupakan kulit.

Tolak ansur yang berjalan selama ini tidak ada tolok bandingnya. Saya masih tidak lupa, ketika segelintir pertubuhan Cina mahu mendirikan tugu Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau Malayan People’s Anti- Japanese Army (MPAJA) di Taman Peringatan Nilai, sebagai memperingati pejuang-pejuang Cina yang gugur menentang Jepun ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945. Tugu tersebut telah didirikan atas alasan memperingati mereka yang telah terkorban mempertahankan kemerdekaan Tanah Melayu. Fakta ini salah dan menyeleweng.

Ketika tugu ini sedang didirikan, beberapa pertubuhan Melayu dan juga bukan Melayu yang memahami sejarah (lihat artikel saya dalam Utusan Malaysia 26.12.2006), mahukan fakta sejarah tersebut diperbetulkan dan tugu tersebut tidak dibina. Mereka bukan pejuang kemerdekaan tetapi mereka bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun.

Ini disebabkan oleh sejarah politik/perang/permusuhan antara Jepun-China pada tahun 1894, 1895 dan 1937. Jepun dan China saling berperang dan berdendam antara satu sama lain. Penentangan Cina terhadap Jepun dan penganiayaan Jepun terhadap orang Cina, lebih kepada isu membalas dendam bukannya perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. MPAJA adalah alat PKM. Justeru, kita lihat apabila Jepun meninggalkan Tanah Melayu, PKM mempunyai cita-cita tinggi untuk memerintah Tanah Melayu. Pada masa sama sebelum itu, MPAJA diperalatkan British untuk menentang Jepun. Dalam hal ini, tidak timbul langsung isu MPAJA memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Jikapun benar, kenapa MPAJA tidak menentang Malayan Union yang diperkenalkan British selepas Jepun menyerah kalah?

Malangnya, hari ini tugu MPAJA telah berdiri megah di Taman Peringatan Nilai, dan menjadi pusat penyembahan. Apakah saya membangkitkan isu ini bermakna saya rasis. Adakah yang membina tugu itu tidak rasis?

Adakah kewujudan bandar Cina atau China Town di setiap bandar itu tidak rasis. Pernahkah kita dengar ada Malay Town di negara bertuah ini. Atau terdapatkah universiti kepunyaan UMNO di negara ini? Tetapi kita ada Kolej/Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA), Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan), Kolej New Era (Dong Jiao Zong), Asian Institute of Medical Science and Technology (AIMST-MIC) dan bermacam-macam lagi institusi berasaskan kaum. Adakah ia tidak rasis? Siapakah sebenarnya yang rasis? Cuba kaji berapa banyak peruntukan yang diberi oleh kerajaan terhadap universiti kepunyaan MCA, Gerakan dan MIC ini?

Ini tidak termasuk nama-nama jalan yang ingin diubah kepada nama individu tertentu dan menggunakan nama jalan pelbagai bahasa atas alasan agar pelancong dapat tahu nama-nama jalan tersebut. Perlukah kita mengajar pelancong ini dengan bahasa mereka sendiri. Bukankah pelancong datang ke sini untuk memahami budaya dan bahasa rasmi di sini. Bukankah kita ada satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan yang boleh difahami oleh semua kaum, yang perlu didaulatkan. Adakah ini tidak rasis?

Ke manakah kita nak bawa negara Malaysia? Apakah akar Melayu perlu dibuang langsung. Pada hemat, apapun yang berlaku kita perlu menghormati orang Melayu selaku penduduk asal di negara ini dari segi sejarah. Manakala orang Melayu juga perlu menghormati orang bukan Melayu. Pendek kata, kita perlu saling hormat-menghormati perlembagaan yang telah dipersetujui secara bersama, walaupun ia nampak lebih menyebelahi orang Melayu. Tetapi hak kita sebagai bukan Melayu tidak diabaikan.

