Tuesday, April 28, 2009

- Tulisan Bangsa Yang Hilang.. -



Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu adalah Bahasa Malaysia. Untuk lulus SPM kenalah lulus Bahasa Melayu, kalau tidak lulus maka gagalah ujian paling penting didalam sistem persekolahan Malaysia. Saya tidak mahu mengulas isu bahasa kerana beberapa ketika sebelum ini semasa isu PPSMI hangat di debatkan sehingga menjadi modal politik sesetengah pihak. Tetapi apa yang saya ingin utarakan adalah tulisan asal bahasa melayu iaitu tulisan Jawi.

Di Universiti, majoriti di semua universiti, subjek tambahan seperti Bahasa adalah wajib untuk di ambil. Ramai rakan-rakan yang mengambil subjek bahasa sebagai subjek tambahan seperti Arabic, Mandarin, Japanese, dan France. Sememangnya ini adalah satu nilai tambah (added value) yang baik kepada pelajar. Saya tidak mengatakan ianya salah cuma terdetik di fikiran saya ada sesuatu yang hilang di antara semua bahasa yang di ajar, iaitu Bahasa Melayu didalam tulisan Jawi.

Sejujurnya saya sendiri merasakan kekurangan didalam memahami tulisan jawi. Bukan kerana tidak pernah belajar tetapi mungkin kerana kurang asas belajar. Seingat saya, tahun terakhir saya belajar tulisan Jawi adalah semasa di sekolah agama di waktu petang selepas sesi persekolahan sekolah rendah. Itupun hanya sehingga darjah enam sahaja. Tolak tambah, 2009 - 1996 sudah hampir 13 tahun saya tidak belajar menggunakan tulisan jawi.

Tulisan Jawi berkait rapat dengan penyebaran agama Islam semasa zaman kesultanan Melayu 500 tahun dahulu. Sewaktu agama Islam tersebar dengan luas di kepulauan Melayu, tulisan Jawi menjadi perantara untuk terjemahan kitab-kitab agama dan ilmu untuk menjadi rujukan. Tulisan Jawi juga menjadi asas untuk belajar membaca Al-Quran. Persamaan huruf dan sebutan menjadikan penguasaan orang melayu untuk mebaca Al-Quran menjadi lebih baik.

Namun pada masa sekarang ianya tidak lagi. Banyak faktor yang mempengaruhi, tulisan rumi lebih difahami diperingkat antarabangsa, kesan penjajahan di negara kita, keperluan untuk menterjemah bahasa latin atau mungkin juga kerana kita sendiri merasakan tulisan jawi sudah ketinggalan. Saya bukan pengkaji bahasa, jadi saya tidak pandai menghuraikannya dengan fakta dan ilmu. Hanya sekadar apa yang saya terfikirkan.

Satu kes yang terjadi tidak lama dahulu apabila seorang ahli parlimen DAP, Tarese Kok yang mempertikaikan penggunaan tulisn Jawi di papan tanda yang terdapat di Kuala Lumpur. Ini adalah sebab kejahilan beliau yang tidak tahu bahasa asal bahasa Melayu adalah Tulisan Jawi, atau mungkin itu hanya permainan politik beliau.


Mungkin saya boleh mencari lebih banyak malumat, artikel ini pun saya tulis di perpustakaan universiti selepas melihat seorang rakan yang sedang sibuk menulis tugasan tulisan mandarin sebagai subjek tambahan beliau. Artikel ini pun dalam tulisan rumi, tak pandai nak tulis dalam Jawi jugak.. hmmm.,

Monday, April 27, 2009

- Encore -

I went to Encore Show just now. Presented by MMUSIC Society, tribute to the first charity concert that have been held last year. Even though it was held only at clcr A2 (for those at mmu melaka surely will know) but it was good enough following the crowd that attend. Well, i also brougth the ticket on last minute before the show, did not plan to go, but since that most of the comity are my friends and they invite, why not. Its my last month also in here.
Azhan and Friends