Saya bangkitkan isu kuil dan rumah ibadat kerana itulah hakikat yang sebenar. Saya tidak fikir semua rumah ibadat dibina sendiri, menggunakan wang sendiri mereka. Kebanyakan rumah ibadat kaum-kaum lain dibina di atas tanah kerajaan. Bukan Melayu tidak boleh membandingkan agama mereka dengan Islam, kerana terdapat peruntukan istimewa kedudukan Islam dalam perlembagaan. Perkara ini telah dipersetujui secara bersama ketika perlembagaan digubal. Justeru, keistimewaan agama Islam perlu dihormati. Sudah pasti dalam hal ini hak bukan Islam tidak terabai kerana Islam menghormati hak agama-agama lain.

Begitu juga dengan DEB. Ia tidak boleh dilihat dari perspektif negatif semata-mata. Berapa ramai orang bukan Melayu mendapat habuan daripada kejayaan orang Melayu dalam DEB? Sila baca buku yang ditulis oleh Tan Teong Jin, Ho Wah Foon dan Tan Joo Lan dalam bukunya the Chinese Malaysian Contribution. Mereka melihat bagaimana orang Cina mendapat habuan apabila orang Melayu turut berjaya. Jika orang Melayu berjaya melalui DEB, sebahagian besar pengeluar adalah orang Cina. Ini bermakna, bila orang Melayu berjaya, orang Cina dapat percikan dan kejayaan sama. Adakah kejayaan Cina disebabkan usaha mereka semata-mata. Jawabannya tidak, banyak faktor yang menyumbang seperti dasar-dasar kerajaan, kejayaan DEB dan sebagainya. Janganlah anggap apa yang kita ada hari ini semata-mata kerana usaha kita sendiri tanpa melihat bagaimana kejayaan itu dicapai.

Dengan sebab itu, sebelum kenyataan dihamburkan, mereka mesti mengetahui asal-usul sejarah Malaysia terlebih dahulu. Bagaimana Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia. Bagaimana identiti sesebuah negara tercabut disebabkan oleh tolak ansur meraikan semua pihak. Sedangkan kita tahu bahawa Tanah Melayu, boleh terus kekalkan menjadi nama Tanah Melayu. Begitu juga di Singapura, boleh terus kekal menjadi salah sebuah negara Melayu di kepulauan Melayu. Kenapakah sebuah negara Melayu boleh terlepas menjadi negara Cina di kepulauan Melayu. Pernahkah kita terfikir betapa beruntungnya nasib kita berada di sini.

Kita perlu ingat, bermasyarakat majmuk bukan berlaku secara semulajadi. Tidak ada satu negara di dunia bermula dengan masyarakat majmuk. Semua negara bermula dengan satu bangsa. Nama bangsa tersebut, biasanya akan menjadi nama sesebuah negara itu. Misalnya, Melayu – Tanah Melayu, Cina – China, India – India, Siam – Siam (Thai), Vietnam – Vietnam, Arab – negara-negara Arab, barat – negara-negara kulit putih dan sebagainya. Kemajmukan sesebuah negara berlaku disebabkan oleh penghijrahan. Justeru, kaji sejarah ini. Kenapa ia boleh berlaku sedemikian rupa? Setelah dikaji, bandingkan, siapakah atau negara manakah yang lebih bernasib baik? Orang Melayu tidak ada lagi tempat dituju melainkan di negara-negara kepulauan mereka sendiri. Sedangkan orang lain mungkin ada tempat yang hendak dituju.

Bandingkan juga dengan Singapura. Sebuah negara Melayu yang telah jatuh kepada orang majoriti Cina. Adakah nasib Melayu terbela? Adakah kerajaan Singapura mempercayai orang Melayu? Berapa ramai orang Melayu dilantik menjadi menteri dan jawatan-jawatan tinggi dalam tentera, polis, imigresen dan lain-lain? Kerajaan Singapura lebih mempercayai orang India yang majoritinya lebih kecil daripada Melayu? Orang Melayu merempat di bumi sendiri. Adakah kita mahu ia berlaku di Malaysia?

Dalam isu Beng Hock, saya sudah terus terang mengatakan bahawa kematian beliau perlu dibela. Cuma, saya timbulkan janganlah kita mengeluarkan pandangan-pandangan yang boleh mengguris hati orang lain. Orang Melayu tidak hanya ada dalam PKR dan PAS sahaja, Melayu juga dalam UMNO, parti-parti lain dan ada yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Adakah kerana kita berada dalam Pakatan, bermakna kita hanya perlu menjaga hati bukan Melayu dalam PR sahaja. Bagaimana dengan yang lain? Saya mengaitkan isu Beng Hock dengan agama, kerana kita adalah masyarakat yang beragama. Mana ada satupun agama yang membenarkan hubungan seks sebelum berkahwin. Jika adalah orang Islam yang terlibat dalam seks bebas sebelum berkahwin, itu adalah salah individu. Jangan pula agama disalahkan. Agama itu terlalu suci. Kalau tidak faham agama sendiri, belajarlah, jangan jadi jahil. Bila saya bercakap seumpama ini saya dituduh tali barut UMNO.

Apakah UMNO terlalu buruk? Apakah UMNO tidak ada jasa langsung terhadap orang Cina atau Melayu yang lain? Adakah kejayaan orang Cina ini hari berlaku dengan secara semulajadi? Apakah UMNO itu terlalu buruk sehingga kepentingan kaum lain dinafikan sama sekali? Memang tidak dinafikan bahawa UMNO ada kelemahan, kerana UMNO itu ditadbirkan oleh manusia. Jika ada penyelewengan dan korupsi dalam UMNO, itu adalah segelintir individu, masih ramai orang UMNO yang baik-baik yang masih boleh dijadikan kawan dan didakwahkan. Adakah kita terlampau baik sehingga tidak boleh ditegur? Janganlah seperti kacang lupakan kulit.

Nasib Melayu di bumi Melayu

p/s: as post in Dr. Ridhuantee Blogspot. Saya merasakn artikel ini bagus untuk dikongsi bersama-sama.. mungkin ada yang terlepas.

Nasib Melayu di bumi Melayu

Oleh
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan suruhanjaya bebas diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock. Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini. Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini. Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina MCA, Gerakan (BN) dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan. Saya tidak nafikan ada yang tidak kena dengan cara SPRM mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan yang lebih ekstrim mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang bakal lahir yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock ‘dibinkan’ atau diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah ketua wanita MCA bahawa betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukareala) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini?

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfucius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan ketua wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan bersekedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah. Saya masih tidak faham kenapa hari ini, terlalu ramai di kalangan kita suka menjadikan wanita sebagai mangsa dengan melakukan hubungan seks (sehingga mengandung) sebelum dinikahkan? Ajaran agama manakah yang membenarkan hubungan haram ini? Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrim. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami. Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebalik. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1988. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah? Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan parti PAS dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Kes yang hampir sama berlaku, saya masih teringat pada November 2005, kononnya tahanan warga Cina telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambar-gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar-akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat saya, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat dari kejadian tersebut. Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrim MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga Cina tetapi seorang gadis Melayu.

Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina. Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikan dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita? Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum.

Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi. Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam. Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibarat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau. Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uigur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini? Hanya kerana orang Cina itu beragama ISLAM, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat seperti cacing kepanasan.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu Murtad (Lina Joey), berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad. Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad. Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrim ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah. Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit. Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntung sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, UPNM (email: mrtee@upnm.edu.my)
Disiarkan: Utusan Malaysia, 26 Julai 2009

Tuesday, July 28, 2009

- will i fall in love .. with GSTT -


Picture taking last week on "Perkhemahan Unit Beruniform SK Jenalik"

I was thinking, before going back from school today, looking at the corridor in front of "bilik guru" i see a bunch of kid in school uniform running happily to go back home while their parents waiting at the school canteen,.. will i fall in love with this job?