Coming a bit late, and i miss the first performance. When i enter Azhan n Friends already perform. Azhan are my classmate in networking class last two year. Follow by a hip hop singer call Caprice. Me exactly don't know these guys, i come only to see azhan and Flop Poppy. The next band called Pleague of Happiness, a ska band just playing a loud sound of music and jumping around. So weird for me, i don't understand a bit what they sing. Next a band called Moody of Mind, they guitarist, Jep my friends on football team. Caprice

After that a group of singer perform. First a black guy called U.B sing Celion Dion, my heart will go on. Its a bit funny, but he sing it well. U.B sing with lyrics on his hand. lol

Then, one female singer name Ana Raffali sing. She sing a bit country song with a Cello (thanks ill =).. Nice. Ana Rafalli

Then the main show, Flop Poppy come to take the stage. Even only two member are performing unplugged, its still enjoyable. Since that they playing most of their hist song, most crowd sing along with it. First song are Aku dan Kamu, followed by Atas Nama Cinta, Rest of My Life, and Cinta.

Sunday, April 26, 2009

- belahan samudera pulau tinggi.. -

Banyak respond yg saya terima dari rakan-rakan dan juga ahli delegasi yang bersama saya ke pulau tinggi menggambarkan keseronokan dan kegembiraan kami semasa berada di sana. Sememangnya program ini memberikan keseronokan kepada semua ahli, namun saya merasakan lebih baik sekiranya saya dapat berkongsi sedikit pemahaman dan pengertian yang lebih positif kesan semasa dan selepas program ini.

Sepanjang berada disana, tiada kekurangan yang saya rase samada dari segi infrastruktur, kemudahan asas, informasi, dan juga konseptual pemikiran masyarakat di sana. Perkara ini sememangnya menjadi perhatian saya sebelum pergi kesana, walaupun telah dibekalkan dengan beberapa keping gambar hasil dari tinjauan ahli deligasi yang melawat pulau ini sebelum itu, namun saya tetap merasakan kemungkinan kami akan menghadapi masalah dari segi logistik atau keselesaan.

Namun sangkaan saya nyata melesat dan gambaran awal yang saya dapati apabila pertama kali menjejakkan kaki ke pulau ini sangat berbeza. Walaupun tiada jalan raya atau kemudahan awam yang biasa kita lihat di tanah besar, namun pemandangan indah serta landskap semula jadi yang terbentang cukup mengasyikkan.

Dari segi populasi penduduk serta polarasi usia mereka cukup menggarbarkan akan berlakunya tirisan kepada keseimbangan penduduk di situ. Ini kerana ramai anak muda pulau yang telah berhijrah ke tanah besar atau ada yang masih menyambung pelajaran di sekolah menengah di bandar mersing. Walaupun begitu semangat dahagakan ilmu yang ditunjukkan oleh kanak-kanak yang bersekolah di pulau ini sememangnya hebat. Ini kerana sepanjang 3 hari kami disana, mereka sentiasa berada di kawasan chelet tempat kami menginap dan sentiasa bersemangat untuk melakukan apa jua aktiviti yang kami pelawa. Ganerasi ini jauh dari anasir-anasir serta pengaruh dunia luar yang melalaikan, aktiviti yang seharian yang biasa dilakukan hanyalah, bermain bersama kawan-kawan di pulau atau bermain air di pantai.

Penghargaan juga patut diberikan kepada guru-guru yang mengajar di sekolah ini. Saya kurang ingat berapa jumlah guru disini namun dari perbualan rinskas bersama meraka nyata mereka tegar dalam usaha mendidik anak bangsa. Walaupun tiada harapan tinggi yang diletakkan kepada mereka untuk mencapai kecemerlangan tinggi namun usaha mereka untuk memastikan anak-anak pulau ini tidak ketinggalan dalam mendapatkan ilmu pengetahuan yang beharga demi masa depan.

To Mok juga adalah watak yang patut diberi penghargaan. Menjadi ketua kampung di pulau ini, nyata tok mok memainkan peranan yang cukup penting didalam memastikan survival penduduknya. Dengan dibantu oleh beberapa orang anak muda pulau, beliau menguruskan kapal nelayan, chelet, dan beberapa perniagaan lain.

Mungkin banyak lagi coretan yang boleh saya nukilkan di sini, namun disebabkan kekurangan saya semasa disana, saya kurang peka dengan maklumat-maklumat ini. Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur dengan rahmat dan pemberian yang tak terhingga seperti yang dapat saya siratkan semasa berada di sana. Wallahuallam bsw.

Monday, April 20, 2009

- My Time at Pulau Tinggi -


Satu hujung minggu yang indah dan paling di ingati sepanjang hidup sebagai MMU student.

Rombongan JKB bertolak seawal pukul 5.30pagi dari kampus MMU Melaka kerana mahu mengelakkan kesesakan jalanraya dan perlu tiba seawal 10 pagi di bandar Mersing. Well, its obvious that all people still sleepy and nothing much to tell except everybody ZzZzZz.. all the way to Mersing.

Tiba di Mersing pada pukul 10.15am, kami terus ke destinasi pertama di Kampung Bahagia. Disambut dengan Silat dan tarian zapin, dan juga the best nasi dagang. Kemudian kami bertolak ke Pantai Air Papan dan juga melihat pusat penetasan penyu.
Walaupun tiada penyu dalam sangkar tu, tapi dapat juga kami menanam sendiri telur penyu.


Kamudian kami tiba di jeti dan mengambil boarding pass dan terus ke Pulau Tinggi pada pukul 4pm. Feri yangkami naiki Blue Water 8 mempunyai 2 tinggkat. Selepas feri bergerak kami dibenarkan keluar dan mengambil gambar di luar. Tiba di Pulau Tinggi hampir2 pukul 6.15pm. Oo yes, its beuty are true as stated in the picture i see it before. Rase cam nak terjun je dari jeti tu sebab dari atas boleh nampak ikan2 berenang di bawah. So, boleh figure how air di sebelah jeti kapal tapi still jernih.

Malam pertama ada majlis perasmian. Noting then speech and montaj. But tomorrow is the big day. Awal2 pagi lagi kami bangun dan buat senam robik dengan penduduk kampung. Oo ye, lupe nak tulis, Kampung ni namanye Tanjung Balang, dihuni seramai hampir 80 orang, iaitu hal=mpir 15 buah keluarga. Dan satu satunya sekolah di sini, Sekolah Rendah Pulau Tinggi hanya mempunyai 18 orang murid dari darjah 1 sampai darjah 6. Ahahaa, interesting right.. dan ketua kampung namanye Tok Mok.

Lepas senam robik kami ke sekolah untuk membuat aktiviti di sana, dan mengajar komputer kepada mereka. Dah namanya MMU, so kenalah ajar komputer kan.

Lots of fun thing we did there, dan yang paling utama, murid2 yang kami jumpe mereka memang bersemangat dan gembira dengan kehadiran kami. Sebelah petang ada bengkel gubahan dan sukaneka bersama penduduk kampung.
And lots of fun that evening.


Sebelum senja, kami sempat ke pantai dan mandi di pantai dihadapan chelet Tok Mok. Dapatlah jugak merasa mandi air laut yang terbaik pernah aku mandi. hahaha, putih kot.


Malam tu ada persembahan kebudayaan, zapin, dan kami menayangkan animasi upin ipin.
Esoknya, awal2 kami telah turun ke laut untuk aktiviti Island Hooping. Ala ala pusing pulau tu dengan menggunakan bot tok mok yg bernama, "Tok Mok Happy". and yes, we all are very happy eith the trip.


Tengah hari kami membuat majlis penutup dan balik ke jeti dan terus ke jeti mersing. sebelum balik singgah di pusat keropok lekor mersing. Belilah 2 botol sos. sos je la. keropok nyer tak. Aku duk hostel nak simpan kat mane nnt..

Finally sampai di MMU around 10pm.