I need to be honest, even though this is not my first real paid job that I've done, most of the job i did before were just for a part time before i went continue my study. But now since graduation convo is just in two week for me study time are really meant to be ending. Maybe i will thinking about continue my study in a decade time. But, the feeling that i fell in just a month been here at this very urban school make me skeptic of what i was planning in my mind. Ya, indeed i got the call for PTD examination on coming 8 august, that will be a start to my dream career.

Back to my question, truthfully before this i not really kind of person that invoked with child. What i mean is "tak pandai nak bergaul dgn budak2". somethime just feel annoy with their acting, yaa because they are kind, what to aspect. So after been in the school for a month i'm kind of adjusting that and now i can say that i love them. eheehe, i love they way they respond, they way they acting, even though few of them are not really normal. I say they not really normal because I'm "Pendidikan Khas" teacher. Pendidikan Khas means a special education for OKU that have a problem in several disease like Autism and Sindron Down. While other are having problem in normal learning which we call slow learner. Now we teach them A, B, C. several hours after they forget it already.

The school were also good, all the teacher are really nice and helping each other. Even though the school were quite creepy and haunted, real ghost ok, not a fake one, most of the teacher and school staff experienced it, but not lucky me.. yet. Come to school at 7.20am and going back at 1.15pm. Here a simple schedule of mine:

7.20am - arrived at school (approximately around 20 minute driving from house)

7.40am - class started ( in morning only have two classes either wawasan 5 for mathematic or wawasan 4 for english, and its only for monday, tuesday and thursday)

10.10am - break time

11.30am - monday = wawasan 3 (kemahiran hidup)
..
- tuesday = wawasan 1 (pengurusan diri)

12.30pm - Kids going back
1.10pm - Teacher going back


after suffering 4 years in study learning something that i maybe will not use, i found this all really suit with me.

p/s: but i still wanting for a bigger chance in my life.. which is.?



Sunday, July 19, 2009

- HDR Pic for Molly -


Sorry la molly, gambar tak byk edit lg. busy sket gi tgk Man Utd mggu nih, nnt ade perkhemahan sekolah, tp gambar for your album abg man yang akan buatkan. so yg ni, just trial editing k. yang lain bleh try check my fotopages,..





Thursday, July 16, 2009

- A week in a life of Guru -

Assalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera.

Pas menang di Manik Urai, tapi majoriti undi jatuh teruk tu, dari seribu lebih tinggal 65 je. ehh, nak cakap pasal politik ker, cam malas je. Ade offer jadi Pegawai JASA Parlimen, tapi nak tunggu konvo dulu. Boleh lah try kot, kontrak 2 tahun.

Buat mase sekarang, kene berkhidmat sbg guru pendidikan khas. nilah murid saye.

Yang ni cikgu nyer.

Btw, weekend ni bleh gi KL for Man Utd vs Malaysia, tiket yang dah dibeli 3 bulan yang lepas akhirnye boleh digunakan. orite..


Wednesday, July 8, 2009

- PPSMI Akhirnya dimansuh.. -

Akhirnya PPSMI dimansuh perlaksanaanya sehingga 2012. Berikut adalah kenyataan akhbar oleh Tim. Perdana Menteri:

PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.

- Utusan - http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm


Sememangnya dasar ini menjadi pertikaian ramai pihak samada dari warga pendidik, ibu bapa, masayarakat umum, penggiat bahasa, dan juga politik. Bagi saya sebagai warga pendidik (ceeei,, baru seminggu je) sememangnya banyak pro dan kons terhadap perlaksanaan dasar ini. Ada yang menyokong atas dasar ilmu dan kebaikan ganerasi masa depan untuk menuntut pelajaran, dan ada juga yang tidak bersetuju keranan risau akan berlakunya keciciran kepada pelajar-pelajar terutama yang berada diluar bandar, ada yang tidak kisah kerana belum mempunyai anak dan ada juga yang sangat kisah kerana takut bahasa melayu akan menjadi bahasa kedua didalam pelajaran di negara ini.