Wednesday, April 15, 2009

- I will Go to Pulau Tinggi.. -



Assalamualaikum w.b.k

And so i have decide to go to Pulau Tinggi. I make it because several reason:

i- Its maybe the first time and last for me to go there. Bukan selalu akan dapat program macam ni, so its one opportunity yang tak semua orang bleh dapat.

ii - Dah discuss dengan manager team, yup akan ade game weekend nih, tapi hopefully they can win the first game, and continue it on the next week. sebab tournament nih dibuat selama 2 minggu. ade groups satge la kot. At least i can play for another game.

iii- I need time to release my stress. Yaa i love beach and island. Furthermore boleh gak i'll try to forget bout "something" for a while.

iv- I got midterm exam on friday night actual. Paper for Machine Learning. But my lecturer said i can take the supplement on next week. So its should not be a problem. Hahahaa, sempat ke aku study dkt pulau tu nanti.. cam tak je. n_n

So,.. its conclude then.

Friday, April 10, 2009

- Once Upon A Time.. -

Mase balik rumah di kuala kangsar mase cuti midterm lepas, terjumpe album2 lame yang tengah dikemas. Cari-cari terjumpe plak gambar2 mase kecik2. ahaha, so i first thought nak simpan balik dalam album, tapi teringat yang dekat pc tu ade 3 in 1 printer. so ade scanner skali.

got several yang masih boleh di selamatkan..


Tahun 1990 - Ni gambar mase tgh hari sukan Tadika-tadika dun Lubuk Merbau. ahaha, i'm sit in the front. tak ingat lak menang ke tak. lawan pecah belon je pn.

.

Tgh berusaha untuk pecahkan belon tu.. akhirnya belon tu pecah lepas cikgu yang cucuk pki pin.. hahaha, its a true story k. sy still ingat yang ini.

.

Tahun 1991 rasenye kot. Mase nih ade program Bakti Siswa bdk2 USM Penang dtg kampung. so ni majlis perpisahan kot. in the picture: Me, Wa (adik no 4), Yani (adik no 3), and Abah.

.

Tahun 1989 kot, i was 6 years old. Picture taken infront of Istana Iskandariah. In the picture: Wa, me, Yani, n my two kakak sedara.
.

Maybe later still got several yang boleh diselamatkan.. mane tahu masuk arkib negara ke nanti kan.. ahahahha.

Thursday, April 9, 2009

- in dilemma again.. antara minat dan tanggungjawab.. hmm -

Saya akan ke pulau tinggi minggu hadapan untuk menjayakan program Jejak Khazanah Budaya anjuran Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu, MMU Melaka. kawan-kawan dah ajak, n then sbg bekas president kene la tunjukkan support lg. So, semua preparation hampir siap. just tunggu program run je. tapi..

Selepas friendly match petang tadi, manager team bagitau next week maybe akan ade tournament cup. Game yang ditunggu dari awal sem lg. Arghh, camne nih. i wait for almost a sem to get the chance to play in this cup, and base on the friendly result game, team nih ade chance menang. Plus i'm now the first 11, dapat main right wings, and sometime naik forwards. Score a couple times already.. *_* ..

By the way, injuries on my kness still not fully recover, ingatkan next week boleh la rest a bit mase gi pulau. Tapi nampaknye cam tak kot. I love my game, but nak gak pegi pulau nih, sure best.

Pulau tinggi, Johor. Cantikkan, nak pegi, nak pegi, nak pegi..



My latest boot, i brought for this tournament, nak main, nak main, nak main gak.

Sunday, April 5, 2009

nothing to update..

minggu yang membosankan.. 3 midterm exam in a week have already make my brain going to freeze.nak meninjau pilihan raya "2bukit dan 1 batang" ni pn cam malas jer. biarlah, sape menang pn bukan banyak yang berubah except that Malaysia now got a new Perdana Menteri.

Alhamdulillah, akhirnya kesabaran Datuk Seri Najib berbalas juga. Quote dari ucapan Tun Abdul Razak yang saya pegang, " Pabila kita jadi orang nombor dua, berkerjalah seperti orang nombor dua, bukan orang pertama". well its obvious that Tun Razak teach all the party member to obey the ketua. but now, D.S Najib are the ketua. semoga Malaysia menjadi lebih baik dan maju. Wawasan 2020 boleh kembali menjadi reality hendaknya.

last week also my favorite tv show ending with the tak best nyer elimination. Megan Joy Corkrey was eliminate.. owhh no. she the original among all of the contestant. but, what to do the lord simon say its not the best. this single mother megan still the best. nway i got here few single records already. Rockin Robin (MJ weeks) and For Once In My Life (US Top 40 Week).


Danny gokey get a blast, the singles really great, What Hurts The Most (original by rascal flatts).
What hurts the most
Is being so close
And having so much to say
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was trying to do

Not seeing that loving you
That’s what I was trying to do

Well that some of the lyrics,, huuuhu pretty haunting to me now. ahaks.
oo ya, and the going home song at the idol journey song by Carrie Underwood pn best gak.. ahaks, likely all my favorite song come from all the A.idol.

Now also like to play hatchling at facebook, sape2 ade facebook sile add saye ekk. mari kite mancari telur bersama-sama. hahaha, sound i've been very sengal now. #_#



.

Thursday, March 26, 2009

MAGIK nya Khairy..



Pemilihan Jawatan Kuasa Tertinggi UMNO masih berjalan, namun semalam tiga keputusan sayap perwakilan telah diumumkan. Wanita UMNO, Pemuda UMNO, dan Puteri UMNO. Yang paling menarik bagi saya pastilah bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Legasi yang akan ditnggalkan oleh Y.B D.S Hishammuddin ini adalah pewaris kepada kepminan UMNO akan datang.

Tiga Calon bertanding, Y.B Dato' Mukhriz Tun Mahathir, Y.B Khairy Kamaluddin, dan D.S Khir Toyo. Sejak dari awal penamaan calon di peringkat bahagian, nama Dato' Mukhriz jauh mennggalkan nama-nama calon yang lain.

Dato' Mukhriz Tun Mahathir --- 75 Penamaan
Datuk Seri Khir Toyo -------- 63 Penamaan
Khairy Jamaluddin -------- 53 Penamaan

Tetapi keputusan semalam mengejutkan saya. Khairy Jamaluddin Menang pertandingan dengan keputusan:

Dato' Mukhriz Tun Mahathir --- 232 undi
Datuk Seri Khir Toyo -------- 254 undi
Khairy Jamaluddin -------- 304 undi

sukar dipercayai. namum didalam politik KJ semuanya JADI..

PENAMAAN CALON ???

Walaupun setelah hampir 6 tahun Tun Mahathir meletakkan jawatan dari Presiden Parti, namun secara majoriti masih ramai ahli UMNO yang sayangkan Tu Mahathir, dan rakyat Malaysia yang menyokong beliau tidak kira samada dari parti pembangkang atau BN. Dato' Mukhriz yang manjadi ahli perlimen Jerlun dari awal permulaan mesyuarat bahagian telah mendapat byk pencalonan awal dari pemuda bahagian. Dari satu bahagian, 4 orang perwakilan akan mengundi. jika dikira dari logik, sekiranya perwakilan yang mewakili bahagian yang mencalonkan Mukhriz (75 x 4 = 300). Jelas perwakilan yang mencalonkan Dato' Mukhriz sendiri tidak mengundi beliau.

Mngkin inilah yang dikatakan perwakilan tidak membawa suara akar umbi. Sebaliknya calon favourite atau calon yang "poket penuh" lebih diberi undi.

"Poket Penuh ???"

Khairy terlebih dahulu didapati bersalah oleh Majlis Disiplin UMNO kerana mengamalkan Politik Wang semasa peilihan calon. Khairy didapati bersalah kerana menyalahi Artikel 10.1 Etika Parti kerana membabitkan politik wang. Sebelum itu, D.S Ali Rustam didapati bersalah dan hilang kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

"Layak ke Khairy bertanding ???"

Tetapi khairy dilepaskan oleh jawatankuasa Disiplin dengan alasan kesalahan yang dibuat tidak serius dan tidak seteruk D.S Ali Rustam. MACAM MANA NIH..!!! boleh ada Dosa kecik, dosa besar lak.. mencuri 10sen dosa nya tak sama dengan curi 10juta ke.??? Perkara ini menimbulkan tdak puas hati dari ramai pihak, perwakilan dari Melaka sudah tentu, dan penyokong-penyokong Mukhriz tentu terkilan dengan perkara ini.