Jurang perbezaan yang besar di antara pelajar luar bandar dan pelajar di bandar. Sememangnya tidak semua pelajar yang pandai itu datang dr bandar, sy pn orang kampung. pandai la jugak rasenye.. tetapi secara statistik adalah jelas perbezaan geografi ini masih memainkan peranan di dalam pencapai pelajar sekolah di Malaysia. Kebanyakan gugu-guru yang mengajar matapelajaran ini sendiri mengakui mereka tidak mampu untuk melaksanakan pengajaran di dalam bahasa inggeris kerana mereka tidak dilatih ataupun telah lama mengajar di dalam bahasa melayu. Sedangkan ambilan guru lepasan maktab yang telah di latih untuk mengajar melalui kaedah PPSMI ini sendiri masih belum grad atau kluar dari maktab. Jadi sebaiknya dasar ini ditangguh sehingga guru-guru yang dilatih sepenuhnya untuk mengajar didalam bahasa inggeris ini keluar dan di"posting" di sekolah-sekolah ini.

Perlaksanaan secara berperingkat ini juga adalah lebih daik daripada dasar ini dilaksanakan secara total. Saya akui sewaktu mengajar matematik kepada pelajar-pelajar darjah enam juga mengakui apabila ditanya adakah mereka tidak tahu untuk menyelesaikan soalan atau tidak faham langsung kehendak soalan kerana soalan di dalam bahasa inggeris. jawapan mereka, kerana bahasa inggeris. adakah semata-mata hanya untuk menunjukkan rekod kononnya pencapaian pelajar-pelajar ini adalah baik didalam b.inggeris maka graf lulus ataupun grad gred peperiksaan terpaksan diturunkan.

Walaubagaimanapun, saya tetap menyokong Dasar PPSMI ini dilaksanakan pada masa hadapan. Sehingga guru-guru yang benar-benar terlatih dan sukatan-sukatan pelajaran yang betul-betul selaras dengan dasar ini di gubal dan diterapkan, adalah lebih baik ia di tangguhkan untuk sementara. At least takde la jadi modal politik kosong lg.. tah ape ape je..

p/s: Bukan senang jadi guru ni, dah cuba baru sedar. Nak sediakan bahan pengajaran, siapkan buku rancangan pengajaran, kene pulak nak ajar budak-budak pendidikan khas, mmg mencabar.. Aktiviti pihak sekolah lg, akhir bulan ni ade perkhemahan unit beruniform, lepas raya nak bawak budak2 pend. khas pegi lawatan ke KL. ahaa, seronok la budak2 nih, 12 tahun tinggal dalam kampung tak penah keluar2.. tahun lepas bawak pegi penang pun cikgu lame diorg bgtau semue yang nakal-nakal ni jadi baik diam semuanya.. haha,, baru bukak mate la tu..



Sunday, July 5, 2009

- Guru Sandaran Tak Terlatih -

Assalamualaikum w.b.k

Dah dapat kerje, as GSTT or Guru sandaran tak terlatih. dapat gred gaji skim diploma. ok laa, sementara menunggu konvo on 10/8 nih, dan klu ade rezeki exam utk PTD will be on 8/8 jugak. harap2 dapat masuk ujian nih. nak sgt jadi PTD, klu tak dpt takpe la. atleast GSTT ni bleh disambung jugak nnt.

BTW about my new school, mostly klu sy bgtau Sek. Keb. Jenalik not many people will remember this school, except if i mentioned about the Al Maaunah Story almost 11 years ago then people will ingat this sekolah. Yup, sekolah itulah, yang jadi kubu Al Maaunah selepas curi senjata dr kem tentera dr Grik dulu. last2 berkubu di bukit belakang sekolah tu. Tapi skrang dh takde ape la, ade dusun durian lg ade.

Mengajar pn bdk2 pendidikan khas. bg yang tak tau ape tu pendidikan khas, special education ni adalah utk2 bdk2 special jugak. haha, so figure out la sendiri camne dieog nih. nnt klu ade mase sy attach pic, and experienced sket. Almaklumlah baru 3 hari lapor diri..