Walaubagaimana pun keputusan telah dibuat. Dato' Mukhriz setelah keputusan diumumkan juga menerimanya. Beliau meminta Pemuda UMNO perlu jujur untuk melakukan perubahan.
Ditanya adakah beliau akan bersuara dan menegur jika kepimpinan baru parti melakukan kesilapan, sepertimana dilakukannya sebelum ini, pemimpin muda itu berkata: “sudah tentu”.

“Jangan kerana ada peralihan kuasa maka saya akan berdiam diri. Datuk Seri Najib Tun Razak (Presiden Umno) tahu, itu sifat saya.

“Saya akan tegur bukan kerana tidak suka tapi untuk kebaikan parti dan rakyat,”


Friday, March 13, 2009

Fasal 16 dan Fasal 18 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak


Berikutan krisis politik yang berlaku di Negeri Perak bermula ADUN Bota (BN) lompat parti ke Parti Pakatan Rakyat (PKR) pada 25 Januari 2009, politik Negeri Perak menjadi tumpuan Negara. Masyarakat kurang memahami apa yang terjadi.

Berikut ialah kronologi peristiwa yang berlaku serta fakta-fakta yang berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang perlu kita fahami.

Kronologi politik di Perak

25 Jan 09 - ADUN Bota lompat ke PKR.

28 Jan 09 - Desas- desus “kehilangan” 2 ADUN PKR Perak.

30 Jan 09 - Nizar menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri akan menyertai BN.

31 Jan 09 - Desas-desus “kehilangan” seorang ADUN DAP.

1 Feb 09 - Speaker DUN Perak berkata, beliau menerima surat perletakan jawatan ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering yang dihantar ke rumahnya pada 4.45 petang. Kedua-dua ADUN PKR menafikan meletakkan jawatan.

2 Feb 09 - Nizar mengadap Sultan di Istana Kinta. - Speaker memaklumkan kekosongan kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering kepada Pengarah SPR Perak.

3 Feb 09 - SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi serta tidak perlu mengadakan pilihanraya kecil.

4 Feb 09 - Timbalan Perdana Menteri mengumumkan 3 ADUN Bebas kini memberi sokongan kepada BN. Oleh itu BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubukan kerajaan. BN 31 (28 + 3 Bebas) dan Pakatan Rakyat 28 kerusi.

- Nizar mengumumkan bubar dewan sebelum mengadap Sultan Perak untuk meminta perkenan. Seterusnya membuat kenyataan “Terpulang Kepada Tuanku”.

5 Feb 09 - Nizar dititah mengadap dan dimaklumkan Tuanku tidak perkenan membubarkan dewan. Sebaliknya beliau dititah meletakkan jawatan bersama ahli MKK. Jika ingkar, jawatan itu dianggap telah dikosongkan.

“Jika Menteri Besar hilang kepercayaan sebahagian besar ahli DUN, maka Menteri Besar

a. hendaklah mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)

b. mohon DYMM Tuanku bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)”


Soalan 1 : Macam mana DYMM Tuanku boleh tahu MB telah hilang kepercayaan?

Jawapan : DYMM Tuanku boleh:

a. Memanggil ADUN-ADUN untuk mendapatkan pengesahan jumlah / bilangan

ATAU

b. Memanggil sidang DUN untuk usul undi tidak percaya terhadap MB.
[Fasal 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan]

Soalan 2 : Mestikah DYMM Tuanku perkenankan permohonan pembubaran?

Jawapan : Tidak. Ia tertakluk kepada budi bicara mutlak Tuanku untuk menerima atau menolak.
[Fasal 18(2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan]

Soalan 3 : Jika MB enggan letak jawatan?

Jawapan : MB tiada pilihan kerana sebaik sahaja perlantikan MB baru, secara automatik jawatan tersebut lucut sebab perlembagaan memperuntukkan hanya seorang MB sahaja.

Soalan 4 : BN 28, PKR 28 dan Bebas 3 - di mana yang dikatakan BN dapat majoriti?

Jawapan : Majoriti tidak berdasarkan parti tetapi bilangan ahli DUN
[Fasal 16(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan]



Fasal 16(2)(a)
Duli Yang Maha Mulia hendaklah mula-mula sekali melantik sebagai Menteri Besar pada mengetuakan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu seorang ahli Dewan Negeri yang pada timbangannya boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu.


Fasal 16(7)
Tertakluk kepada Fasal (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain daripada Menteri Besar itu hendaklah memegang jawatan selama keredaan Duli Maha Mulia tetapi seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu bolehlah pada mana-mana ketika meletakkan jawatannya.


Fasal 16(6)
Jikalau sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu, kemudian hendaklah dia mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu dikecualikan dengan permohonnnya Duli Yang Maha Mulia membubarkan Dewan Negeri itu.


Fasal 18(2)
Duli Yang Maha Mulia bolehlah memutuskan mengikut timbangannya sendiri pada menjalankan kuasa-kuasa yang tersebut di bawah (sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa yang pada menyempurnakannya dia boleh memutuskan mengikut timbangannya sendiri di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu – (a) Lantikan seorang Menteri Besar (b) Keengganan memberi persetujuan kepada satu permohonan bagi pembubaran Dewan Negeri;

Tambahan Dari Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan didalam Artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub didalam artikel 40 (I) dan 40(IA) yang terdapat didalam perlembagaan. Namum didalam artikel $0(2)(a), (b) dan (c) menjelaskan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti mana-mana nasihat MB di dalam perkara membabitkan perkara perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), keduanya Baginda mempunyai kuasa TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk Mesyuarat Majlis Raja-raja.

Wednesday, March 4, 2009

- kerajaan pasir 2 butir nizar -


Negeri pasir 2 butir dengan pasir berdengung adalah 2 kerajaan dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan P. Ramlee. Mungkin 30 tahun dahulu semasa P. Ramlee merakam filem ini, tidak terlintas di fikiran sesiapa kerajaan begini akan wujud pada masa depan. Namun, pada 3 March 2009 tercatat di negeri Perak di bawah pokok di hadapan Banggunan Perak Darul Ridzuan, 27 orang wakil dun PR telah mendirikan kerajaan 2 butir disebabkan tidak mendapat kebenaran untuk masuk kedalam dewan untuk bersidang walaupun tidak di perkenankan oleh Sultan.

Tak habes-habes nak buat kes haru-haru lagi, takde kerja lain asyik nk buat masalah semata-mata nak bubarkan dun nak buat pilihan raya balik. Dekat sini kita oleh tgk beberapa perkara:

1) PR Perak dah tau yg dieorag mmg tak penah betul dari mula, dulu cakap mahkamah je jalan penyelesaian, skrang tak habes2 nk buat pasal supaya Dun di bubarkan. Ini semua jalan keji, jalan belakang, jalan orang tak siuman semata-mata beraja di hati sampai pemerintah yang ada pun di langgar.

2) Sidang Dewan Dun Bawah pokok ini sememangnya sungguh menghinakan Sultan Perak. Setelah tidak diperkenankan oleh Baginda Sultan. Speaker Sivakumar tetap hendak menjalankan sidang dewan tanpa kebenaran. Tindak tanduk PR ni mmg spt Kaduk Naik Junjung yang suka melampau-lampau.

3) Dalam keadaan sekarang yang makin gawat dengan masalah ekonomi, kadar penganguran yang naik, kekurangan pelaburan yang masuk ke dalam negeri, sepatutnya so call "yang berhormat" ni bekerja untuk mentadbir negeri. Ni tak habes-habes nak berpolitik sampai bila. Jadi pembangkang pn boleh jugak beri sumbangan pada negeri. Lain la klu dari awal dh mmg niat nak kaut untung shj. Rakyat menderita takyah peduli.

4) Semoga krisis di Perak akan berakhir dengan cepat dan baik. Harap-harap golongan mabuk kepayang ni reti-reti la berundur dan buat kerja pembangkang. Kalau betul sanggup bekorban untuk rakyat, Orang-orang Perak bukan bute, walaupun ade yang tinggal di Suak Petai atau Labu Kubong. tp klu yang betul ttp betul.

Wallahualam b.s.w

Tuesday, February 24, 2009

- I got cactus -



" I Got Cactus.. rozie give this to me, aha, love this."



Originally from Cameron Highland..